Tuesday 7 December 2010

Dilema ILMU, KEMAHIRAN atau SIKAP?


Dilema Perjuangan Islam – Isu Apa Sebenarnya?

satu tulisan yang mengenyangkan daripada UHAJ, boleh baca sehingga habis..

sejujurnya, mungkin hari ini kita boleh lihat masalah SIKAP yang hadir akibat ketempangan daripada SUDUT PANDANG (worldview) masing2. bagaimana kita melihat kepada sesuatu perkara, menilai sesuatu situasi, kerana itulah yang akan menghadirkan sikap terhadap perkara tersebut....

dan menariknya ia berkait rapat dengan bagaimana kita berinteraksi dengan ILMU, menghubungkaitkan serta bersikap ADIL yakni meletakkannya di tempat yang benar..


antara worldview ahli2 so-called gerakan islam kita pada hari ini terhadap beberapa perkara asas masih lagi kabur dan perlukan penjelasan yang lanjut..sebagai contoh persoalan2 mengenai ulama dan professional, kepimpinan ulama dan kepimpinan islam, ilmu dan perjuangan, guru dan ustaz dan banyak lagi yang terus menjadi isu, yang masih tidak sudah2..


yang menambah kepada kekaburan2 ini semua, datang pula pemikiran sekular seperti politik itu kotor, politik dan agama perlu kepada pemisahan, arts of communication dll, menjadikan kita pada hari terbentuk satu paradigma dan pemikiran yang sangat kusut.

jadi apa langkah dan tindakan kita?


saya secara peribadi, kredit sepatutnya diberikan kepada orang2 seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku MB negeri Kelantan dan di bawah kepimpinan yang beliau tonjolkan, yang tidak pernah jemu untuk betulkan mindset rakyat..tanyalah mana2 anak kelantan yang hidup di era pemerintahan beliau sehingga kini walaupun berulang2 kali disebut..


Tujuannya hanya satu, untuk PERBETULKAN SIKAP..kerana ianya bukan mudah.

Bak kata UHAJ, betulkan SIKAP, ia MUQADDIMAH AGAMA dan PERJUANGAN.


p/s: marilah sempena tahun hijrah yang baru ini, kita sama2 tanamkan azam untuk sama2 bersikap adil, dalam berinteraksi dengan ilmu, serta bijak menilai suasana dan situasi masyarakat setempat..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...