pementasan teater yang saban hari kian mendapat tumpuan dr khalayak, biarpun sering kali disogokkan dgn teater berbentuk musikal yang ringan, namun masih ada yang mahu menyaksikan teater yang membawa persoalan yang lebih berat...
menanti perang berakhir, sebuah arahan Kamarul AR yang diadaptasi daripada skrip karya muhaimin sulam, yang memenangi hadiah pertama peraduan menulis skrip TV anjuran IKIM.
pelakon utama bersama penama asal...
Mengisahkan tentang AKMAL, seorang diplomat di Kedutaan Malaysia di Sarajevo, Bosnia-Herzegovina sedang membuat kajian tentang AWANG LEH. Awang Leh merupakan salah seorang pengikut Tok Janggut yang telah ke T
urki untuk menyampaikan surat Tok Janggut kepada pemerintah Islam pada masa itu untuk mendapatkan bantuan bagi menentang penjajahan Inggeris. Awang Leh kemudian menjadi komander Divisyen Hanzar di bawah panji kerajaan Uthmaniah menentang pihak bersekutu di Balkan dalam Perang Dunia Ke-2. Beliau dipercayaai disemadikan di Sarajevo. Dalam pengajiannya, AKMAL bertemu dengan SARAH dan LYDIA. Selain menyentuh tentang cinta yang berputih dan cinta yang tidak berbalas, kisah ini juga memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel. Dunia sentiasa suka berperang?. Siapakah yang menanti perang berakhir?. Dan...berakhirkah perang?. Jawapannya pada kita, makhluk yang dinamakan manusia!
bila malam VIP menampilkan dato'...haha, dahle masuk free..
- dimulakan dengan dengan pengenalan diri dan sedikit dialog tentang peripentingnya anjakan paradima, benar2 membuka mata yang hadir untuk lebih mengenali dan menghargai sejarah..esp tentang perjuangan tok janggut..
- awareness tentang tanah suci palestin yang dirampas hak mereka oleh zionis.
- dialog paling best ' seni dan politik memang x boleh nak dipisahkan'
wallahualam