Tuesday 25 August 2009

kurang professional..?

sejak akhir2 nih kita dikhabarkan dgn berita seorang model yang dijatuhkan hukuman sebat oleh hakim mahkamah tinggi syariah kuantan....sebab minum arak di khalayak ramai..

- alhamdulillah die telah mendapat kekuatan dan keazaman untuk terima hukuman tersebut dgn redha dan berazam untuk bertaubat....malah tidak merayu pun utk diringankan..


- tabik pada hakim yang menjatuhkan hukuman ini, sebab berani mengetengahkan hukuman ini..tiada siapa yang boleh mempersoalkan hukuman syarie (salah satunye sebat), sebab jika ade yang persoalkan, ia seolah2 persoalkan hukum allah..

- perkara mendapat liputan yang meluas dan reaksi yang pelbagai daripada umum, dan propaganda sesetengah pihak boleh menyebabkan isu nih menimbulkan kegelisahan dan stigma kepada orang bukan islam..

- malangnya masih ramai di luar sana yang masih menentang hukum allah, minum arak dsb...takde umat islam pun yang tak tahu arak tuh haram...so, tidak perlulah timbul persoalan nak didik or nak berdakwah dulu la, bla, bla, bla...

- apa yang berlaku kelmarin sangat mendukacitakan...tindak tanduk yang sangat memalukan daripada institusi agama yang mungkin boleh mendatangkan gambaran buruk terhadap agama islam itu sendri..

- boleh u-turn lak time nak hantar ke penjara..dah puasa 2 hari baru nak sedar, nak hormat bulan ramadhan..?...dahtuh duk sibuk2 nak kuarkan waran utk tahan dlm penjara sebelum tuh, xkanla tak sedar kita dah masuk bulan ramadhan...

- kata menteri KDN, kita xdak tukang sebat syariah..sebab selama nih tiada keperluan..owh, malaysiaku....

- hukuman allah itu adil dan saksama, janganlah cemarkan dengan kejahilan dan kebodohan kita..!!!

p/s: moga allah ampunkan dosa kita sume dan istiqamah dalam amalan seharian.. Best Blogger Tips

2 comments:

  1. salam

    dah baca komen menteri2 kita?

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/36008-syariah-court-of-appeal-to-revise-kartikas-sentence

    ReplyDelete
  2. konon-konon nak jaga imej negara.
    diorang lebih pentingkan imej daripada hukum Allah.

    berlambak-lambak lagi orang Islam yang teguk arak macam air teh yang patut kena sebat tapi pandang sebelah mata je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...