Kehangatan perlawanan akhir liga juara eropah yang menyaksikan pertembungan dua gergasi eropah Barcelona dan Manchester United pastinya menjadi buah mulut semua peminat bola sepak di seluruh dunia.
Namun dalam pada itu ramai yang tidak tahu detik2 akhir sebelum berlabuhnya liga tempatan yang menyaksikan perebutan takhta liga super antara pasukan terengganu, kelantan dan selangor..skuad penyu malam ini akan menjadi hos kepada skuad kedah pastinya mengejar 3 mata penuh dalam memastikan kedudukan di tangga teratas terjamin..kelantan melayan pahang sementara selangor akan dikunjungi negeri sembilan di stadium shah alam..
Liga super yang berbaki 4 perlawanan juga menjadi pertaruhan terbaik kepada dua penyerang kebangsaan Abdul Hadi Yahya (Ter) dan Norshahrul Idlan Talaha (Kel) bagi merebut takhta kasut emas Liga Super. Hadi yang mendahului dengan 15 gol setakat ini diikuti rapat oleh norshahrul dengan 12 serta rakan penyerang hadi di terengganu, abdul manaf mamat dengan 10 jaringan..
Hakikatnya kita sentiasa dambakan yang di luar, anak kecil di rumah disisihkan..buktinya akhbar tempatan dalam slot sukan, hanya memberi ruang setengah muka sahaja untuk liputan liga bola sepak tempatan berbanding 12 muka untuk liga juara2 eropah..
Kita sering kali pandang negara luar, isu dalam negara kita kritik sedangkan kita tidak pernah ikuti perkembangan..isu bola sepak, isu sistem, masalah politik, isu nilai dan moral..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
boh, ada malaysia ke boh? hehe
ReplyDeletebawa diri sekejap raja..
ReplyDelete