Thursday, 18 November 2010

Mujahadah HADI...

Sekarang musim sudah hampir dengan peperiksaan, deadline dan sebagainya..

Ramai daripada kita akan sibuk menelaah samada secara konsisten atau pun kelam kabut..terpulang kepada persediaan..


Ramai yang boleh bermimpi nak jadi penyanyi yang hebat macam siti nurhaliza...bila beliau menyanyi boleh senyum sambil bersahaja mengalunkan suara yang lantang tanpa kelihatan urat timbul di dahinya mahupun mencemik..tapi kena ingat yang itu semua dapat dibuat sesudah latihan demi latihan secara konsisten..pantang makan minum untuk jaga suara, tidur yang cukup dan sebagainya..


Tidak hairan mereka yang bermimpi nak jadi penyanyi ala2 mi segera tidak kekal lama..kejayaan mungkin hanya sekejap sebab ianya tiruan..

'Nak berjaya kena jejak daya mereka yang berjaya, bukannya tiru gaya mereka yang super saiya...kalau tiru gaya, apa yang kita dapat hanyalah kulit kejayaan, dan bukannya isi..' (Sumber: kolumnis iluvislam)


Jadilah seperti air sungai, jika letak halangan macam mana pun, air pasti akan cari laluan baru...kalau semuanya mudah, pasti air sungai semuanya lurus sahaja..


Bila kita pasang impian jangan sekadar bermimpi..ianya dua terma yang sangat berbeda..


P/s: pepatah arab ada mengatakan, 'sebaik2 karamah itu adalah istiqamah'...
teruskan bersungguh HADI, biar susah sekarang, sebab nak berjaya memang kena susah..tapi selagi mana istiqamah, insyaallah yang susah akan dipermudahkan..jaga solat dan alquran serta doa jugak..Cha sentiasa doakan dari sini..


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...