Friday 10 June 2011

Bakat vs Pengalaman?


Kedua-dua pasukan tampak sangat yakin dengan kemampuan kubu belakang mereka dengan kedua2 pihak mempunyai penjaga gawang pasukan kebangsaan, si apek (khairul fahmi) dan juga sharbinee aliwee yang kian meningkat naik di peringkat nasional dan antarabangsa..

Saya mengandaikan faktor utama yang akan memberikan kejayaan adalah pasukan mana yang berjaya mengawal bola di kawasan tengah padang...jika red warriors dibarisi oleh rangkaian pemain berpengalaman diketuai oleh kapten piya (badrul radzi) selaku playmaker dan dibantu oleh shakir shaari..mereka sangat yakin dengan kebolehan kedua2 sayap mereka yang cukup pantas, S Chanturu dan Awe (azuwan roya)..aksi mereka ibarat melihat nani dan adam johnson bermain di liga super..buktinya mereka berjaya mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan pemain 'influential' musim lalu dengan cukup baik (indra dan norfarhan)..skuad penyu pula mempertaruhkan kebijaksanaan pemain kebangsaan, ashaari samsuddin yang susuk permainannya tidak saling tumpah ibarat pemain antarabangsa jerman 'thomas mueller'...kelibatnya sangat dirasai sewaktu kekalahan dalam perlawanan piala liga awal minggu lalu akibat digantung perlawanan..kelincahan joseph kallang turut ditagih dengan dibantu oleh ismail faruqi, pakar bola mati (dead ball) skuad terengganu...namun mereka pastinya perlu mencari jawapan untuk mengekang corak permainan serangan balas yang cukup kemas dan pantas skuad kijang sepertimana yang ditunjukkan tempoh hari.


Maka pasukan mana yang berjaya mengawal bola dengan baik di bahagian tengah pastinya ada kelebihan untuk memenangi pertembungan dua gergasi pantai timur ini..



Namun tumpuan utama pastinya bakal menjurus kepada 'goal poacher' di posisi serangan..skuad kijang musim ini tampak sangat selesa meletakkan norshahrul idlan sebagai lone striker dan ini sekaligus memberi matyo (nama manja) peluang yang cukup besar untuk memanfaatkan skil menggeleceknya yang cukup kemas..beliau yang turut mendahului senarai penjaring liga super dengan 16 gol pastinya mahu mengembalikan kenangan manis di bukit jalil apabila membantu skuad kebangsaan memenangi piala suzuki AFF tahun lalu..namun skuad terengganu tidak perlu gusar kerana mereka boleh letakkan keyakinan kepada kembar penyerang mereka, abdul hadi yahya dan manaf mamat, meskipun mereka sering nampak gugup apabila menghadapi pasukan besar..kebolehan mereka tentunya tidak boleh disangkal lagi apabila rangkaian hadi (15 gol), manaf (10 gol) dan ashaari (11 gol) pastinya bisa mengucar-kacirkan kubu pertahanan lawan..


keputusannya akan kita saksikan malam ini..mampukah skuad penyu yang dijolok sebagai muda tapi berbakat kelolaan irfan bakti menjulang piala FA setelah kali terakhir melakukannya pada tahun 2000? Atau pun pengalaman yang ada di dalam skuad red warriors kelolaan M. Karathu bakal menjadi pemisah bagi membolehkan mereka menggondol kejuaraan piala FA bagi melengkapkan kejayaan berganda piala malaysia musim lalu?..kita nantikan..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...