Thursday 12 March 2009

double standard..?

Tabiat dakwah sentiasa ada kayu ukurnya. Pertembungan antara jemaah islam sepatutnya tidak berlaku tetapi yang sepatutnya berlaku ialah pertembungan antara Jemaah islam dgn kumpulan yang menolak Islam seperti sekularis yg tidak iktiraf ataupun ceraikan Islam dari kehidupan manusia. Contoh pensekularan terbesar ialah pemisahan Islam dari sistem masyarakat - siyasah, ekonomi dan perundangan.


Sayang juga bila ada yg gelarkan diri jemaah islam tapi tolak dakwah melalui ekonomi islam dan samalah juga jemaah islam tapi pragmatik dengan siyasah. Seolah-olah menerima pensekularan turut berlaku dalam dakwah. Ataupun Menyokong pihak yang menang ataupun mencari jalan untuk mendapatkan peluang. akhirnya kerja2 Islam menjadi berterabur, lambat dan berserabut.


Seperkara lagi ialah akhlak berjemaah. kayu ukur sekali lagi boleh dibuat ialah sejauh manakah kita berlapang dada, dan boleh terima dan sanggup bekerjasama tanpa prasangka dan elakkan bersikap double standard. mengapa majlis2 ilmu perlu dibuat secara diam2 dan tidak pula dihebah2 kan atau diperpanjangkan jemputan , sedangkan kamu kata kamu adalah leading badan dakwah....sedih lagi jika adanya limitation..sehinggalah timbul isu pilih memilih pulak..adakah kerana seseorang itu tiadanya kepentingan pada kamu, maka dia akan tidak dijemput ke majlis ilmu kelolaaan kamu?..dan mengapa pulak jika majlis ilmu yang lain sangat susah untuk dihadiri hanya disebabkan bukan kelolaan jemaah sendiri, bahkan terlalu sukar untuk diberi komitmen..



sejernih-jernih dakwah itu adalah apabila seorang itu mengajak mad’unya mengenal Allah, dan tidak menekankan agar terlibat dalam jemaah itu atau ini. Biarlah jika mad’u yang sedang kita tarbiyah itu bekerja untuk jemaah yang lain, kerna sekiranya kita ikhlas berdakwah kerana Allah taala, semua itu bukannya menjadi satu titik fokus….

yang pentingnya bekerja secara amal jamaie, untuk saling melengkapi antara satu sama lain, bukannya berada dalam jemaah brand A atau B atau C….so mengapa perlu ada double standard...?


satu lagi perkara, menifestasi ukhuwwah sesama ahli jemaah bukan main lagi, tetapi bukankah yang sepatutnya lebih dirasai adalah dengan masyarakat ataupun yg disebut sebgai mad’u. itu yang akhirnya jadilah tidak kenal akan masyarakat sekeliling, kerna duduk di kelompok masing2 sahaja..seharusnya kepada mereka yang tidak mendapat pencerahan agama sebagaimana kamu2 ini lah yang seharusnya diberikan prioriti ataupun perhatian.

  • Janganlah kita merasa jemu berjalan setiap waktu di setiap tempat segala suasana walaupun keseorangan tersisih jauh di muka bumi atau di dalam penjara. Hendaklah kita merasa-rasa penyertaaan Allah, sebab Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong
  • Janganlah jemu berjalan di atas jalan dakwah walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan, tidak melihat hasil dan buah amal usaha dan jihad saudara. Kerana Allah tidak menghisab hasil-hasil kerja kita, tetapi Allah menghisab di atas usaha dan niat kita
Moga-moga Allah memimpin kita semua - dan menyedarkan kita bahawa kerja Islam ini terlalu banyak dan tidak terduga. majulah setapak demi setapak. jangan undur, dan jgn hanya terlalu sempit dan tertumpu pada sesuatu perkara yang terhad dan kecil. Masyarakat memerlukan da’ie seperti mana masyarakat memerlukan doktor dan hospital...



wallahualam


Best Blogger Tips

5 comments:

  1. salam cha.. nape asyim post ttg isu ni je.. panas ke kat sana? aih..

    ReplyDelete
  2. Nice one cha...
    MasyaAllah..
    Moga Allah bimbing kita.
    Moga Allah bimbing mereka.

    ReplyDelete
  3. salam cha..

    betol2..keje kite byk..senyap2..buat keje sudahlah..xyah marah2..kan..

    ReplyDelete
  4. Saya rasa penulis tidak marah-marah.

    Tapi sekadar menekankan point yang tidak boleh dipandang enteng oleh umat Islam di Malaysia, khususnya.
    Berkongsi pengalaman di talk yg diberi oleh Syeikh Zahid Abu Ghuddah semalam, (in conjunction with Sirah week), beliau meng'highlight' bahawa rata2 dan MAJORITY umat Islam di dunia mahukan negara2 Islam di bwh sistem khilafah.

    A few times, WITHOUT FAIL sheikh menyebut Malaysia sbg salah satu contoh negara yang mahukan Negara Islam tetapi seringkali gagal. Apa yang menjadi penghalang utama ialah ketidaksatuan umat Islam di dlm negara itu sendiri..Perpecahan, pertelagahan sesama sendiri kerana wujudnya 'disagreement' dan perbezaan pendapat, in short they are in dispute with each other (Ni sheikh yang cakap).Dan perkara ini jelas boleh dilihat di peringkat mahasiswa-mahasiawi di UK itu sendiri. Sekiranya perkara ini berlanjutan, bagaimana Islam nak bangkit kembali?Definitely impossible!

    Quoting Sheikh Zahid 'This is not a time for ONE person..But this is a time for ONE team..'..Self-explanatory bukan?..In my pov, Sheikh bermaksud; One team that has a single goal..a single purpose..and the whole thing purports to UNITY. Jadi, masing-masing perlulah berfikir secara rasional macam mana nak dapatkan unity tu sekiranya asyik bertelingkah dan memburukkan antara satu sama lain..macam mana nak menghasilkan 'ONE team' kalau ade bervariasi groups/jemaah dan the respective jemaah/groups adelah 'substitutes' dan bukan 'complements'.

    This is an issue, undeniably very provocative; BUT needs dire thinking all the same.Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. terima kasih pada y meninggalkan komen..

    biskut marie: sini nak masuk musim bunga, so dah stat panas la...

    anis: insyaa, moga allah terus bimbing kite semua dan bagi pencerahan pada semua, tambah2 lg org cam ak nih..

    melintang patah: mekasih tono, betul kena buat amal..dan tidak pernah terlintas ak nak marah2 atau melenting...bukan masalah sape y betol sape y salah, cumanya isu pokok y diutarakan y perlu dihilangkan kekeliruan, x salah kan jika kita meraikan naluri dan fitrah manusia yang sukakan perkara baik..bukan pada ak seorang saje, tapi pd mereka y lain2 juga..sbb bukankah semua org adalah mad'u..
    so, aku memang seboleh2 akan berlapang dada dan bersangka baik..

    sayang ko dah final year, tapi ko x main dlm team dunkirk..sedap je main ngan team brunei, rs lightheaded je sume..

    wan halimahtun: jzkk, benar isu y perlu distress kan selalu, jika tidak mmg rugi..tong tang tong tang, tp terabur..sbb tuh kena complement each other..dan kena kenal masyarakat..jgn buat kelompok..satu pesanan utk diri dan semua..
    pasni jika senang boleh kongsi lg la yeh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...