Wednesday, 26 January 2011

isyarat

Kita bawa kereta di jalanraya 150km sejam, tiba2 datang sebuah kereta dari arah yang bertentangan, kita perasan kereta itu tinggikan lampu semacam memberikan signal..

Datang pula satu kereta lain, main2 tinggikan lampu jugak kali ini..

Bagi orang yang memandu di tanah air, jika ada kereta yang tinggikan lampu secara berkala itu menandakan bahawa ada speedtrap polis kat depan sana..sebagai signal peringatan..

Maka sebagai pemandu, kita akan perlahankan kelajuan kereta ke halaju yang mengikut peraturan, 120km sejam...


Persoalannya, sudah nampak ke kelibat polis yang buat speedtrap di depan?
Belum nampak, tapi semua boleh setuju yang semuanya akan berubah..
Daripada tidak pakai tali pinggang terus tarik seatbelt, yang sedang cakap telefon, terus matikan hp, yang pandu laju, terus perlahankan sedikit menjadi pemandu yang berhemah..


Kenapa?..sebab takut polis..takut kena saman..tapi belum nampak polis pun padahal..tapi kenapa betul2 berubah..?
Sebab YAKIN dengan isyarat yang kereta2 tadi berikan kepada kita..YAKlN bahawa di depan sana akan ada speedtrap..



Sebab YAKIN ini, kita boleh berubah cara bertindak kita..



Persoalan utama, sudah berapa banyak ISYARAT yang Allah dah hantar kat kita tentang hidup selepas mati? Syurga dan Neraka?


Dan adakah kita sudah adjust segala tindakan dan cara hidup supaya sesuai dengan apa yang kita YAKIN?..tika kita malas belajar, tika kita malas nak berdakwah, tika malas nak menyumbang kepada perjuangan islam, tika kita nak buat dosa?
Adakah kita sudah fikirkan adanya soal syurga dan neraka?

Ini menjawab persoalan akhirat..

Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...