Saturday 29 January 2011

ruang?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Taadud Jemaah yang berleluasa, makin hari makin parah. Semua pihak mahukan kesatuan. Kesatuan adalah suatu seruan Allah dan suatu kewajipan yang perlu dicari. Tanpa kesatuan, kita kalah. Tanpa kesatuan, kita tiada kuasa.


Yang jelas, taadud jemaah tidak akan mendatangkan masalah jika bidang tugas dan target group berbeza. Contoh yang diambil, adalah Persatuan Islam China dan Persatuan Islam Malaysia yang jelas, target group berbeza. Contoh kedua, adalah Persatuan Islam Malaysia dan Parti Doktor Malaysia. Tentu sekali, ianya tidak mendatangkan masalah jika dibuat.



Jika target group dan bidang tugas adalah sama, maka, yang berlaku adalah suatu keburukan yang jelas dan nyata. Pergaduhan, dan permusuhan. Maka, akan timbul golongan yang "menghalalkan" segala perbuatan buruk terhadap pihak lawan, asalkan jemaah kita berjaya. Jawapannya, syabas kerana anda berjaya mementingkan diri anda! Akibatnya, pihak yang menerima kejahatan, tentu akan terfikir untuk membalas serangan tersebut dengan serangan yang sama nilainya. Tumbuk dibalas tumbuk, kutuk dibalas kutuk. (Walaupun ianya tidaklah sepatutnya begitu).

Kepada yang menyokong taadud jemaah, mereka akan menggunakan perkataan seperti "cari persamaan, raikan perbezaan" (ayat yang dikatakan keluar dari mulut As-syahid Hasan Al-Banna).


Teringin saya membuat analogi terhadap taadud jemaah. Taadud jemaah di luar negara ini memang lebih banyak buruknya dari baik. Semakin ramai yang memilih berdiam diri, tidak menyertai mana-mana persatuan kerana taadud jemaah. Maka, analogi parahnya taadud jemaah adalah seperti SEORANG MENGHIDAP KANSER PERINGKAT AKHIR.


Parahnya kanser manusia ini sehinggakan seperti tiada lagi cara untuk mengubatinya. Maka, wujud dua golongan yang cuba mengubati si lelaki ini.

1) Golongan pertama adalah glgn yang cuba mencari penawar kanser ini. Mereka ini adalah golongan yang sedar, bahawa penyakit kanser ini tidak akan sembuh melainkan sumbernya dibuang secara total.

2) Golongan kedua ini adalah golongan bomoh (dahulu kala) yang merawat berdasarkan simptom yang nampak di matanya sahaja. Diberinya daun-daun (yang ada kesan menahan sakit) kat kawasan bengkak, diberi minum air kelapa untuk mengurangkan dehydration.

Sekarang, ramai daie yang merupakan golongan kedua dalam merawati kanser taadud jemaah. Mereka menggunakan perkataan "cari persamaan, raikan perbezaan" sebagai ubat untuk meredhakan taadud jemaah. Namun, sedarlah wahai sahabat sekalian, kanser ini tidak akan hilang! Pasti tidak akan hilang.



Carilah sebab bermulanya taadud yang merosakkan ini. Dan, gunalah kata-kata keramat itu sebagai pengubat kesakitan yang dihadapi sekarang sewaktu kamu berusaha membetulkan kerosakan kanser yang semakin menular. Jangan hanya gunakan kata-kata keramat ini SEMATA-MATA. Carilah puncanya, mengapa wujudnya taadud ini. Siapa yang mulakan & apa sebabnya. Kalau berjumpa cara merawatinya, jangan pula tidak mahu menelan ubat tersebut. Ingatlah, chemotherapy untuk pengubat kanser menyakitkan. Begitu juga dengan ubat kanser taadud jemaah. Walaupun menyakitkan, ianya ubat, dan telanlah ia.


Mungkin tiba masanya kita buang EGO untuk pentingkan diri dan kerana sikap ini, ianya hanya melambatkan kemenangan UMMAH..


sumber: ibnu tarmizi

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...