Friday, 20 April 2012

Neutral?

Menegur tanpa adab.

Sekelompok solidariti Mahasiswa di tanah air yang berkumpul di dataran dalam perjuangan menuntut pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma.

DBKL datang merampas khemah, terjadi kejadian gelut-bergelut, mahasiswa berkeras, dan bersorak-sorak tidak mahu mengalah.

Betul, kumpulan mahasiswa ini kurang adab, maka habis dihentam oleh rakyat kebanyakan, kurang adab, kurang ajar, kurang bersyukur dsb.
Bagus kita jadi NEUTRAL dan bijak menilai.



Samseng

Dua malam lepas, ada pula sekumpulan samseng datang hijack 'perkampungan' kumpulan occupy dataran ini.

Habis dihentam anak-anak muda yang berhimpun ini, khemah dirampas dan dilanyak secara kasar. Khabarnya polis hanya melihat di tepian.

Malah Menteri KPT pun hanya boleh berkata, "pandai berhimpun, pandai tanggung risiko"..

yang kondem mahasiswa kurang adab tadi, senyap tutup mata kali ini. tidak pula di'kondem' tindakan samseng ini. Mungkin lebih banyak perkataan 'PADAN MUKA' agaknya.
Kali ini hilang NEUTRALITI dan judgement kita..



Dakwah


Para daie sering menyebut, kalau yang menegur kita itu mungkin lebih rendah darjatnya, lebih kurang amalannya, lebih miskin hartanya, lebih muda umurnya, TIDAK MENGAPA.

Apa yang lebih penting bukan pada siapa yang menegur, atau berkata-kata, tetapi lihatlah kepada MESEJ atau isinya.

Kali ini kita konon nak jadi NEUTRAL kembali..


Lantas membawa kepada persoalan di mana pH kepada NEUTRAL kita? Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...