day 1
bertolak from EMA, nottingham pada jam 1.30 dibawa bersama semangat yang berkobar2 demi melihat tinggalan tamadun kegemilangan islam andalus..
team ROTA yang dianggotai oleh pelbagai latar belakang manusia, yang masih berjuang meneruskan pengajian dalam bidang yang pelbagai di nottingham, alhamdulillah berjaya menjejakkan kaki di bumi andalusia pada petang selasa di lapangan terbang malaga..kereta 7-seater yang disewa berjaya diambil dalam masa kurang drp sejam, dan menandakan pengembaraan ROTA bermula.
memperkenalkan ahli2 ROTA 09. dari kiri : Fairuz Nasir (ketua perjalanan merangkap abah), Ayen (ketua navigator merangkap abang sulung), Cha (ketua inventori dan bendahari kehormat merangkap abang ngah), Din Macho (ketua makanan dan rohani merangkap atuk sebelah rumah), Ariff Sodri (ketua dokumentasi merangkap adik poker) dan Batu de la Roya (ketua kebersihan merangkap cucu muda)..abah, ibunya di mana?...jeng, jeng, jeng
day 2
selepas subuh, terus bertolak ke grenada dan breakfast di parking lot di dalam alhambra sana.
Antara pemerintah-pemerintah yang memerintah di kala pembinaan
Selepas Granada berjaya ditawan oleh orang-orang Kristian, beberapa perubahan kecil dibuat di
Antara kawasan yang terpenting di dalam istana ini ialah kawasan yang terdapat air pancut ditengah-tengahnya. Kawasan tersebut diberi nama Patio de los
Kajian menunjukkan binaan
Latar belakang adalah tempat mandi dan berwudhu yang dijadikan gereja kecil di zaman pemerintahan kristian.
Alcazaba merupakan kubu pertahanan sewaktu zaman islam andalus di mana terdapatnya sebuah menara kawalan yang diberi nama Torre de la Vela di mana seluruh
Berlatar belakangkan menara inilah bendera Ferdinand II & Isabella dinaikkan bagi menandakan kejayaan mereka merampas
Berada di dalam Palacios Carlos, yang dibina sewaktu zaman pemerintahan Kristian, dapat dirasakan perbezaan yang ketara dari segi seni binaannya yang sangat kurang kemas dan menggunakan patung2 dan binatang sebagai subjek utama. Nyata cubaan untuk menandingi kehebatan seni bina dan keagungan alhambra sia2 sahaja..
Generalife pula adalah sebuah taman yang dahulunya merupakan tempat pemerintah-pemerintah beristiherat. Sangat indah kawasan sekeliling taman ini di mana kota alhambra dan kubunya boleh dilihat daripada taman yang luas ini.
Akhirnya, tanggal 2 Januari 1492,
Kami menamatkan penjelajahan kota alhambra pada kira2 jam 430 ptg dan berjalan2 di ibu kota grenada bagi membeli sedikit barang2 makanan untuk dinner. malam itu kami bermalam di kawasan pergunungan siarra nevada (alhambra terletak di kaki gunung ini) yang bersuhukan 1 darjah..
day 3
solat subuh di atas gunung sangat indah sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan, matahari yang mula naik untuk menyinsing menyinari alam..Subhanallah memang indah..
seperti tidak percaya seolah2 ada satu kota yang sangat luas di atas pergunungan sierra nevada ini..dengan suhunya yang mencecah 5 darjah di bwah takat beku, kami terketar2 menunaikan solat subuh dan cubaan untuk berpicnic gagal apabila air yang dijerang tidak mendidih pun..
seakan2 terkejut melihat satu bangunan yang dikatakan pusat serenti juvenile untuk penjenayah juvana..bayangkan nak lari ke mana kalau terlepas alamat mati kesejukan la..
keputusan untuk bermain ski diambil dan dipersetujui dengan nada majoriti disebabkan kecewa dengan sarapan yang gagal disiapkan di atas gunung..
walaupun rata2 ahli ROTA tidak pernah menyentuh alatan ski inikan pula nak meluncur di landasan yang sebenar, keterujaan kami nyata menaikkan semangat untuk terus ke hadapan, tanpa menoleh ke belakang..
akibatnya, kami bertarung dengan maut apabila terkandas di puncak gunung selama 4 jam, sehingga semua peluncur ski telah turun dan kereta kabel sudah menghentikan perkhidmatan mereka, kami masih lagi tersangkut di dalam ribut salji setebal 3 cm di tahap ketinggian 3500 altitude.. namun dengan semangat jihad dan pergantungan pada tuhan, kami masih lagi waras, walaupun ditinggalkan oleh pemain ski yang paling mantap dlm kumpulan ROTA kami, fairuz, kami tetap tabah mengharungi cabaran..
sungguh, berkat doa dan kesabaran, akhirnya ribut salji berhenti dan kami menuruni cerun dan ganung secara berhati2, dan juga tanpa menoleh ke belakang..alhamdulillah kami tiba di check point cable car, sejam selepas ribut salji reda, dan rasa syukur datang bertubi2..
kepuasan nyata terukir di wajah ahli2 ROTA sejurus sahaja kami tiba di sini..fairuz yang sudah selesai kemas bersalin baju, gusar menunggu kami di check point, yang sangkaannya kami telah terkambus di dalam ribut salji ataupun di sembunyikan oleh beruang gunung..mujur, namun ini merupakan satu pengalaman yang pasti dikenang sampai bila2..(tips: jangan memandai2 nak main jika masih beginner, belajar dahulu bertatih jika nak berjalan)
hari kami yang penat disudahi dengan lauk pasta sotong yang dicemari dengan resipi kaki batu...(tanya batu jika nak tahu)...namun alhamdulillah kami meninggalkan grenada dengan jiwa yang gembira lagi bersyukur...
to be continued...
wallahualam
subhanallah. (cemburu).
ReplyDeletesalam.tak sabar tunggu sambungan.to be continued..he3
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesy ade satu permintaan,kalu boleh sy nak tahu lebih detail berkaitan alhambra ni..sbb sy kena buat research sikit berkaitan senibina ketamadunan islam ni..cuma version yg sy dpt ni byk sgt,tambahan pulak sy xpernah g sane,research ni pulak kejar mase,xsempat..jika boleh berkongsi info dgn sy,sila email ke alamt ni nurul_hidayah26@yahoo.com.kerjasama amat sy harapkan.