Friday 24 August 2012

Polemik HUDUD

TGNA selalu kata, Islam ini baik dan mesti dihidangkan sebaiknya.

Siapa yang mahu makan nasi minyak kalau dihidangkan dalam tempurung? Biarlah selazat mana pun nasi minyak itu sekalipun, mana mungkin ramai yang sudi untuk makan nasi minyak tersebut?


Begitu juga dengan HUDUD. Jangan kerana kesilapan kita, hudud itu dibenci.
Namun sebaliknya dengan KEADILAN ISLAM, ia adalah satu ASET penting untuk berdakwah. Maka kita perlu bijak dan kreatif gunakan peluang aset sebegini.


Menyediakan prasarana hudud adalah sebahagian daripada hukum hudud itu sendiri. NEGARA BERKEBAJIKAN adalah sebahagian daripada persediaan prasarana untuk hudud.



Sent from my BlackBerry® smartphone on O2 Best Blogger Tips

3 comments:

  1. salam saudara faisal,

    persoalannya mana pergi NEGARA ISLAM? kenapa perlu tukar drpd NEGARA ISLAM kpd NEGARA KEBAJIKAN? tkt dgn OKU ke (karpal singh)?
    apa masalah dgn pemerintahan negara skrg ni?

    mungkin saudara lihat, pemerintah skrg agak 'kurang' dari segi islamnya, tetapi dgn pemerintahan yg 'kurang' islam inilah telah wujudnya bank islam, uia, maahad tahfiz etc.

    pemerintahan yg satu lagi tu pula, sering bercakap mengenai perlaksanaan hudud. tapi knp smp skrg hudud masih belum dilaksanakan di kelantan? dont just talk the talk, but walk the talk. take action!

    kalau dahulu fatwa pas mengatakan, umno itu KAFIR kerana bersekongkol dgn MCA and MIC. pengundi pula KAFIR jika mengundi BN. tapi skrg parti PAS itu sendiri bersekongkol dgn DAP. ini dilihat umpama menjilat air ludah sendiri. sehinggakan pernah juga suatu masa dahulu sy terlihat banner "undi PAS masuk syurga".

    PAS bukanlah sebuah agama Islam. Islam adalah Islam. Tidak semestinya yang tidak menyokong PAS itu kafir. Bagi saya, tidak salah PAS memperjuangkan Islam, tetapi yang menjadi masalahnya ialah apabila mereka bersekongkol dengan parti KAFIR yang jelas menghina Islam. Perjuangan PAS hanya boleh pakai jika mereka tidak bersekongkol dengan mana-mana parti lain. Mungkin saudara akan mempertikaikan tentang UMNO yang bersekongkol dengan MCA, MIC. Tapi jika saudara lihat, UMNO adalah parti yang dominan di dalam BN berbanding MCA, dan MIC. Manakala dalam opposition, di antara DAP, PKR, dan PAS, PAS hanya ibarat kuda tunggangan sahaja. Lihat sahaja di Selangor sebagai contoh, jawatan apa yang dipegang PAS? Ini sudah jelas membuktikan PAS sebuah parti yg lemah dan hanya digunakan untuk meraih undi orang melayu menyokong opposition sahaja. Dan berapa yakinkah saudara bahawa PAS akan diberi kepimpinan jika opposition menang PRU? (Nauzubillah) sekurang-kurangnya bersyukurlah dgn kepimpinan kerajaan sekarang yg masih mengutamakan Islam dan bangsa Melayu. Benarlah kata Allah "sedikit sekali yang bersyukur".

    sometimes sy wonder, knp setiap kali ustaz2 PAS mempersoalkan/menegur perjuangan PAS, mereka kemudian dipecat dan dikatakan dibayar oleh UMNO. adakah ini cara islam? tidak menerima pendapat, bersangka buruk dan hanya memikirkan diri mereka sahaja yg betul?

    just my 2 cent. Takbir!

    ReplyDelete
  2. http://www.youtube.com/watch?v=4bs_-g05bcg&feature=related

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...