Antara panelis yang hadir ialah YB Dr Dzulkefli Ahmad (Kuala Selangor), YB Ir Khalid Samad (Shah Alam), YB Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) serta Proffesor Aziz Bari, pakar perlembagaan negara..
Antara yang menarik sempat dicatat;
- Wujudnya dua parti adalah penghayatan yang cukup baik untuk mengekalkan sistem semak imbang yang baik kepada pentadbiran, maka sistem dua parti adalah kaedah yang terbaik buat masa ini..buat masa ini..buat masa ini untuk senario politik semasa tanah air sebagai satu manifestasi penjelmaan sistem perlembagaan dan proses demokrasi..
(Dr Dzul)
- PAS bukan "gila kuasa" seperti yang didakwa Umno BN..Walaupun sentiasa diasak media Umno BN sebelum ini dan sering menuduh PAS kemaruk kuasa kerana bekerjasama dengan DAP, parti bukan Islam, yang dimomokkan sebagai kafir harbi..Sebaliknya, jika benar PAS ingin berkuasa, mereka akan memilih untuk bersama-sama dengan Umno kerana mereka yang dilihat lebih berkuasa di negara ini. Tapi kerana memahami perjuangan ini bukan nak dapat kuasa tapi nak ubah pemikiran masyarakat, maka untuk bersama dengan parti yang sedang mencorak pemikiran dan membelenggu pemikiran umat Islam adalah sukar. (YB Khalid)
- Perjuangan gerakan Islam yang memilih wadah politik seperti PAS bukanlah untuk mengejar kuasa..jika tidak sudah pasti akan membentuk UG..kuasa politik itu adalah satu amanah, untuk menjadi catalyst for change, dan berasaskan islam..(Datuk KJ)
- PAS mahu tidak mahu perlu serius untuk menggantikan UMNO sebagai parti nasional, dan bukannya parti yang hanya untuk melayu semata2...Maka peranan semua ahli dan pimpinan PAS perlulah ke depan dalam merakyatkan parti, serta menasionalkan gerakan Islam massa ini..dan isu pemilihan dalam parti perlu diambil secara serius bagi mengetengahkan bentuk pimpinan yang lebih serius untuk merakyatkan parti, malah kadang-kala PAS ini ibarat gajah yang kuat tetapi tidak berkepala..Namun begitu hakikatnya pemilihan dalam PAS adalah satu bentuk pencapaian dan guidance yang sangat baik untuk dicontohi oleh mana2 parti politik di Malaysia (Prof Aziz Bari)
- Peranan presiden adalah untuk menjadi titik penyatu kepada semua pemikiran dan agenda dalam gerakan Islam..of all different level of understanding dan pengurusan perubahan yang lebih cekap, kerana masing2 sedar yang ianya adalah parti yang mempunyai ahli daripada yang belajar tinggi-tinggi hinggalah yang tidak gosok gigi..maka jangan dinafikan perubahan yang akan berlaku sepanjang masa.. (Dr Dzul)
- Kepimpinan ulama perlukan. kepada interpretasi yang lebih jelas kepada seluruh peringkat..
Pembuatan dasar dan polisi tidak hanya ditetapkan oleh presiden, and not autocratic approach..TG Presiden nyata masih mengizinkan demokrasi, serta ada ruang untuk membenarkan perbezaan dan bernada vokal di dalam gerak kerja parti walaupun berlainan fikrah, bukti kematangan yang wujud dalam gerakan islam massa seperti PAS..(YB Khalid)
- PAS adalah satu bentuk eksperimen gerakan Islam untuk menjana dakwah dan tarbiyah dalam masyarakat pluralist sebagaimana yang ada di Malaysia..tidak berlaku di mana2 negara y ada gerakan islam yang mengambil pendekatan politik sebegini..pendekatan hanya politik muslim melayu sudah ketinggalan dan PAS perlu 'embrace' perubahan yang progresif dan ianya sedang berlaku sekarang..kunci utama ialah 'change management' yang cekap dalam parti. (Datuk KJ)
- Puak Endorgan dalam PAS bukan siapa atau kumpulan mana, tetapi lebih kepada bentuk pemikiran yang sepakat yang menjurus ke arah perubahan dalam parti..PAS perlu buang mindset pembangkang dan berfikir menggunakan mindset pemimpin nasional..endorganisme ialah aspirasi pro-perubahan. (YB Khalid)
- Kekuatan asal Parti Islam Se-Malaysia perlu diperkasakan dalam mengharungi senario politik semasa, tidak perlu tubuhkan parti politik Islam yang baru kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah..kunci utama ialah reinforcement dalam parti, support base extension, engagement in multiracial citizens, and thus promote inclusiveness among memberships in party..be the part of change. (Dr Dzul)
"Perjuangan politik Islam bukanlah kerana gila kuasa tapi yang pastinya kami hanya mahu ambil kuasa daripada orang gila.."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment