Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Thursday, 2 February 2012

Konvensyen Bidadari Dunia 2012





Buat julung kalinya di Malaysia, 19 tokoh wanita bergabung dalam Konvensyen Bidadari Dunia (KBD) 2012 anjuran iluvislam.com. 

KBD akan berlansung pada 24 & 25 Mac 2012 di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Antara tokoh tersebut adalah Prof. Muhaya, Prof. Madya Syarifah Hayati, Dato' Ustazah Siti Nor Bahiyah, Dr. Nikki Shuhada, Dr. Harlina Siraj, Ummi Ros, Wardina, Nora, Catriona Ross, Puan Rozita (Sendayu Tinggi), juara Ustazah Pilihan serta juara Solehah dan ramai lagi.

Jom rebut peluang ini untuk menuntut ilmu dan pengalaman - serta bertemu mereka 'face' to 'face'.
Hanya 3,000 tempat disediakan. Daftar sekarang di www.bidadaridunia.com  untuk mendapatkan diskaun 'early bird' sehingga 29 Februari 2012 ini.

Ayuh kita kongsikan promo ini kepada rakan-rakan kita!

Best Blogger Tips

Sunday, 29 January 2012

HEALTHCARE PUBLIC FORUM


SELANGOR/KL HEALTHCARE PUBLIC FORUM

Why pay more and get less for 1Care?

The Federal government is introducing a new national healthcare system called 1Care, which
will force you to give up to 10% of your monthly household income as your contribution
under/via a national health insurance scheme.

What’s worse, after paying so much…….
You cannot pick choose your own doctor. The government will assign one doctor for you. You still have to pay more when you see the doctor
• Your assigned doctor is budgeted to see you only 6 times a year
• You get only the cheapest not-original medicine
• You will not be covered for all illnesses especially expensive care under the insurance
• If you don’t like your assigned doctor and/or the medicine given, you’ll have to pay 
more from your own pocket to see another doctor and/or get better medicine.

Healthcare costs will shoot up! From RM 33.7 billion in 2009 to a proposed RM44.24 billion
a year with 1Care. It will cost so much but will it be a benefit or a burden?

Find out more about 1Care at this public forum, officiated by Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri
Besar, Selangor.

Speakers:

  • 1-Care for 1Malaysia – why and what is it? (Ministry of Health Malaysia)
  • Healthcare-what the rakyat want?: YB Dr. Xavier Jayakumar, State Exco Member for Health, Selangor
  • The Doctors’ Perspective: Dr. Ng Swee Choon, FPMPAM
  • The Patients and the Consumers’ Perspective: Dr. T Jayabalan, Patient Health and Safety Advisory Organization, Penang/Citizens Healthcare Coalition
  • Moderator: Mr. Philip Koh Tong Ngee, FCIS, Senior Partner, Mah-Kamariyah & Philp Koh, Advocates  & Solicitors


Organised by:  Pakatan Kesihatan Rakyat   (Citizens’ Healthcare Coalition)

With invitation to:
• Ministry of Health Malaysia
• Selangor State Government
• Federation of Private Medical Practitioners Associations of Malaysia (FPMPAM)
• Private Medical Practitioners’ Association Selangor/KL(PMPASKL)

Admission is Free.

Date: Sunday, 12 February 2012
Time: 4.00pm–6.30pm
Venue: SUNFLOWER ROOM, GLOBAL BUSINESS & CONVENTION CENTRE
No.8 Jalan 19/1; Section 19. Petaling Jaya 46300

For more information, contact
Dr. T Jayabalan
Tel: 6012 4027 445
Email: drjayabalan@gmail.com


Best Blogger Tips

Saturday, 17 December 2011

k.fiqh




Pendaftaran Konvensyen Fiqh Ummah 2012 dibuka hari ini. Layari www.k-fiqh.com untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Jom bantu sebarkan video promosi ini :) Best Blogger Tips

Tuesday, 30 August 2011

RamadhanWeekend 4.0





Masa yang singkat di saki-baki ramadhan ini diteruskan dengan ekspidisi Kembara 10hari Mencari Laila (K10ML) dengan mengambil ibrah daripada tema 'mencari redho ilahi'


1. Sheffield
hentian pertama kami diserikan dengan menu istimewa iftar yang disediakan oleh sahabat sheffield, chef asyandi, hilman, adib dan nazrul..juga kehadiran abang lokman dan saiful memeriahkan lagi suasana berbuka puasa di sini.

selesai iktikaf di muslim welfare house kami dijamukan dengan sahur bertemakan 'tangisan insan yang kelaparan' yang disediakan abang safwan, pelajar PhD di sheffield..khabar gembira turut mengiringi K10ML bahawa beliau baru sahaja menerima anak ketiga tiga hari yang lalu..

bergambar di hadapan sheffield teaching hospital, menggamit memori lama saat arwah mas afzal membawa kami bersiar-siar ke sini.

2. Manchester

suasana di stesen bas cukup padat dan meriah, dengan masing2 tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut bank holiday dan raya aidilfitri.

3. Glasgow

hentian kami yang seterusnya cukup istimewa kerana kehadiran
kami dibanjiri dengan peminat-peminat tempatan yang menyaksikan penggambaran filem terbaru brad pitt.

iftar hari ini bertempat di Strathclyde Muslim Student Association yang kedudukannya sangat strategik di tengah kota glasgow..turut kelihatan adalah kaunter zakat fitrah yang di'amil'kan oleh Dr Che Anuar.

K10ML dipertemukan secara langsung dengan orang di belakang tabir kuliah nur ramadhan, ustaz arifin dan rahimi ariff, graduan universiti glasgow.

talk ringkas lagi menarik mengenai hikmah tadarus quran di bulan ramadhan oleh sheikh abdalaziz frederick.

dipertemukan dengan seorang saudara hebat, brother sherdon byron, a muslim revert bersama anak comelnya sophia..and guess what, isterinya orang Malaysia..

antara yang menarik yang mungkin boleh dicuba oleh masjid-masjid di malaysia, sediakan ruang khas di dalam masjid, untuk mereka yang beriktikaf..dan promosi perlu dibuat secara besar-besaran bagi mengimarahkan 10 malam terakhir ramadhan kerana itulah bentuk perayaan fitrah yang sebenar..

jika kita di malaysia boleh jadi lebih kreatif untuk buat promosi sahur sebegini buat yang beriktikaf di masjid untuk 10 malam terakhir, sebagaimana kita promosi pakej berbuka puasa di hotel, pastinya ganjaran pahalanya lebih besar berganda dengan kos yang lebih sederhana..malah subuh pastinya akan sentiasa dipenuhi oleh jemaah yang lebih ramai..

K10ML meneruskan pengembaraan dengan diberi kesempatan untuk menghadiri kelas pengajian sheikh abdalaziz frederick di al-meezan institute, sebuah NGO Islam di Glasgow yang ditubuhkan beliau..kebetulan beliau memang lahir di nottingham, what a coincidence, Subhanallah.

iftar K10ML kami disajikan dengan nasi briyani istimewa hasil tangan kak intan, isteri kepada Dr Hamka, seorang doktor veterinar di malaysia..majlis berbuka turut dimeriahkan dengan perbincangan mengenai pelaburan emas yang diketuai oleh abang azril.

saya membayangkan jika rakyat malaysia diberikan cuti umum seminggu lebih awal, supaya kita boleh saksikan malam ramadhan ke-29 penuh safnya di masjid-masjid seluruh negara..dan bukannya penuh safnya hanya di jalanraya...

anak-anak muda kecil ini turut tidak melepaskan peluang bagi mengejar ihya' ramadhan menyertai mereka yang dewasa beriktikaf di masjid sekalipun masih berbaki satu hari puasa...(dalam gambar; munzir dan hibban, anaknya ustaz abduh)

K10ML turut berpeluang berkunjung ke Glasgow Central Mosque bagi merasai sendiri suasana iktikaf di masjid utama bandar tertua di Scotland ini.

pengalaman bersama al-fadhil ustaz abduh, penceramah terkenal kuliah Nur Ramadhan, Ustaz Ariffin, pengelola Nur Ramadhan, dan Dr Che Anuar, pelajar PhD jurusan neuroscience nyata antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang misi K10ML..


Mungkin beberapa cadangan praktikal:

  • BONUS kepada pekerja perkhidmatan awam diberikan sebulan atau beberapa minggu sebelum ramadhan bagi melicinkan persiapan raya sebelum masuknya bulan puasa.
  • JUALAN RAYA dilakukan pada bulan syaaban supaya masyarakat memperolehi lebih banyak peluang untuk tumpukan perhatian kepada ibadat puasa apatah lagi dalam mengejar fadhilat pada 10 hari terakhir.
  • CUTI UMUM diberikan seminggu lebih awal sebelum raya supaya masing-masing dapat ke kampung lebih awal dan berpeluang berpusu-pusu mengerjakan ibadat 10 hari terakhir semaksima mungkin.
  • PROMOSI mengimarahkan masjid pada 10 malam terakhir perlu digiatkan dan dipertingkatkan dengan menu sahur yang istimewa dan ruang iktikaf yang lebih selesa, sebagaimana kita mempromosikan pakej2 buka puasa di hotel.

Eid Mubarak everyone, minal aidil walfaizin sama-sama.


Sent from my BlackBerry® wireless device


Best Blogger Tips

Tuesday, 26 July 2011

laporan pra-musim



sepanjang musim panas, saya telah mendapat panggilan untuk menyertai team senior nottingham a.k.a NMC (komuniti postgrad di nottingham) dalam siri perlawanan pra-musim sebagai pemanas badan sebelum bermulanya musim liga baru akan datang. peluang digunakan sebaik mungkin untuk menjaga tahap stamina yang semakin lama semakin karat akibat jadual klinikal yang semakin mencabar.

beberapa siri perlawanan persahabatan telah diadakan bagi menguji tahap permainan dan keserasian tonggak-tonggak utama pasukan. NMC juga dikhabarkan telah dikuatkan dengan kemasukan beberapa muka baru muda bagi menyuntik tonik segar ke dalam pasukan bagi menghadapi saingan musim hadapan yang pastinya lebih mencabar khabarnya menurut nottingham post, akhbar sensasi rantau nottingham.

berikut merupakan rangkuman siri perlawanan persahabatan pra-musim NMC:

1. Birm (2) vs NMC (4) - liputan perlawanan di sini

2. NMC (1) vs Lougborough (3) - liputan perlawanan di sini

3. NMC (6) vs Nottingham Forest B- (7) - liputan perlawanan di sini

4. NMC (8) vs Middle East All-star (7) -liputan perlawanan di sini


siri perlawanan pra-musim akan dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada ramadhan al-mubarak mengambil tempat di hati pemain2 ini..namun ujian stamina akan terus berlangsung dan menurut kata pengurus pasukan, Dr Nazri yang berkelulusan bidang mata, sesi latihan akan terus berlangsung setiap hari selepas waktu isyak, dengan 20 rutin biasa..selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan NMC..

sumber: nottingham post


Best Blogger Tips

Monday, 25 July 2011

WOW diterjah?



tahniah kepada seluruh sidang produksi, ajk-ajk perlaksana, ajk modul, para sukarelawan iluvislam.com serta para peserta yang memeriahkan WOW tahun ini..

juga rakaman penghargaan buat krew trek siswa yang menerjah WOW, anda memang cool. Best Blogger Tips

Friday, 15 July 2011

aksi..


Perlawanan persahabatan antara Nottingham Malaysian Community (NMC) VS Birmingham Malaysian Community bertempat di padang Birmingham City University pada 10.07.2011. Tahniah kepada wira2 Notts diatas kemenangan 4-2 yang dicapai hasil dari ketangkasan keeper, kekentalan pertahanan, kebijakan engin tengah mengemudi dan kepantasan penyerang mengambil peluang serta kesetiaan penyokong bermandiankan peluh kepanasan, Alhamdulillah. Tahniah juga buat pihak Birm yang menyediakan layanan first class buat kami dengan nasi lemak istimewa serta kuih2 beresepi Malay mengubat kepenatan perjalanan jauh dan keletihan megejar bola hehe.

sekitar aksi-aksi menarik yang sempat dirakam oleh rakan media kami..




skuad utama NMC (dari kiri): duduk; abg hasrul, abg hafiz, mudin, abe kamal, ustaz yie, rudy, abg marwan, abg aziz. berdiri; abg izzi, abg azmi (GK), cha, abg fauzan, abg shukran, abg azam (C), abg jo, abg hafiz, abg zulwaqar, abg khairi, abg zainal (Manager)

pasukan kali ini mendapat sentuhan pemain daripada skuad piala FA terengganu dan liga super kelantan..abe kamal selaku scout NMC yang melamar kedua-dua pemain ini.

aksi pemanas badan sebelum permainan bermula, dek kerana dihidang muffin dan air teh oleh tuan rumah, khuatir pancit awal.

pemain kesebelasan utama, membincangkan strategi 'rempuh nelang dibuai bayu' akan digunapakai untuk beberapa minit awal.

kedua-dua pasukan sempat bergambar sebelum perlawanan, dengan cuaca mencecah 25 darjah, menerjah terik memancutkan peluh. NMC segak berbaju merah bak pasukan nottingham forest, manakala birm pula tampil mewakili warna pasukan birmingham city, the blues.

peminat tidak ketinggalan memberikan sokongan padu di luar padang ibarat 'kau kunci hatiku di pinggir pagar'.

serangan awal yang hampir membuahkan gol pertama buat pasukan NMC, namun dek kerana terkejut dengan sergahan yang dibuat oleh pertahanan lawan menyebabkan bola tersasar sedikit daripada pintu gol..namun gaya sudah menang markah.

permainan menjadi sedikit tegang akibat aksi tomoi yang tidak kena daripada pasukan NMC, namun pihak birm sudah bijak membaca gerakan lawan kerana mereka kebanyakannya sudah ada tali pinggang hitam seni aikido.

jentera tengah seimbang dengan kedua-dua pihak saling mengawal serta merampas bola pihak lawan secara timbal balik, namun kelebihan umur dan pengalaman merantau menjadi pemisah antara kedua pasukan.

ayam tambatan NMC yang pernah cuba dipancing oleh pasukan nottingham forest FC, rudy nurdin berjaya mencuri tumpuan dengan dua gol kemenangan pada separuh masa kedua, selepas birm mendahului dengan 2 gol berbalas satu, membuktikan semangat juang pasukan merah tidak pernah luntur sepanjang perlawanan.

pasukan pelawat mendapat khidmat istimewa daripada Dr Shafie yang diterbangkan khas bagi menjadi motivator, first aider dan juga photographer sementara sepanjang perlawanan berlangsung. hasilnya para pemain sentiasa dibekalkan dengan kata-kata perangsang yang menjadi suntikan mental dan juga igauan ngeri pasukan birm.

wisel tamat menandakan kemenangan bergaya pasukan NMC, dan strategi seterusnya adalah untuk menakluk satu UK, bagi persediaan untuk perlawanan musim hadapan..dan juga pelan untuk ke carboot esok hari bagi meraikan kemenangan.

sesi penukaran cenderamata daripada kapten kedua pasukan, dengan pasukan NMC menerima bola replika khas aston villa, yang ditandangani secara istimewa oleh semua pemain pasukan birm..

acara yang dinanti-nanti oleh pemain daripada kedua2 pasukan, menjamu selera nasi lemak lauk campur, sambil menikmati panorama indah british summer..malah hasrat untuk diet terpaksa dilupakan seketika, sebagai hadiah kemenangan.

sesi bergambar kenangan bersama pasukan tuan rumah, nantikan perlawanan timbal balik selepas raya...sambil berhari raya..


p/s: nantikan laporan perlawanan pra-musim kedua NMC vs Loughborough Malay..keputusan akhir ialah NMC(1) LM(3)


Best Blogger Tips

Wednesday, 6 July 2011

sinergi?



"Program Sinergi Keluarga Bahagia Siri Kedua, anjuran Nisa' Titiwangsa dengan kerjasama Yayasan Selangor pada Ahad 17 Julai 2011 di Menara Yayasan Selangor. Bersama motivator terkenal Ust Hasrizal Abd Jamil. Program khusus ke arah pembentukan hubungan komunikasi suami-isteri, ibu-bapa dan anak-anak. Hubungi segera Cik Nazirah 013 318 3845 atau Puan Hafizzah 013 332 1183"


Best Blogger Tips

Saturday, 2 July 2011

PASTI boleh?

teknik yang digunapakai..

sesi taklimat kepada tenaga pengajar sebelum sesi bermula..


Moga usaha kecil ini bisa menjadi bekalan kecil buat hamba-hamba yang masih kerdil ini dalam membantu bakal cendekiawan-cendekiawan agama kelak..

Kagum dengan cikgu sekolah rendah, kerana sangat besar cabaran seorang guru apatah lagi yang mengajar anak kecil daripada tidak tahu kepada tahu..bukan mudah, tapi boleh diusahakan, biiznillah..

Mengaji Pasti Boleh! (rujuk link)

Sent from my BlackBerry® wireless device


Best Blogger Tips

realiti dan impian?




Best Blogger Tips

Wednesday, 29 June 2011

bedah?



SENGSARA KEM KAMUNTING
tulisan Saari Sungib (Abu Urwah)

Panelis:
1. Hisyamuddin Rais (bekas tahanan ISA)
2. Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com)

Moderator:
Syukri Razak (Solidariti Mahasiswa Malaysia)


Tempat:
Pesta Buku Negeri Selangor 2011
Shah Alam Convention Center
Tarikh : 30 June 2011
Masa : 2-4pm

jemput hadir bagi yang berkelapangan..
Best Blogger Tips

Monday, 20 June 2011

demi rakyat..


saya pernah berpeluang untuk singgah di acheh salah satu bandar islam di republik indonesia dalam misi projek kesihatan dan sunathon dua tahun lalu..dan kebetulan ianya bertembung dengan tarikh PEMILUPRES (pilihanraya presiden) sepanjang kami berada di sana..apa yang saya lihat ialah ketelusan media dalam melaporkan segala aktiviti dan menyiarkan kempen2 serta manifesto daripada kesemua parti dan individu yang bertanding..dan apa yang pasti mereka telah mempraktiskan amalan dan budaya demokrasi ini setelah sekian lamanya..dan saya sangat teruja...


saya masih menunggu masa di mana kebebasan media dipraktikkan..di mana media tidak terikat dengan mana2 parti dan pihak bebas menyalurkan idea dan polisi kepada rakyat..maka kita anak malaysia tidak akan dididik untuk terus bersikap skeptikal terhadap kemampuan pihak lain, mahupun selesa dengan apa yang sedia ada, lantas takut untuk berubah daripada status quo terutamanya orang melayu kita..



Best Blogger Tips

Wednesday, 15 June 2011

HIMPUNAN


Jemput hadir ke Himpunan Mahasiswa Selangor yang dijadualkan berlangsung pada:

Tarikh: 19 Jun 2011 (Ahad)

Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang.
Lokasi: Kolej Dar Al Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang

Persidangan ini akan memberi fokus kepada pembentangan dan perbahasan terhadap persoalan ekoposial (ekonomi, politik & sosial) semasa dengan mengenengahkan sudut pandang dan perspektif generasi muda yang akan turut didialogkan dengan pimpinan utama Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, program ini akan turut dihadiri oleh Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abd Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai perasmi acara penutup dan Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor sebagai penyampai ucaptama.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat PKPIM 03 61842286 atau Saudari Sakinah 013 250542.



Best Blogger Tips

fewwit waiting!

Best Blogger Tips

Sunday, 12 June 2011

Dramatik..



Terengganu mengakhiri penantian 11 tahun apabila menjulang Piala FA selepas bangkit pada saat terakhir untuk menewaskan Kelantan 2-1 dalam permainan 120 minit yang paling dramatik pernah disaksikan dekad ini..


- suasana final luar biasa berjaya ini disaksikan lebih 90 000 peminat daripada kedua2 gergasi pantai timur yang merupakan rekod baru stadium bukit jalil penuh, mengembalikan kenangan manis bola sepak tempatan yang cukup malap sejak beberapa tahun lepas..dan khabarnya rating yang dicatat oleh astro arena untuk penonton di rumah cukup hebat mengalahkan rating penonton anugerah juara lagu..


- kami terpaksa mencari ruang 'parking' sejauh 1.5 km, kerana khuatir tidak dapat keluar cepat selepas permainan, dan kemungkinan disaman polis.



- seawal jam 5, stadium sudah hampir penuh dengan kelibat penyokong red warriors menenggelami kelibat penyokong penyu ibarat lautan merah membelah lautan putih..namun ia bukan satu halangan untuk para peminat untuk kalah bersorak sebelum permainan, walau kampung mungkin tergadai..malah sementara menanti sepak mula final, penyokong dihiburkan dengan persembahan khas dikir barat daripada kelab penyokong bola sepak kelantan di perkarangan stadium.


- saat masuknya waktu solat maghrib, seorang bilal menggunakan speaker stadium mengalunkan azan, suasana yang jarang dilihat sebelum ini...maka dapat dilihat di setiap perkarangan stadium, masing2 mengenepikan sentimen kenegerian demi akidah yang satu untuk solat secara berjemaah.



- perlawanan ini juga memahat sejarah apabila semua pemain, jurulatih dan pegawai kedua pasukan melafazkan ikrar sebagai ikrar sebagai janji memerangi rasuah dalam bola sepak sebelum sepak mula perlawanan.


- kelihatan kelibat bendera hijau pas dikibarkan di sebalik lautan merah mahupun putih, lagi2 bila saat gol dijaringkan oleh kedua-dua pasukan.. Malahan sebelum sepak mula, tatkala kamera fokus kepada muka para VVIP, satu stadium gamat, penyokong kedua2 pasukan bertepuk tangan kerana gembira melihat wajah kesayangan tok guru MB kelantan hadir memberikan semangat..



- aksi final edisi ke 22 ini sungguh hebat, mendebarkan dan paling dramatik pernah disaksikan..sang penyu merangkak kembali daripada ambang kekalahan dengan menjaringkan gol penyamaan di saat2 akhir waktu kecederaan, dan gol kemenangan pada masa tambahan untuk sekaligus menghancurkan impian sang kijang bagi menggondol piala FA buat kali pertama..


- Etika penyokong yang hadir masih belum berubah, ada yang tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa, ada yang melempar mercun dan bunga api sehingga ada yang masuk padang, nyaris terkena penjaga gawang terengganu menyebabkan permainan terhenti selama beberapa minit..

- pastinya ganjaran menarik menanti kedua2 pasukan..jika kelantan dijanjikan lot tanah jika menang, pasukan terengganu pula pastinya menanti hadiah pakej percutian ke London dan eropah..mungkin ada peluang untuk ajak main bola sepak persahabatan dengan anak2 ganu di eropah?


Apa-apa pun, tahniah kepada kedua2 pasukan atas permainan final yang sungguh hebat..para peminat bola sepak tempatan pastinya sudah lama ketagihkan aksi bola sepak hebat dan professional sebegini..


p/s: bangga kerana kawan satu sekolah rendah sepermainan dulu, manaf mamat adalah orang yang memberikan gol penyamaan..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...