Ramai ada definisi tersendiri bila sebut tentang kecemerlangan..ada yang terlalu ekstrim mengejar kejayaan dan pengiktirafan dunia, kuasa dan pangkat, sehingga tidak peduli syurga neraka, halal haram dan sebagainya...manakala di ekstrim yang lagi satu pula, ada yang terlalu sibuk beribadah mengejar kejayaan akhirat hinggakan tidak berusaha langsung mengejar kejayaan dunia atau peduli isu masyarakat dan masalah sekeliling, hatta urusan anak isteri ditinggalkan..katanya kubur aku kubur kau lain-lain..begitu mudah sekali sifir mereka..
Islam tidak sekali-kali pandang kecil kecemerlangan di dunia..malah kecemerlangan di dunia ini akan lebih bermakna jika sekiranya ia dijadikan alat untuk mencapai kejayaan akhirat..aku pilih kamu sebagai teman hidup demi untuk mengejar syurga Allah, aku belajar ilmu perubatan untuk jadi doktor kerana mahu memberi khidmat kepada masyarakat demi untuk mengejar keredaan Allah, aku membalas budi mak abah demi kerana Allah..etc2..dan segala2nya kerana Allah semata2..
Imam Ghazali sebut dalam kitab Ihya ulumuddin bab syukur, antara ciri-ciri kebahagiaan di akhirat yang tidak ada di dunia adalah:-
- keadaannya kekal abadi
- kegembiraannya berkekalan
- tidak wujud lagi kejahilan selepas itu
- tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu
Bagaimana definisi cemerlang untuk kita??
Sent from my BlackBerry® wireless device
No comments:
Post a Comment