Ini adalah petikan akhbar berita harian 27 April 2009.
Dua doktor HKL ditangkap 'curi tulang'
KUALA LUMPUR: Dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditangkap 'curi tulang' semalam kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, ketika lebih 20 pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, ketika pesakit berkenaan yang kebanyakannya mangsa kemalangan dan berada dalam kesakitan, dikejarkan ke unit terbabit tetapi terpaksa menunggu terlalu lama untuk berjumpa doktor.
Kes curi tulang itu terbongkar apabila Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan yang kebetulan pergi ke situ untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau.
"Saya menunggu pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan selepas menyedari tiada seorang pun pesakit dipanggil masuk oleh doktor, saya membuka pintu bilik rawatan dan terkejut melihat seorang doktor membaca akhbar manakala seorang lagi buat hal sendiri melakukan kerja peribadi.
"Ketika itu, ada lebih 20 pesakit menunggu di luar untuk mendapat rawatan. Ini bukan cara doktor bekerja kerana pesakit sepatutnya diutamakan. Lagi pun, ini unit kecemasan yang perlu pantas memberikan rawatan," katanya.
Saravanan berkata, beliau menegur doktor terbabit kerana sikap mereka yang curi tulang ketika bekerja dan mendesak untuk berjumpa pegawai atasan mereka, tetapi terpaksa menunggu setengah jam sebelum dapat bertemunya.
"Hanya selepas itu barulah pesakit yang sudah menunggu sekian lama segera diberi rawatan. Tak bolehkah doktor itu melayani pesakit dulu? Ini bukan cara perkhidmatan yang sepatutnya di hospital kerajaan," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu daripada lawatan mengejutnya ke ibu negara kelmarin berkata, beliau mahu barisan hadapan institusi kerajaan di pusat bandaraya supaya meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.
Saravanan berkata, sungguhpun beliau 'menangkap' doktor terbabit secara tidak sengaja, beliau akan kerap melakukan lawatan mengejut ke jabatan di bawah kementeriannya bagi memastikan kakitangan di barisan hadapan melaksanakan tugas mereka kepada masyarakat.
"Ini adalah pembuka mata. Kami sebagai pemimpin tidak boleh hanya menabur janji saja tetapi tidak memeriksa sama ada ia dibuat kakitangan kerajaan di barisan hadapan. Kami mesti turun memastikan penyelesaian segera.
"Apatah lagi dalam keadaan ini apabila orang sedang sakit dan menanggung penderitaan akibat kesakitan itu. Jika mereka tidak sakit, mereka tidak akan datang ke unit kecemasan. Ini adalah pengajaran untuk semua hospital," katanya. - Bernama
Beberapa persoalan boleh ditimbulkan daripada statement ini.
1. Betul ke laporan ini?
2. Adakah doktor yang terlibat itu benar2 daripada A & E dept? atau hanya datang untuk tgk kes referral?
3. Mungkinkah doktor terbabit telah habis shift dia? Boleh jadi waktu itu memang masa rehat dia?
5. Apa hak timbalan menteri wilayah untuk masuk ke A&E dept dan membuka bilik rawatan sesuka hati?
Personally, saya rasa isu ini agak sensitif dan boleh menjatuhkan maruah profession doktor, seolah-olah doktor tidak buat kerja yang sepatutnya. Pernahkah mereka observe kerja-kerja yang doktor dkt A&E buat sepanjang hari? pada hemat saya, maungkin kebanyakan doktor di A&E untuk berehat dan makan pun tak sempat..
Kenapa orang awam sentiasa menuding jari ke arah doktor...
Adakah ini publisiti murahan orang-orang politik?
wallahualam
I agree with u cha...
ReplyDeleteI've been in pathology unit at a local hospital for two month internship...
During that stint of time,i frequently saw doctors from A&E unit running to and fro...to get tests results,blood supply from the blood bank etc...all by themselves...they are really working...
where are the nurses or attendants...they suppose to be helpful..
in fact, the MLTs especially the old one are procrastinators...sometimes, doctors have to repeat the tests (eg. ABG,VBG) many times because of other people laziness...
when i asked them to do urine test,they replied back by saying don't worry,patients are not going to die,leave it there,I'll do it some other time...what the heck??patients are not gonna die??fuck that!!!...
come on people...don't blame the doctors...please be more understanding...
DOCTORS...KEEP UP THE GOOD WORK!!!
thanks for ur reply..cumanya kalu marah pun x yahle ade perkataan y x baik..kite ade adab gak kan, so pandai2 le gak..
ReplyDeleteneway, sape anon nih?..
Aduan doktor 'curi tulang' tidak benar
ReplyDeletePUTRAJAYA - Siasatan terhadap dakwaan kononnya pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'curi tulang' mendapati dakwaan itu tidak benar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Beliau berkata, doktor yang dikatakan 'membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi' di wad kecemasan itu sebenarnya merupakan Pegawai Perubatan Siswazah dan baru selesai memeriksa pesakit terakhir.
"Semasa menunggu kad rawatan pesakit seterusnya yang belum dihantar ke biliknya, doktor itu sekadar menyelak akhbar yang ditinggalkan seorang pesakit atas sebuah troli dan hanya mengimbas tajuk utama akhbar," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, dakwaan kononnya ada 20 pesakit yang sedang menunggu di Zon Kritikal juga tidak benar kerana siasatan mendapati hanya lapan pesakit yang sedang menunggu, selebihnya adalah waris kepada pesakit.
"Tiga pesakit sedang menunggu untuk dirawat dan lima lagi pesakit asma sedang mendapatkan rawatan," kata Tiong Lai. - Bernama
haha...publisiti je lebih