Thursday, 3 February 2011

Kesan Domino?

SYRIA

Menariknya, semalam Bouthaina Shaaban, penasihat kepada Presiden Bashar al-Assad, memberi liputan khas di dalam akhbar utama kerajaan mengenai kejadian reformasi di Tunisia dan Mesir. Katanya, dunia Barat tidak tahu bagaimana nak memberi respon kepada kemarahan masyarakat arab umumnya..

Menjelang minggu lepas sahaja, kerajaan kabinet telah umumkan subsidi dan pemberian bantuan kepada orang miskin. Semalam sahaja para pendidik diberikan pinjaman laptop tanpa interest, malah dilaporkan beberapa pegawai kerajaan ditahan atas tuduhan rasuah..

Syria kali terakhir mengalami rusuhan pada 1982 melalui revolusi yang digerakkan oleh IM..

JORDAN

Protes terhadap kemiskinan, inflasi, pengangguran, rasuah serta demokrasi yang tidak seimbang telah pun berlangsung selama beberapa minggu..
King Abdullah II hanyalah terkenal kerana populariti Queen Rania dan tidaklah sehebat arwah ayah beliau, King Hussein..
Saat ini, Raja Abdullah baru sahaja umumkan pembubaran kabinet yang diketuai PM Samir al-Rifa'i dan menjanjikan reformasi terhadap undang2 pilihanraya..
Ketua pembangkang yang diketuai Parti ISLAMIC ACTION FRONT mengetuai suara2 rakyat marhaen ketika ini menuntut demokrasi yang lebih adil..

Jordan adalah salah satu rakan baik US selain Mesir dan satu2nya negara arab yang mengadakan perjanjian damai dengan Israel..

LIBYA

Muammar Gaddafi mempunyai rekod yang paling lama iaitu 41 tahun, mengatasi Hosni Mubarak 29 tahun tempoh pemerintahan..

Kekuatan tentera dan pasukan sekuriti khas, menjadikan reformasi politik hampir pasti tidak akan berlaku...baru2 ini, protes liar masyarakat bawahan di benghazi dan derna mengenai perumahan, berjaya ditangani malah amat sukar pihak pembangkang untuk membawa isu rakyat di peringkat nasional..

Sepertimana tunisia dan mesir, Libya turut mempunyai populasi anak2 muda dan pengangguran yang tinggi, namun sumber asli yang banyak, memberi kekayaan yang lebih kepada negara dan orang atasan..

YEMEN

Pakatan pembangkang The Joint Meeting Parties (JMP), mengumumkan satu protes besar-besaran diadakan di seluruh negara khamis lalu, selepas cubaan untuk berbincang dengan Presiden Ali Abdullah Salleh gagal direalisasikan kerajaan pemerintah..

Halangan terbesar ialah cadangan untuk merubah perlembagaan yang akan membatalkan tempoh had presiden serta menetapkan tarikh pilihanraya yang seterusnya..

Presiden pula dalam masa yang sama telah ambil pendekatan untuk melegakan tension di kalangan rakyat dengan menaikkan gaji tentera dan pegawai awam..

ALGERIA

Menariknya, kerajaan dengan serta merta telah mengarahkan pengharaman segala bentuk perhimpunan yang katanya akan menjejaskan kestabilan negara..

Pegawai senior kepada President Abdelaziz Bouteflika percaya bahawa rakyat algeria tidak akan menuntut reformasi politik..namun begitu beliau menambah bahawa kerajaan kabinet di bawah pimpinan Parti FLN mampu buat lebih baik untuk situasi sosial dan ekonomi yang lebih baik saksama..

KITA?

Suatu refleksi kepada kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia...
Adakah negara kita melahirkan rakyat yang manja dan pengecut? Takut untuk keluarkan pendirian pasal apa2 perkara dan polisi..


Malah selepas bertahun melihat kebobrokan sistem, pembaziran perbelanjaan, FLOM, Menara Warisan ramai kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang masih lagi 'yakin serta menumpahkan taat setia' kepada kerajaan yang ada sekarang. Biarpun subsidi dikurangkan, biarpun harga barangan dinaikkan, biarpun kronisme giat dijalankan, dan sebaginya, masih ada rakyat yang tidak kisah - yang penting, 'KITA HIDUP AMAN DAMAI', kata mereka.


Atau paling mudah dan angkuh, masih lagi boleh dijawabnya peduli apa aku dengan POLITIK..!!


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...