Friday 1 April 2011

Realiti?

Melihatkan suasana dan senario yang melanda di kalangan mahasiswa malaysia di UK ini, saya teringatkan tentang pesanan seorang ustaz dahulu..


Kita boleh bersungguh2 dan membara semangatnya untuk kerja dakwah, namun jika berdakwah dan menyertai Jemaah hanya untuk MENERIMA, kita akan sering kali cenderung untuk lihat kepada kelemahan..apatah lagi kita akan meletakkan expectation yang tinggi untuk menerima yang terbaik dari jemaah yang kita sertai..apatah lagi dengan cetusan2 ideas menggunung adalah sifat anak muda yang idealis menebal dalam diri masing2..


Realitinya adalah tiada yang bebas daripada masalah, lantas menyebabkan kita terus-terusan berada dalam pencarian dan eksplorasi yang menjemukan...akhirnya mungkin kita akan ambil tindakan untuk larikan diri, kerana telah kononnya 'putus asa' atau kecewa dengan realiti yang ada depan mata..


Namun jika sejak dari awalnya kita menyertai Jemaah untuk MEMBERI, secara automatiknya kita akan cuba untuk memanfaatkan keterlibatan masing2 dengan jemaah yang disertai, dan lebih fokus akan peranan dan potensi diri, dan bukannya hak penerimaan semata2..


Jika jemaah ini berpotensi, maka sehabis baik kita akan mainkan peranan kita, berikan idea, tenaga dan terjemahkan ianya ke dalam pengurusan dan tindakan dsb..
Dan jikalau jemaah ini punya masalah, maka kitalah yang akan mainkan peranan dengan menawarkan diri sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu..sikap melarikan diri atau membuat kumpulan lain bukanlah solusi yang tepat..


Apa-apa hal sekalipun, ramai di kalangan kita masih bersikap naif tentang hakikat berbilang-bilang jemaah atau kumpulan di kalangan mahasiswa...ignorant terhadap pemain dakwah yang lain tidak patut wujud sekiranya sikap MEMBERI itu disemai sejak awal..jika tidak, masakan boleh ada exclusiveness atau menyekat kehadiran ke sesuatu aktiviti atau program sedangkan ianya adalah COMMON SENSE.


Walaupun secara idealnya harus bersifat lengkap-melengkapi, namun hakikatnya adalah, berlakunya pertembungan..ianya common sense yang semakin ramai lupa..


Di satu sudut, jangan kita terlalu asyik sibuk menafikan, bersikap ignorant atau mempersoalkan realiti itu, kerana hakikatnya ia telah pun wujud..
Persoalannya adalah sejauh mana kesungguhan kita untuk faham dan uruskan realiti tersebut?


Sent from my BlackBerry® wireless device



Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...