dalam kemeriahan kita menantikan perlawanan hebat EPL weekend ini antara dua gergasi dunia, manu dan chelsea, kita kurang peka dengan apa yang berlaku di tanah air...mungkin standard yang ditunjukkan masih jauh ke belakang,
namun saya pasti bagi peminat bola sepak seperti saya ini masih percaya yang sinar harapan itu tetap ada pada bola sepak tempatan...esok bakal berlangsung pertembungan
akhir piala malaysia antara skuad
negeri sembilan dan
kelantan di stadium nasional bukit jalil..
antara fakta2 menarik:
- kedua2 pasukan bakal membariskan pasukan yang terkuat dengan menampilkan gabungan player2 yang hebat dan berpengalaman serta pemain2 muda yang berpotensi besar..walaupun tiada nama rooney, torres, drogba mahupun van persie,
nama2 seperti zaquan adha, hairuddin omar, indra putra, nor farhan, rezal zambery, shukor adan tetap menjadi titipan bibir peminat.. - Jika
Negeri Sembilan muncul juara, mereka bakal menamatkan
penantian selama 61 tahun selepas memenanginya buat pertama kali pada 1948 tetapi gagal mengulangi kejayaan itu pada final 2000 dan 2006..
-
Kelantan pula jika menang, bakal menamat- kan penantian
selama 88 tahun untuk menjulang Piala Malaysia buat pertama kali sejak ia diper- kenalkan pada 1921 setelah mereka tewas dalam dua per- cubaan pada tahun 1955 dan 1970.
- Masih segar lagi dalam ingatan kapten N9,
rezal zamberi pada finals piala malaysia tahun 2006, ketika itu Negeri Sembilan tewas 2-1 di tangan Perlis...kini die bakal mengerah pengalaman bersama
idris karim bagi menjadi kunci utama dalam merencanakan serangan yang diketuai oleh
hairuddin omar dan zaquan adha...sementara kembarnya,
aidil zafuan yang baru sahaja kelahiran anak (dengan rita rudaini) akan berganding mantap dengan
shukor adan di bahagian kubu pertahanan...ternyata skuad rusa bakal mengerah kekuatan
kuda tua mereka untuk direncahkan dengan
gandingan kembar sensasi negara abad ini...
- pasukan
the red warriors pula, yang bakal membuat kemunculan pertama di finals dalam tempoh 40 tahun, bakal diketuai oleh
indra putra mahyudin, yang sudah mencatat 10 jaringan gol setakat ini, bertindak selaku perancang bersama
nor farhan (giggs malaya), akan cuba untuk merobek kubu skuad hoben jang hoben...barisan belakang pula akan diketuai oleh bekas kapten yang merajuk,
sarudy aziz..yang telah bermain utk kelantan sejak tahun 1996 lagi..dia tidak mahu kecewa lagi kali ini dan bakal mengekang serangan lawan bersama pemain yang terkenal dengan gelaran 'si badut',
nazrul erwan serta pemain umur 19 tahun,
zamri ramli yang masih menimba pengalaman..dan kecekapan
halim napi bakal menjadi taruhan skuad kijang di kubu pintu gol mereka..
- kedua2 jurulatih pasukan adalah
bekas jurulatih kebangsaan yang pernah melatih beberapa pemain ternama tanah air...
wan jamak wan hassan lebih selesa dengan title underdog, manakala
santhianatan tetap optimis dengan kebolehan dan keupayaan skuad kijang itu..
- Bakal disaksikan oleh lebih 85 000 penonton di stadium nasional bukit jalil...tiket yang dijual oleh FA kelantan sebanyak 56000 telah habis laku sampai orang merusuh sebab x dapat tiket..bayangkan 60000 sahaja penyokong kelantan sudah bersedia nak gegarkan stadium..dan bakal ditentang oleh 30000 peminat N9, termasuk saudara fairuz nasir..
- KAFA telah
menyewa khas kereta api untuk membawa kira-kira 1,500 penyokong dari negeri ini memandangkan kesemua bas telah habis ditempah.
-
Halim Napi menjadi tumpuan ramai kerana insiden yang membabitkannya dengan pemain pertahanan skuad 'Hoben Jang Hoben', Aidil Zafuan ketika separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mohamed IV, 25 April lalu...
dirinya yang pernah
digantung seumur hidup oleh FAM, tidak pernah lekang dengan kontroversi...kali ini beliau bakal menjadi pemain paling senior di atas padang dan dirinya adalah sebaya dengan penjaga2 gol pengalaman tanah air seperti zubir ibrahim (tganu), khairul azman (sabah), ahmad sobree (kedah) yang telah lama menggantungkan but..
- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Wakil-wakil kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun, Anggota Parlimen kelantan dikatakan akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan penuh kepada the red warriors..
- malah yang lebih menarik, Kerajaan negeri Kelantan akan membiayai pakej umrah kepada pasukan bola sepak negeri itu sebagai 'hadiah' kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia...'wang saku' untuk perbelanjaan sepanjang berada di sana juga akan turut ditaja..
- lebih menarik lagi, hari ahad 8 nov turut diumumkan sebagai cuti peristiwa di negeri cik siti wan kembang..(memang syok jadi orang kelantan, dok gitu mudin..?)
- si rusa bakal menanduk si kijang yang sangat lincah...
- hoben jang hoben bakal bertemu ruas dengan gomo kelate gomo...
apakah rusa yang akan menanduk...?
atau kijang yang bakal menyapu dan menyondol..?
pasukan fevret die nih dah kalah awal ngan team peteh..sebab tuh die sedeyh..
p/s: ramalanku adalah kelantan menang 2-1 ke atas n9...sebab aku suke hadiah umrah..(hadiah tarbiyah seyh...bagus siot kerajaan negeri nih...)
sumber: harimau malaya; kosmo; pengetahuan am.