Sunday 10 April 2011

Malu ke?

Alhamdulillah, selesai sudah shift hujung minggu yang pastinya takkan berkesudahan di situ..
Sejujurnya nature kerja sebagai OnG sangat menarik padaku, menyambut manusia yang basah dan suci bersih daripada perutnya si ibu, pengalaman duduk bersama midwives aka mak bidan di sini, memang sangat lovely..hatta makcik cleaner pun bisa jadi teman borak ketika break sepanjang long-hour shift yang turut meninggalkan memori yang indah..perkataan-perkataan yang baik dan positive seperti darling, my love, well done, brilliant, lovely sentiasa disebut-sebut berulang kali, hinggakan diri ini pun terasa janggal untuk menyebut apatah lagi di hadapan partner si pesakit..
namun jauh di sudut hati kecil ini, rasanya amat wajar sekiranya lebih ramai wanita2 perempuan yang meramaikan profession bidang ini kerana inilah satu-satunya bidang dalam perubatan yang sangat bersifat sexist..


Namun apa yang pasti ialah, kerap kali pelajar perubatan lelaki ditolak dengan lembut dan baik oleh pesakit wanita untuk menyambut bayi kelahiran mereka, malah hingga ada tahap cubaan menyamar sebagai doktor pun kurang berkesan..


Sungguhpun ada pesakit muda yang sudah melahirkan 2 atau 3 anak pada umur baya-bayaku serta sangat 'sexually active', namun pada amatan kasarku, masih ada sisip rasa kemaluan bagi membenarkan doktor atau pelajar perubatan lelaki untuk membuat pemeriksaan atau menyambut bayi mereka di dalam labour room..


Sayang sifat rasa malu pula yang makin terkikis di kalangan masyarakat melayu mudah lupa kita..jika tidak masakan ramai lelaki mahu jadi wanita atau vice versa..hingga pecah tembelang adanya kewujudan pencarian ratu cantik negeri DS Adnan..


Pemimpin pun tidak malu pada generasi muda dan anak2 kecil untuk bercakap-cakap tentang perihal aktiviti seks di khalayak ramai, menyebarkan cerita-cerita yang dahulunya boleh dibaca di majalah murahan picisan yang kininya mudah diakses melalui akhbar utama dan media berita utama primetime...


Owh, tidak mengapa pun,sebab bukannya salah pemimpin pun, bukannya salah parti pemerintah pun, ini semua adalah salah rakyat...
sebabnya tidak didik anak-anak mereka sejak awal lagi..
Tatkala harga minyak naik, pun dikatakan salah rakyat, iyelah siapa suruh anda berani beli kereta..


Tunggulah tsunami datang pun, masih beranikah kita cakap perkara yang sama?


P/s: makcik bidan nama louise tanya soalan cepumas, "how many kids have u already got?"...(Tangan ke dada, mata ke atas)



Sent from my BlackBerry® wireless device


Best Blogger Tips

2 comments:

  1. haha =.=" tangan ke dada, mata ke atas tu kelakar ^_^

    mak pernah cte doktor yang sambut nisa tu lelaki and kebetulan doktor tu anak tauke kain..

    masa sekolah menengah dulu pernah jumpa doktor yang sambut nisa ^_^

    nasib baik dia ada :) sebab masa tu ramai yang tengah tengok football match =.="

    Good luck.

    jap : ada berapa orang anak eh? haha.

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. hehe, cha pun guna konsep sentap hati mak nak ke..lol.terhibur.

    like the post. ;).

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...