Pekerja-pekerja di syarikat tersebut nyata terkejut dengan notis yang menyatakan bahawa, mereka yang tidak menunaikan solat 5 waktu bakal diberikan amaran ataupun boleh diberhentikan kerja..
Rata-rata mereka bekerja di sana yang beragama Islam merasa kurang senang dengan tindakan tersebut malah menuntut penjelasan berhubung perkara tersebut daripada pengurus mereka yang beliau sendiri tidak pernah menunaikan solat 5 waktu apatah lagi bukan beragama Islam..
Lalu bertanyalah wakil pekerja yang menyoal tindakan pengurus yang seolah2 menyentuh isu agama dan hak individu mereka yang beragama Islam..
Maka dijawabnya pengurus tersebut " jika arahan tuhanmu pun kamu bisa tidak ikut dan suka hati mahu ingkar, inikan pula arahan bos kamu yang hanya seorang manusia akan kamu boleh ikut? "
- adapun perbezaan antara pekerja dan hamba..seorang pekerja statusnya mendapat gaji daripada majikan, maka beliau menerima arahan kerana ada habuan..jika tidak berpuas hati dan kurang senang, pekerja boleh sahaja tukar majikan..lain pula dengan status seorang hamba, di mana tuan hamba menentukan segalanya, dan hamba tidak boleh lawan cakap atau persoalkan arahan tuan mereka..ianya bersifat jelas dan tiada kompromi..
- kita tiada masalah untuk 'declare' diri kita sebagai hamba Allah, malah lebih gembira jika nama yang ditulis dalam borang derma sebagai nama hamba Allah instead of nama sendiri...
Namun persoalan yang lebih asas, sejauh manakah kita melaksanakan arahan tuan kita? Bukan hanya sekadar melakukan solat 5 waktu, berpuasa, menjaga aurat, menjaga batas pergaulan, malah sehinggalah kepada sebesar2 keperluan siasah, berkasih sayang sesama manusia, keperluan bersama Jemaah, serta kewajipan berdakwah...
Seorang hamba tidak boleh mempersoalkan HAK mahupun untuk menentukan PILIHAN baginya untuk menerima arahan atau tidak, tetapi ianya adalah satu TUNTUTAN dan bentuk KEWAJIPAN..
Soalnya, kenapa kita masih sombong?
No comments:
Post a Comment