Friday 6 March 2009

naluri manusia..

Selepas beberapa perbincangan dan sesi bual bicara bersama rakan2, agak kurang adil jika untuk katakan dalam sesebuah organisasi kalau semua ahli organisasi DIANGGAP boleh buat kerja multi-tasking dalam satu waktu. Sesetengah org hanya boleh fokus satu kerja dlm satu masa. Sesetengah org cepat bosan atau penat bila terlebih buat byk kerja dalam satu masa (hasil dari melakukan kerja secara berlebihan, melampau atau memaksa diri yg juga boleh menyebabkan gejala keciciran & keguguran). Walaubagaimanapun tak juga dinafikan bahawa sesetangah orang boleh multi-tasking. Sesetengah org pula perlu menjalani latihan yg konsisten utk jd multi-tasking person.


  • Jadi seharusnyalah, pengurusan human resource itu amatlah penting dan perlu menitikberatkan tentang kebolehan ahli organisasi dalam multi-tasking ni. As in perlu meletakkan anggota di tempat yang sesuai dengan mengambil kira keupayaan, kecenderungan, kebolehan, kelemahan dan kekurangan anggota.
  • Pengagihan kerja hendaklah betul dan tidak tertumpu pada sekumpulan kecil sahaja, sebahagian besar yang lain tidak ada kerja dakwah atau seumpamanya. Takut2 kalau benda ni terlepas pandang boleh menyebabkan keciciran & kefuturan.
  • Kena raikan naluri manusia, hidup kena saling complement each other.
Terima kasih juga buat yang berkongsi perkara ini kawan.

p/s : orang yang paling sibuk di dunia ialah nabi rasul kita, dan dialah yang paling all rounder, ketua negara, ketua hakim, ketua tentera dan banyak lagi..masyaalllah..

kadang2 pelik mengapa masih ramai yang ada sikap tidak pedulisme yang menebal..?
kena ber'mindset'kan alami sahabat2...jangan syok duduk dalam dunia biah dan suasana sendiri sahaja..kena adapt ngan realiti...

wallahualam Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...