

selesai iktikaf di muslim welfare house kami dijamukan dengan sahur bertemakan 'tangisan insan yang kelaparan' yang disediakan abang safwan, pelajar PhD di sheffield..khabar gembira turut mengiringi K10ML bahawa beliau baru sahaja menerima anak ketiga tiga hari yang lalu..

bergambar di hadapan sheffield teaching hospital, menggamit memori lama saat arwah mas afzal membawa kami bersiar-siar ke sini.

3. Glasgow






antara yang menarik yang mungkin boleh dicuba oleh masjid-masjid di malaysia, sediakan ruang khas di dalam masjid, untuk mereka yang beriktikaf..dan promosi perlu dibuat secara besar-besaran bagi mengimarahkan 10 malam terakhir ramadhan kerana itulah bentuk perayaan fitrah yang sebenar..







Mungkin beberapa cadangan praktikal:
- BONUS kepada pekerja perkhidmatan awam diberikan sebulan atau beberapa minggu sebelum ramadhan bagi melicinkan persiapan raya sebelum masuknya bulan puasa.
- JUALAN RAYA dilakukan pada bulan syaaban supaya masyarakat memperolehi lebih banyak peluang untuk tumpukan perhatian kepada ibadat puasa apatah lagi dalam mengejar fadhilat pada 10 hari terakhir.
- CUTI UMUM diberikan seminggu lebih awal sebelum raya supaya masing-masing dapat ke kampung lebih awal dan berpeluang berpusu-pusu mengerjakan ibadat 10 hari terakhir semaksima mungkin.
- PROMOSI mengimarahkan masjid pada 10 malam terakhir perlu digiatkan dan dipertingkatkan dengan menu sahur yang istimewa dan ruang iktikaf yang lebih selesa, sebagaimana kita mempromosikan pakej2 buka puasa di hotel.
Eid Mubarak everyone, minal aidil walfaizin sama-sama.
Sent from my BlackBerry® wireless device




















