Monday, 24 January 2011

Of sarung tangan dan ponteng?

Hangat di tanah air bila isu sarung tangan menjadi headlines panas di media massa tika pilihanraya kecil sedang berlangsung di tenang..


Rasanya ini soal kepercayaan yang diamalkan oleh seorang muslimah islam..dan kenyataan sebegini wajar dibantah keras dan ditegur, kerana bunyinya ibarat memperlekehkan agama..
Bila Pas membantah, ianya bukan politik lagi, kerana mempertahankan kepercayaan Iman seseorang Muslimah bukannya politik..dan semua pihak perlu bertegas untuk tidak setuju..walaupun anda totok UMNO sekalipun..

Alhamdulillah PERKASA dan MUFTI perak sudah keluarkan statement masing2 membantah, dan mereka perlu juga KONSISTEN untuk menegur isteri2 pimpinan atasan yang Muslim, yang bertindak sewenang2 melanggar hukum..i.e cium pelakon bollywood, salam dan peluk bukan muhrim, tidak pakai tudung dll..(Sori ini bukan blog Haq Mohaidin, jadi kenyataan dibuat secara general tanpa merujuk kepada mana2 pihak)
Dan bukannya keluarkan statement untuk selamatkan diri dan karier je semata2..

Sama juga isu seorang remaja sikh yang dipotong rambut beliau di kem PLKN, ini sepatutnya diambil serius oleh pihak yang terlibat..jangan lepas pandang akan situasi sebegini sehingga menyebabkan kita hilang sensitiviti beragama..

Namun sy khuatir dengan perkembangan media2 alternatif yang sibuk melaporkan isu PM tidak sempat nak lawat jenazah la, imam terlampau sibuk untuk entertain PM smpi terlupa kena solatkan jenazah ke,...ini isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan, media2 alternatif terutamanya Pas perlu bijak mainkan peranan selaku parti politik yang matang, bukannya menjadikan isu2 kecil sebegini sebagai modal..ketengahkan isu rakyat, ketelusan pentadbiran, dan effisiensi dan integriti khidmat masyarakat, sebab akhirnya anda akan berkhidmat kepada rakyat secara amnya..jangan terlalu ikutkan gendang paluan pihak satu lagi..

P/s: pelik mengapa jika tidak dapat kemukakan alasan yang munasabah tidak dapat hadir ke sidang DUN, kenapa nak jadi wakil rakyat in the first place?..(Rujuk isu ADUN P. Klang)..ini pecah amanah dan isu integriti...rakyat marhaen di luar sana boleh menilai YB..
Atau ada tujuan lain nak jadi YB?


Sent from my BlackBerry® wireless device

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...