Saturday 7 February 2009

salji NARNIA

slm

recap seminggu nih.

cuba tengok pencapaian terbaru uni kami...hehe

1. Baru2 nih di Notts sedang snow, masyaallah memang sangat cantik bile bangun nampak laut putih...teringat pula seorang sahabat saya kata yang dia rasa politik ni macam salji.

2. Salji warnanya putih. Seronok sangat tengok salji yang putih melepak. Geram rasa nak cubit-cubit je. Tapi bila kena gilis dengan tayar kereta berpuluh-puluh kali, jadilah salji warna hitam. Tapi hakikat yang tiada siapa boleh sanggah ialah, salji warnanya putih.

3. Ada orang kata politik ni kotor. Tapi politik dikotori tangan kotor orang yang kotor. Politik tak kotor. Politician paling hebat di dunia ialah Nabi Muhammad.

4. Isu di Perak memasuki peringkat klimaks akhir minggu ini. Ada 3 cara bagaimana kerajaan BN untuk pegang kuasa di sana..
- MB PR letak jawatan bersama exco2 mereka, or
- Barisan pembangkang usulkan undi tidak percaya dlm sidang DUN yang hanya akan berlangsung pada awal april, or
- SPR bubarkan DUN dan adakan pilihanraya kecil di kawasan berkenaan.

5. Malangnya keputusan yang diambil adalah yang paling tidak popular. Kalau lah mereka rasa kurang sanggup untuk hadapi snap election, membuat satu usul undi tidak percaya dalam sidang DUN adalah lebih dihormati dan demokrasi. Media memang memainkan peranan yang cukup penting dalam melaga2kan isu.

6. Kalau setakat kutuk2 YB MB jual tanah orang melayu, ramai lagi yang dah rampok orang melayu nye hak. kalu setakat kutuk2 orang derhaka sultan, orang islam derhaka tuhan kita buat tidak kisah derk je.

bila aksi2 apresiasi seni dirakam secara curi....

7. Naik semangat dengar kata2 from Dr Azzam Tamimi last night. He talked about the current situation happening there and way ahead that can be taken. Key di sini jangan jadi ignorant and naive.

8. Wajib ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling, di tanah air khususnya supaya tidak timbul persepsi. Barulah boleh bezakan yang hak dan batil. Kita sibuk bercakap tentang kezaliman zionis, tapi kezaliman di tanah air tiada siapa yang peduli, isu kamunting yang tidak pernah selesai, apa cerita..?.. Ulasan yang baik tentang 'Gaza Way Ahead' di sini.

9. Rasa berbesar hati kerana menerima kunjungan kehormat YB AZRI yang didatangkan khas dari Kuching. Sesi perbincangan dua hala yang berlarutan selama dua hari itu, banyak berkisarkan tentang isu2 semasa, politik dan kegawatan ekonomi yang berlaku di dunia dan tanah air. Malah isu kemerosotan bola sepak tanah air juga sempat diutarakan oleh beliau dengan nada yang kesal, namun jauh di sudut hati 'masih ada sinar' katanya.

lebih sinonim dengan gelaran YB mesra rakyat, sememangnya inilah yang rakyat mahukan dari seorang wakil rakyat, kena turun padang dan main bola...

Moga allah terus buka hati kita semua...apa yang telah terjadi sudah pun berlaku. Mewakili orang muda kami bercita-cita melihat realiti politik itu bertukar. Dari melihat sesuatu yang sempit dari sudut perkauman dan kepentingan politik masing-masing kepada pertimbangan politik yang lebih dekat dengan prinsip keadilan.

wallahualam Best Blogger Tips

1 comment:

  1. karpal singh suruh anwar ibrahim bertaubat. nasib baik dier xckp "Nik Aziz harus bertaubat"...hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...