Wednesday 27 April 2011

Seruan?

Kadang-kadang kita khuatir melihat senario kurang sihat yang melanda generasi mahasiswa luar negara hari ini..


Kita bisa laungkan semangat berdakwah yang berdegar, dan mahukan kemenangan kepada Islam, tapi asas utamanya kita sering ambil enteng..
Kita mahu dan rindukan jalinan ukhuwah sesama kita tapi secara tidak langsung kita tidak sedar kita telah semaikan cara yang mendorong kepada perpecahan..


Semakin jauh perkataan dan perbuatan kita semakin kita hilang kepercayaan dan tidak dihormati..
Lupakan sahaja kemenangan jikalau adab bermasyarakat pun kita kurang endah..adab hidup berkomuniti kita masih 'lacking'..prinsip kesatuan kita tolak ke tepi..


Masakan tidak, realitinya hari ini kita melihat senario pelajar2 muda sukar untuk masuk dengan pelajar tua, golongan Undergrad malu untuk bercakap atau gagal berinteraksi dengan baik sama golongan Postgrad, kita kurang melakukan engagement dengan sahabat2 lain dalam komuniti yang kecil ini..samada kita tidak bersungguh-sungguh menyeru kepada kesatuan dalam komuniti, bingung saya memikirkan apa punca sebenarnya yang berlaku situasi sebegini saban tahun?


Jangan kita terlalu memilih dalam berdakwah, kerana sesungguhnya seruan islam itu sendiri adalah inklusif dan bukannya ekslusif..Nabi tidak suka ummahnya berpecah-pecah atau benci-membenci..Malah Rasulullah bersungguh-sungguh menyeru kepada kesatuan dan kasih sayang. Kalau memasak, banyakkan kuah..jangan kita setakat buat masak-masak tapi hanya asap sahaja yang terbang ke tempat lain..itu sebenarnya bukanlah adat berjiran dan berkomuniti yang sihat..


Realitinya ialah, inilah kelemahan umat Islam, gagal menyeru kepada KESATUAN..semua mahu berjaya namun taksub dan idealis dengan cara sendiri, hatta gagal untuk menghormati orang lain..sedangkan KESATUAN adalah asas yang mendahului objektif-objektif lain..


Kita bisa sahaja salahkan Arabs kerana isu yang melanda Palestinians..tapi apa sebenarnya yang kita Malaysian Muslims cuba buat di kalangan circle kecil kita ini?..dalam sedar tidak sedar secara tidak langsung kita adakan divisions di kalangan kita, antara tahun pengajian, antara kumpulan, antara jemaah, antara kursus pengajian dan banyak lagi..lantas menyebabkan di kalangan komuniti atau circle yang kecil ini pun kita sudah 'disintegrating'..


Jangan kita bingungkan lagi generasi muda ini..Jangan kita lupa ASAS yang perlu kita seru..persoalannya, sejauh manakah kita bersungguh ke arah ASAS dan semaikan titik persamaan tersebut?

P/s: buah fikiran ini adalah satu nota dan reminder buat diri dan sahabat2 seperjuangan..




Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

2 comments:

  1. erm.global juga isu undergrad-post grad ni.. dulu2 aku ingatkan dekat dunedin nz je..

    mgkn makin ramai makin berpuak2.. dulu x jadi isu kat tempat aku.. tp semenjak msd masuk campur.. dah xjd isu sgt..

    ReplyDelete
  2. salam bro..ianya bukan isu setempat, tp ini isu y berlegar di kalangan mahasiswa undergrad, apatah lagi buat kita yang menggelarkan diri sebagai daie, berkobar2 kita mahukan dakwah yang kencang ke dalam masyarakat, namun kadang2 approach yang diambil sangat tidak manusiawi, hinggakan terlupa adab yang lebih utama..allahualam, mungkin akibat kita golongan muda ini kadang2 terlalu idealis dan taksub, hingga ke tahap kita khuatir ianya akan jadi virus yang menjauhkan kita daripada realiti bermasyarakat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...