Tuesday 19 April 2011

Syurga dunia?

Ramai yang impikan syurga akhirat, yang mana tiada siapa pun tahu bagaimana nikmatnya syurga akhirat tersebut, kita semua maklum hanya melalui pemahaman dan bacaan dalam kitab suci al-quran..

Orang zaman dulu2, bersungguh hidup dalam kepayahan dan kesusahan, sanggup berkorban harta, masa dan tenaga demi mengejar janji kesenangan dan nikmat dalam syurga akhirat yang dijanjikan Allah dalam kitab suci..mereka tidak mengeluh akan kesusahan yang menimpa kerana percaya dengan ganjaran akhirat dan ibadat mereka ibadat yang bersungguh2 untuk mendapatkan janji dan rewards daripada tuhan di akhirat kelak..


Generasi zaman kini, anak2 yang lahir sejak dari kecil lagi mereka sudah dapat merasakan syurga dunia, tidak pernah rasa susah, tidak perlu berkorban untuk beribadah, jika minta apa2 sahaja pasti dapat dipenuhi..sebutlah apa sahaja..realitinya kita sangat bermewah-mewahan sehinggakan cubit sedikit pun sudah mengeluh..


Kita semua ini telah dapat hidu dan menikmati syurga dunia, jadi masakan kita ini sanggup atau bersungguh2 mahu kejar syurga akhirat...
ibadat pun hanya sekadar ikutan taklid dan ritual semata2..apatah lagi kerja dakwah..malah sampaikan kerja dakwah pun hanya ikutan taqlid buta tanpa memahami konteks umum dan maslahat..


Bagaimana agaknya generasi dekad hadapan pula?




Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...