Monday 8 March 2010

kena tekan..

a nice story written by abg Zahir iLuvislam.

perhaps the pressures we encounter everyday will drive us in moving forward..

oh Allah, may your guidaince will always be with us.

p/s: going into clinical year is something good to check whether you can withstand or not the challenges to be a medical doctor..

KITA PERLU TERPAKSA

Salah seorang pensyarah saya yang berjaya mendapat sarjana doktor falsafah sebelum usia hanya 30 tahun ialah Dr Afendi bin Mat Rani, sekarang bertugas di Pusat Islam UiTM Shah Alam.

Beliau pernah berkongsi dengan kami di dalam kelas, menurutnya setelah pulang dari Jordan dengan mendapat ijazah sarjana muda dia menyambung pengajian ijazah sarjananya di Universiti Malaya. dalam masa yang sama dia terpaksa berpisah dengan isteri dan anak-anak yang masih tinggal di kampung.

Isterinya telah menyambung kepada bidang kepakaran kedoktoran di USM Kubang Kerian. Katanya dia agak tertekan dengan keadaan itu yakni berjauhan dengan isteri dan anak-anaknya. Keletihan yang memerah tenaga dan wang ringgit juga menjadi isu. Dalam tekanan menyiapkan tesis sarjananya, dia sering hilang tumpuan kerana teringatkan orang yang tersayang jauh dari mata itu.

Isterinya didesak untuk menyudahkan pengajian pakarnya. Dan hanya dalam masa 2 tahun ianya telah selesai dengan lancar. Dari 5 calon yang bersama isterinya, hanya 2 yang lulus. Kedua-duanya adalah calon yang sudah berkeluarga.

Kini mereka sudah bersama, Dr Afendi juga sudah menyiapkan ijazah sarjananya. Kini dia menyambung ijazah doktor falsafahnya. Dengan harapan, apabila anak dan isteri di sisi, pasti pengajiannya akan bertambah kancar berbanding ketika pengajian sarjana.

Namun lain jadinya, kini tumpuannya sekali lagi tidak dapat difokuskan dengan baik kerana ada sahaja gangguan daripada anak dan isterinya. Bila sahaja mahu menaip dan membaca, maka dalam masa yang sama juga anak-anak yang sentiasa mahukan perhatian ayah mereka akan datang menuntut hak mereka itu.

Isterinya juga akan menuntut hak yang sama, waktu bersama. Seperti keluarga yang lain. Isterinya pernah berkata bahawa dahulu ketika kami jauh, diminta untuk tinggal bersama kerana tidak boleh fokus kerana kami tiada di sisi. Kini apabila kami sudah di sisi, lain pula jadinya.

Akibat daripada tekanan itu, dia menyiapkan tesis doktor falsafahnya dalam masa kurang 2 tahun. Beliau rumuskan bahawa, akhirnya sekarang baharulah dia sedar antara sebab dirinya agak cepat berjaya menghabiskan pengajian sarjana dan doktor falsafah itu ialah kerana tekanan.

Tekanan yang terhasil daripada tanggungjawab yang diwajibkan dalam sebuah keluarga, dan dia berterima kasih kepada tekanan itu. Mungkin tanpa tekanan itu dirinya masih belum mendapat ijazah kedoktorannya.

Dia juga pernah berkata, pada masa pengajian ijazah sarjananya di UM, 200 daripada 500 calon adalah suami dan isteri orang. Dan ketika mereka graduasi, kebanyakannya adalah daripada mereka yang sudah bekerluarga. Begitu juga sewaktu pengajian ijazah kedoktorannya, daripada 150 orang calon, dalam 50 adalah mereka yang sudah berkahwin. Dan majoriti daripada mereka adalah yang graduasi paling awal.

Sebagai penulis dan pelajar

Tekanan kepada kehidupan kita sebagai manusia sejak azalinya sudah wujud. Samada kita sedar atau tidak bergantung kepada tahap kesedaran kita yang berpandukan ilmu dan pengalaman.

Kerana tekanan-tekanan inilah para Rasul dan nabi kita dijamin syurga, bahkan 5 orang daripadanya dianugerahkan dengan gelaran 'ulul azmi. Bahkan daripada tekanan yang pelbagai inilah munculnya pejuang-pejuang agung sepanjang zaman.

Begitu juga dengan karya-karya agung yang terhasil daripada inspirasi tekanan ini. Tekanan ekonomi, sosial dan agama adalah modal kepada karya-karya agung dunia.

Maka, kita perlukan tekanan. Tekanan yang positif yang akhirnya membuahkan kejayaan.


Best Blogger Tips

3 comments:

  1. belajar apa2 pon ada tekanan
    cuma cara kita kendalikan tekanan itu yg akan menentukan siapa kita kemudian

    like this entry!

    ReplyDelete
  2. Hukum tekanan berdasarkan teori kinetik menyatakan, semakin tinggi tenaga kinetik di sesuatu jirim, tekanan akan meningkat dan ini berkadar langsung dgn tenaga kinetik terkumpul (jika pembolehubah yg lain dimalarkan)

    Seperti juga dgn penulis; apabila tenaga kinetik penulis sgt tinggi, maka tekanan penulis pun tinggi. Tapi perlu semak dgn hukum boyle dan hukum charles utk menyokong hipotesis di atas.

    Nasihat utk penulis, kurangkan tenaga kinetik. Kelak proses pendidihan/penyejatan molekul penulis boleh berlaku apabila tekanan sgt tinggi.Jisim akan berkurang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...