Thursday 19 May 2011

Wrap up?

Manchester United, Ac milan, Barcelona dah wrap up season sebagai juara liga..kedua2 barca n manunited ada peluang untuk kejar double championship bila mereka berentap di final champions league akhir bulan ini..
namun yang menjadi cakap2 anak muda tempatan ialah el classico tempatan yang akan menemukan pasukan terengganu dan kelantan pada final Piala FA pada 11 jun kelak..sentimen kewilayahan pantai timur kini sudah bertukar nada kepada sentimen kenegerian....penyokong terengganu pastinya saling berbangga dan tidak senang duduk melihat kelibat penyokong kelantan yang solat berjemaah di atas padang sementara menunggu perlawanan bermula..apakah ini hasil tarbiyah dan keberkatan pemerintahan ulama di negeri jiran yang mereka lihat itu memungkinkan perubahan arus politik di terengganu?


UTUSAN MALAYSIA berjaya wrap up (bungkus) kerjaya dan reputasi mereka dengan laporan isu dakyah kristian yang hanya bersumberkan blogger pro-UMNO yang belum siasat lagi kesahihannya...cubaan memainkan isu sensitif dan membakar2 semangat rasis ini terus mengunci mulut pemimpin negara yang lantang dengan semangat 1Malaysia tapi seolah2 membenarkan 'hatred' terus disebarkan..
Bila YB pasir mas ajak berjihad untuk perang salib, pak menteri semua buat2 tidak faham maksud perang jihad..tiada langsung yang mahu 'condemn' atau dakwa beliau atas ugutan yang berbunyi hasutan tersebut..


Sayang akibatnya mungkin kita akan lihat pada generasi anak muda 10 tahun akan datang yang dicorakkan kematangan mereka dengan bacaan sebegini..


Mungkin satu hikmah untuk anak2 muda kini untuk lebih mengenali blog, facebook dan twitter sebagai media baru untuk menggantikan media massa selaku wadah penyampaian maklumat yang lebih berkesan dan telus..



Hari ini kiranya last day untuk tahun 4, wrap up dengan OSCE ujian klinikal yang cukup mencabar.. Moga Allah mudahkan urusan ini dan yang seterusnya...
Agenda seterusnya........






Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...