Saturday 14 May 2011

Status quo?

Saban hari kita melihat trend perjuangan Parti Islam ibarat saling tak tumpah seperti perjuangan pada zaman Rasulullah SAW.


1.       Pada zaman Nabi, musuh menggunakan media-media untuk memburuk-burukan Nabi..Hari ini regim yang memegang kuasa menggunakan media prima sehabis boleh untuk memberi gambaran dan tanggapan buruk kepada mereka yang membawa syiar Islam..dan ianya sangat berkesan..

2.       Musyrikin makkah takut kehilangan STATUS QUO

a.       Masyrakat arab datang ke Makkah untuk menunaikan pilgrimage. Jadi jikalau mereka berpegang kepada kalimah 'la ila ha illa Allah', maka mereka akan hilang sumber kewangan. Ie; takut kehilangan apa yang sukar dilepaskan.

b.      Takut kehilangan kuasa. Sebelum kedatangan nabi di tanah arab sudah ada kewujudan Christians dan Jews, namun ini tidak mengganggu status quo mereka. Apabila Islam mula berbicara soal politik, maka mereka semakin gusar dan bimbang.

3.       Character ASSASINATION

a.       Cubaan untuk mengatakan nabi sebagai pemecah belah dalam masyarakat. Pada zaman ini, 'tribal relationship' amat kuat. Ini menyebabkan musuh menggunakan sentiment 'hubungan kerabat' dengan mengatakan Nabi memecah belah suami-isteri, ibu-anak, ayah-anak , dan kaum keluarga.

b.      Mengatakan nabi sebagai ahli sihir. Tapi tak macam ahli sihir pun

c.       Mengatakan Nabi sebagai orang gila, nyanyuk, lupa daratan dsb..

d.      Mengatakan Nabi sebagai penyajak, pandai bermain dengan kata2 manis dan syair indah, sedangkan hakikatnya nabi adalah seorang yang buta huruf.

4.       Cubaan membeli dengan TAWARAN

a.       Contoh sebagaimana offer perpaduan 'melayu'..Kenapa tidak offer semasa kuat?

b.      Offer kuasa, harta, wanita ganti dengan kompromi dakwah.

5.       Memberikan JENAMA kepada Islam

a.       Hari ini islam kamu, esok sembah tuhan kami. Mereka percaya kepada Allah, tapi dalam tidak sedar telah bersifat menduakan Allah.

6.       Memegang kuasa tidak menjadikan pemimpin semakin KAYA. Bahkan nabi pulang tanpa meninggalkan sebarang legacy dalam bentuk harta atau bangunan, tetapi dalam bentuk Iman dan Ilmu. Hanya orang seperti Firaun yang meninggalkan monument besar2 untuk kita tatapi dan banggakan..Hari ini pemimpin berlumba-lumba untuk menunjukkan kehebatan dengan pembinaan monumen sebagai legasi dan indikator kuasa besar.

7.       Politik Barat ialah bagaimana mendapatkan KUASA dan bagaimana mengekalkannya (The Prince). Tetapi politik Islam adalah suatu cara untuk manusia mencapai matlamat hingga ke akhirat dan syurga Allah.

Persoalannya sejauh mana keyakinan kita akan kemenangan Islam?..Para kader dakwah hari ini hanya disibukkan untuk meletakkan label bagi melengkapkan target Individu Muslim semata-mata untuk mencapai tahapan BaitulMuslim, walhal pembinaan Individu Muslim adalah usaha yang berterusan yang tidak pernah berhenti setakat itu..


Di mana kedudukan Kita? Masih di STATUS QUO?


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...