Tuesday, 19 April 2011

Syurga dunia?

Ramai yang impikan syurga akhirat, yang mana tiada siapa pun tahu bagaimana nikmatnya syurga akhirat tersebut, kita semua maklum hanya melalui pemahaman dan bacaan dalam kitab suci al-quran..

Orang zaman dulu2, bersungguh hidup dalam kepayahan dan kesusahan, sanggup berkorban harta, masa dan tenaga demi mengejar janji kesenangan dan nikmat dalam syurga akhirat yang dijanjikan Allah dalam kitab suci..mereka tidak mengeluh akan kesusahan yang menimpa kerana percaya dengan ganjaran akhirat dan ibadat mereka ibadat yang bersungguh2 untuk mendapatkan janji dan rewards daripada tuhan di akhirat kelak..


Generasi zaman kini, anak2 yang lahir sejak dari kecil lagi mereka sudah dapat merasakan syurga dunia, tidak pernah rasa susah, tidak perlu berkorban untuk beribadah, jika minta apa2 sahaja pasti dapat dipenuhi..sebutlah apa sahaja..realitinya kita sangat bermewah-mewahan sehinggakan cubit sedikit pun sudah mengeluh..


Kita semua ini telah dapat hidu dan menikmati syurga dunia, jadi masakan kita ini sanggup atau bersungguh2 mahu kejar syurga akhirat...
ibadat pun hanya sekadar ikutan taklid dan ritual semata2..apatah lagi kerja dakwah..malah sampaikan kerja dakwah pun hanya ikutan taqlid buta tanpa memahami konteks umum dan maslahat..


Bagaimana agaknya generasi dekad hadapan pula?




Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Thursday, 14 April 2011

apathy?


I share this nice talk on local politics be it in schools, state, parliamentary level, or council elections. it will hit us wherever we choose to live and stay.
so why don't more of us actually get involved with it?..APATHY?

see how this guy identifies the 7 barriers that keep us from taking part in our communities, even when we actually care..


p/s: sharing on how to talk and act.

Best Blogger Tips

explore?

Best Blogger Tips

Monday, 11 April 2011

islah?

Biar panas membakar, biar ranjau mencabar, telah mekar hati seindah bulan purnama..




kerja islah tidak terhenti setakat pilihanraya..


Sent from my BlackBerry® wireless device
Best Blogger Tips

Sunday, 10 April 2011

Malu ke?

Alhamdulillah, selesai sudah shift hujung minggu yang pastinya takkan berkesudahan di situ..
Sejujurnya nature kerja sebagai OnG sangat menarik padaku, menyambut manusia yang basah dan suci bersih daripada perutnya si ibu, pengalaman duduk bersama midwives aka mak bidan di sini, memang sangat lovely..hatta makcik cleaner pun bisa jadi teman borak ketika break sepanjang long-hour shift yang turut meninggalkan memori yang indah..perkataan-perkataan yang baik dan positive seperti darling, my love, well done, brilliant, lovely sentiasa disebut-sebut berulang kali, hinggakan diri ini pun terasa janggal untuk menyebut apatah lagi di hadapan partner si pesakit..
namun jauh di sudut hati kecil ini, rasanya amat wajar sekiranya lebih ramai wanita2 perempuan yang meramaikan profession bidang ini kerana inilah satu-satunya bidang dalam perubatan yang sangat bersifat sexist..


Namun apa yang pasti ialah, kerap kali pelajar perubatan lelaki ditolak dengan lembut dan baik oleh pesakit wanita untuk menyambut bayi kelahiran mereka, malah hingga ada tahap cubaan menyamar sebagai doktor pun kurang berkesan..


Sungguhpun ada pesakit muda yang sudah melahirkan 2 atau 3 anak pada umur baya-bayaku serta sangat 'sexually active', namun pada amatan kasarku, masih ada sisip rasa kemaluan bagi membenarkan doktor atau pelajar perubatan lelaki untuk membuat pemeriksaan atau menyambut bayi mereka di dalam labour room..


Sayang sifat rasa malu pula yang makin terkikis di kalangan masyarakat melayu mudah lupa kita..jika tidak masakan ramai lelaki mahu jadi wanita atau vice versa..hingga pecah tembelang adanya kewujudan pencarian ratu cantik negeri DS Adnan..


Pemimpin pun tidak malu pada generasi muda dan anak2 kecil untuk bercakap-cakap tentang perihal aktiviti seks di khalayak ramai, menyebarkan cerita-cerita yang dahulunya boleh dibaca di majalah murahan picisan yang kininya mudah diakses melalui akhbar utama dan media berita utama primetime...


Owh, tidak mengapa pun,sebab bukannya salah pemimpin pun, bukannya salah parti pemerintah pun, ini semua adalah salah rakyat...
sebabnya tidak didik anak-anak mereka sejak awal lagi..
Tatkala harga minyak naik, pun dikatakan salah rakyat, iyelah siapa suruh anda berani beli kereta..


Tunggulah tsunami datang pun, masih beranikah kita cakap perkara yang sama?


P/s: makcik bidan nama louise tanya soalan cepumas, "how many kids have u already got?"...(Tangan ke dada, mata ke atas)



Sent from my BlackBerry® wireless device


Best Blogger Tips

Saturday, 9 April 2011

Perempuan?


Alhamdulillah, semalam selesai shift paling panjang pernah saya endure sebagai medical student, 23 hours back-to-back..


Kali ini labour ward yang memang labour, iring para ibu dan pasangan ke dalam bilik bersalin, menyiapkan persalinan, menunggu saat untuk meneran (pushing), sehiggalah baby keluar dari perut, dan menunggu placenta keluar, bukanlah ibarat menunggu nasi masak..penantian yang ibarat mendebarkan segenap jiwa raga apatah lagi para ibu yang bertarung separuh mati..




Saat sebegini membuatkan semua yang ada pasti teringatkan para ibu di rumah, betapa besarnya pengorbanan dan penyeksaan mengandung selama 9 bulan, mengusung fetus yang berat ke sana ke mari, meneran, menahan sakit selama berbelas jam sehinggalah melahirkan semua manusia di muka bumi ini...hatta jika mati ketika bersalin, kita bisa doakan ianya sebagai mati syahid..


Cuma sayang seribu kali sayang, masih ada orang2 seperti DS Ibrahim Ali atau DS Nazri Aziz yang jika ikutkan hati yang lemah ini, mahu sahaja di'mengandung'kan orang2 ini..ibarat cakap seperti tidak tahu dari perut siapa mereka lahir ke dunia..


Buat malulah kem2 ultra melayu nak mengaku melayu bila ada orang melayu seperti ini..hebat bercakap isu moral bila ada kes video musuh atau lawan yang terus-terusan ambil kesempatan untuk menangkan diri, malah undang2 sentiasa akan memihak kepada diri sendiri, inilah yang dikatakan demokrasi pemimpin..sedangkan inti dan gaya percakapan sendiri sudah hilang nilai atau moral..


Tidak mengapa, bukankah kita bijak memilih pemimpin kita..


Signing off


Sent from my BlackBerry® wireless device
Best Blogger Tips

Tuesday, 5 April 2011

Nyawa


Tatkala manusia berduyun-duyun merantau ke serata eropah,
Ada segelintir yang masih di sini menanti pasti,
Menyambut berduyun-duyun bayi yang basah,
Di kala para ibu menyabung nyawa separuh mati.


Cuti yang panjang sudah lama tak ku bau,
Berjalan jauh sudah lama tak ku sertai,
Inilah pilihan yang tak ramai yang mahu,
Prasyarat perjuangan yang perlu ku harungi.



Sent from my BlackBerry® wireless device


Best Blogger Tips

Friday, 1 April 2011

Realiti?

Melihatkan suasana dan senario yang melanda di kalangan mahasiswa malaysia di UK ini, saya teringatkan tentang pesanan seorang ustaz dahulu..


Kita boleh bersungguh2 dan membara semangatnya untuk kerja dakwah, namun jika berdakwah dan menyertai Jemaah hanya untuk MENERIMA, kita akan sering kali cenderung untuk lihat kepada kelemahan..apatah lagi kita akan meletakkan expectation yang tinggi untuk menerima yang terbaik dari jemaah yang kita sertai..apatah lagi dengan cetusan2 ideas menggunung adalah sifat anak muda yang idealis menebal dalam diri masing2..


Realitinya adalah tiada yang bebas daripada masalah, lantas menyebabkan kita terus-terusan berada dalam pencarian dan eksplorasi yang menjemukan...akhirnya mungkin kita akan ambil tindakan untuk larikan diri, kerana telah kononnya 'putus asa' atau kecewa dengan realiti yang ada depan mata..


Namun jika sejak dari awalnya kita menyertai Jemaah untuk MEMBERI, secara automatiknya kita akan cuba untuk memanfaatkan keterlibatan masing2 dengan jemaah yang disertai, dan lebih fokus akan peranan dan potensi diri, dan bukannya hak penerimaan semata2..


Jika jemaah ini berpotensi, maka sehabis baik kita akan mainkan peranan kita, berikan idea, tenaga dan terjemahkan ianya ke dalam pengurusan dan tindakan dsb..
Dan jikalau jemaah ini punya masalah, maka kitalah yang akan mainkan peranan dengan menawarkan diri sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu..sikap melarikan diri atau membuat kumpulan lain bukanlah solusi yang tepat..


Apa-apa hal sekalipun, ramai di kalangan kita masih bersikap naif tentang hakikat berbilang-bilang jemaah atau kumpulan di kalangan mahasiswa...ignorant terhadap pemain dakwah yang lain tidak patut wujud sekiranya sikap MEMBERI itu disemai sejak awal..jika tidak, masakan boleh ada exclusiveness atau menyekat kehadiran ke sesuatu aktiviti atau program sedangkan ianya adalah COMMON SENSE.


Walaupun secara idealnya harus bersifat lengkap-melengkapi, namun hakikatnya adalah, berlakunya pertembungan..ianya common sense yang semakin ramai lupa..


Di satu sudut, jangan kita terlalu asyik sibuk menafikan, bersikap ignorant atau mempersoalkan realiti itu, kerana hakikatnya ia telah pun wujud..
Persoalannya adalah sejauh mana kesungguhan kita untuk faham dan uruskan realiti tersebut?


Sent from my BlackBerry® wireless device



Best Blogger Tips

Wednesday, 30 March 2011

Beban?

Pada saat memberikan kuliah tentang Stress Management, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya, "Seberapa berat menurut anda kira-kira segelas air ini?" Para siswa menjawab mulai dari 200 g sampai 500 g. "Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi bergantung kepada berapa lama anda memegangnya," kata Covey.


"Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.
Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit.
Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat."


"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya," lanjut Covey.


"Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi. Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih
segar dan mampu membawanya lagi.Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut."


Bagaimana pula sekiranya sesuatu beban kerja itu dipikul secara kolektif atau jamai'e..pastinya menghasilkan outcome yang magnitudnya lebih besar dan berkesan?


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Masanya?

Perhaps it's the time... Best Blogger Tips

Saturday, 12 March 2011

Gegaran?

Tragedi berlaku kali ini di Jepun.. Kita bisa nampak semakin manusia berfikir dan 'pandai', akan ada dua kumpulan manusia berbeza, yang semakin kufur dan angkuh dan semakin tunduk dan patuh.

Kalau angkuh kita sentiasa nampak kehebatan manusia. Kita berjaya bina bangunan yang sebegini hebat, tahan gegaran dan tidak runtuh.

Kalau patuh kita akan nampak 'the signs' yang Allah cuba hantar kepada kita. tsunami dan gegaran ini barangkali hanya sebutir pasir daripada seluruh pantai dan lautan daripada tanda-tanda kiamat. Gegaran ini menggegarkan hati kita.


Jepun bergegar, tapi sudah bergegarkah hati kita?


P/s: keep praying that the loss is kept to an absolute minimum and pray 4 safety and strength during this time. Our heartfelt condolences to the people of Japan.
Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Monday, 7 March 2011

Prinsip NILAI

Jika anda penipu, pengkhianat, tidak buat kerja, cakap tidak serupa bikin..makan duit FELDA, tipu PKFZ, amik subsidi rakyat...
ALAMATNYA anda akan DITOLAK..


Jika anda komited dengan integriti, memperjuangkan keadilan, ketelusan dan kebersihan dalam pentadbiran negara dan hormat pendirian rakyat..
Andalah yang akan DIPILIH...


Soal agama apa, bangsa apa, itu bukan lagi isunya...


Jika kita mengaku ISLAM, bermaksud kita perlu menyokong PRINSIP...


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Friday, 4 March 2011

Mee segera?

Instant noodles projects?..well, perhaps Malaysia is da only country where the death of an elected representative brings jubilation to the local residents..


Macam santa claus, datang bawak hadiah macam2....YOU HELP ME, I HELP YOU la..


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Monday, 28 February 2011

Demo tidak syarie?



Baru-baru ini ada satu video oleh Ustaz Fathul Bari yang menghentam keperluan demonstrasi di Mesir. (boleh tonton di sini kalau belum)

Saya mendapati video agak mengelirukan dan saya ada bertanya kepada Ustaz Zaharuddin untuk pandangan lanjut. Berikut ialah sedikit nota untuk perkongsian dengan semua;

KAEDAH FIQH

Dalam melihat persoalan demonstrasi, perlu memahami satu Kaedah Fiqhiyah;

"al-Aslu fi al-Adat wal al-Mu'amalat al-Iltifat ilal Ma'ani"

Ertinya : Asal hukum bagi hal ehwal muamalat dan adat adalah merujuk kepada hikmah dan tujuan" ( AL-Muwafaqat, As-Syatibi, 2/300)

- Secara asasnya, hukum dan cara ibadah khusus (solat, puasa, zakat) sudah ada jelas dalam Quran dan Hadith
- Manakala bagi ibadah umum- kita perlu lihat kepada subtance (inti) dan bukan pada form (pakej).
- Kita tidak boleh ambil2 bulat2 apa zaman nabi untuk aplikasi pada zaman kita. Ini keranan Islam datang dengan prinsip, bukan dengan curtain model untuk kita ikut bulat2. eg: nabi tak buat demo, kita tak boleh buat.
- ( sama konsep & penghujahan dengan pihak2 yg mengatakan kita masih di zaman makkah, dan belum zaman madinah)


Persoalan: Tidak boleh berdemo kerana berdemo bermaksud tidak taat kepada pemimpin dan umat tidak boleh lawan pemimpin yg masih bersolat:

Jawapan:
1. Hadith2 sebegini seperti [siapa lihat pemimpin yang dia tidak suka maka dia perlu bersabar] hadir hanya pada ketika Khalifah sudah ada. Kini tiada khalifah, hanya ada 'gabenor-gabenor' kecil.

2. Orang yang berdemo tidak sama dengan golongan Khawarij (hilang ketaatan). Golongan Khawarij ada 3 ciri iaitu tidak taat, kafirkan org buat dosa besar dan angkat senjata kepada pemimpin. Org berdemo, pembangkang dan sebagainya mengunakan saluran undang2 yang ada kerana masih taat kepada pemimpin eg: masih bayar cukai.

3. Pandangan Ali Jumu'ah (mufti mesir) bahawa kena balik rumah dan jangan berdemo adalah satu ijtihad. Namun ijtihad Yusuf Qardhawi melihat kepada a bigger picture, dan kalau org bersurai daripada demo dan pulang ke rumah, akan ditangkap. Kaedah fiqhiyah "irtikab akhaffu dhararain" (ambil mudharat yang lebih ringan antara dua mudharat)

4. Demonstrasi yg berlaku ialah demonstrasi yang aman pada gholib zhon ( sangkaan majoriti) dan isolated cases tidak boleh dijadikan sebagai sebab untuk tidak boleh berdemo.


Persoalan: Kita tak boleh kata orang sekian sekian ini mati syahid, Allah sahaja yang tahu. Jangan memandai2 nak kata si polan mati syahid.

Jawapan:

1. kita pun tak mengetahui sesiapa di dunia ini dengan pengetahuan sebenar bahawa dia mati dalam Islam. Kita hanya bersangka baik bahawa dia mati dalam Islam, lalu kita uruskan jenazah dengan cara Islam. Allah lebih mengetahui.
2. begitu juga dengan yang syahid, kita bersangka baik bahawa si polan mati syahid, dan mendoakan dia mati syahid juga.


Persoalan: Kita betulkan aqidah dulu, melalui muhasabah diri. Lalu akhirnya semua akan jadi baik.

Jawapan:

1. dalam Quran ada dalil yang sarih (jelas) mesti amar ma'ruf dan nahi munkar (Ali Imran:104). Kalau hanya Amar Ma'aruf, maka tak. perlu disebut secara jelas dan Quran. Justeru Amar ma'ruf sahaja tidak cukup.

2. Nabi memperlihatkan sunnah bahawa amar ma'aruf dan Nahi munkar bergerak seiringan. Jika hanya perlu amar ma'ruf, Nabi tidak perlu berdepan dengan Kaum Quraisy dan mencabar status Quo mereka.


Sumber: kupasan Uzar daripada kitab Fiqh Jihad tulisan Yusuf Qardhawi.

p/s: baca artikel terbaru UZAR di website beliau.


Sent from my BlackBerry® wireless device


Best Blogger Tips

Sunday, 27 February 2011

the tipping point..


Everyone is invited to the talk Egypt: The Tipping Point,

Wednesday
2 March 2011
7.15pm at University of Nottingham.

Guest Speaker: Dr Kemal Helbawy

Brought to you by NMS
Best Blogger Tips

Thursday, 24 February 2011

Tertindas? Ditindas?

Salam semua


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Seorang sahabat mengadu kepada Nabi SAW perbuatan jahat jirannya. "Sesungguhnya jiranku menyakitiku". Sabda Nabi s.a.w: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku". Maka mereka berkata: "Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi". (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).


Hadith ini menerangkan keharusan menunjukkan perasaan kita kepada masyarakat apabila kita disakiti dan diperlakukan sewenang-wenangnya oleh orang lain. Harus dilakukan tindakan seperti ini apabila kita tidak ada ruang lain untuk menghalang perbuatan jahat dan penindasan tersebut. Dengan tindakan seperti ini, diharapkan orang yang melakukan penganiayaan terhadap orang lain, akan sedar dengan kesilapan mereka lalu bertindak memperbaiki keadaan tersebut dari berterusan.

Kadang-kadang masyarakat tidak sedar, ada di kalangan mereka yang tertindas dan dizalimi.Dengan cara menunjukkan perasaan barulah mereka tahu.

Nabi SAW menyarankan agar sahabat tersebut membawa keluar peralatan rumah sebagai menunjukkan kepada masyarakat dia sedang menghadapi kejahatan jirannya.Jiran yang sepatutnya membantu meringankan beban, sebaliknya bertindak menambah beban dalam kehidupan keluarga beliau.


Hadith ini juga menunjukkan bahawa , Islam sentiasa bersama golongan yang tertindas dan dizalimi.Bahkan Islam menunjukkan jalan keluar untuk mereka bertindak ,bukan sekadar redha dengan apa yang berlaku dan menyerah kepada takdir.

Perkataan yang kotor dan caci maki asalnya haram. Namun bagi orang yang dizalimi yang tiada ruang dan cara lain untuk menyatakan bantahan terhadap kezaliman tersebut,serta luahan perasan mereka, mereka dibenarkan untuk menggunakan kata-kata kotor. Firman Allah yang bermaksud.


'Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(an nisa' 4:148)


Sesungguhnya Islam adalah agama yang membela golongan tertindas dan teraniya. Agama yang menjadi pelindung kepada golongan yang lemah. Benarlah ia adalah agama yang diturunkan Allah untuk menjadi rahmat kepada seluruh manusia. Bersamalah kita dengan golongan yang tertindas dan dizalimi sebagaimana Islam bersama mereka.Bantu dan belalah mereka apa yang termampu. Elakkan diri kita terjerumus ke lembah kezaliman dan penindasan, nescaya Allah akan bersama kita.


Sent from my BlackBerry® wireless device

Best Blogger Tips

Thursday, 17 February 2011

Sistematik?

Kenapa perlunya kita hidup berjemaah?


- Bagi membalas budi Islam setelah kita dapat merasai nikmat akidah,ibadah & akhlak, maka telah tiba masanya untuk kita balas budi Islam. Iaitu hidup hanyalah untuk Islam.


Bayangkan sekiranya orang sudah berhenti untuk meneruskan proses menyampaikan Islam, mungkin kita tidak akan menganut Islam seperti sekarang..


- Dalam kitab Quran ada menyebut, Sesungguhnya Allah sangat kasih dan sayangkan orang2 yang berjuang di dalam satu barisan seolah2 bangunan yg terbina kukuh.
Allah sangat mahukan kita untuk participate dan dapatkan bahagian masing2. Supaya Allah sayang.
Namun perlu diingat, tidak semua perjuangan dalam barisan itu Allah sayang..


- Syaratnya perjuangan mestilah sistematik. Perlunya ada tatacara kerja. Tidak sekadar cukup berada di pihak yang benar. Mestilah disokong dengan system kerja yang betul.


'Bahkan kebatilan yg ditersusun dengan efektif akan dapat mengalahkan kebenaran yg tidak efektif.'


- namun kadang2 kita hidup berjemaah hanya bersandarkan atas semangat yang berapi2 dan kesedaran, tanpa adanya kefahaman dan kefaqihan..

Hingga timbul persoalan, 'are we seriously propagating Islam, or we just merely want to promote our organization in the name of Islam?'


Allahualam
Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Thursday, 3 February 2011

Kesan Domino?

SYRIA

Menariknya, semalam Bouthaina Shaaban, penasihat kepada Presiden Bashar al-Assad, memberi liputan khas di dalam akhbar utama kerajaan mengenai kejadian reformasi di Tunisia dan Mesir. Katanya, dunia Barat tidak tahu bagaimana nak memberi respon kepada kemarahan masyarakat arab umumnya..

Menjelang minggu lepas sahaja, kerajaan kabinet telah umumkan subsidi dan pemberian bantuan kepada orang miskin. Semalam sahaja para pendidik diberikan pinjaman laptop tanpa interest, malah dilaporkan beberapa pegawai kerajaan ditahan atas tuduhan rasuah..

Syria kali terakhir mengalami rusuhan pada 1982 melalui revolusi yang digerakkan oleh IM..

JORDAN

Protes terhadap kemiskinan, inflasi, pengangguran, rasuah serta demokrasi yang tidak seimbang telah pun berlangsung selama beberapa minggu..
King Abdullah II hanyalah terkenal kerana populariti Queen Rania dan tidaklah sehebat arwah ayah beliau, King Hussein..
Saat ini, Raja Abdullah baru sahaja umumkan pembubaran kabinet yang diketuai PM Samir al-Rifa'i dan menjanjikan reformasi terhadap undang2 pilihanraya..
Ketua pembangkang yang diketuai Parti ISLAMIC ACTION FRONT mengetuai suara2 rakyat marhaen ketika ini menuntut demokrasi yang lebih adil..

Jordan adalah salah satu rakan baik US selain Mesir dan satu2nya negara arab yang mengadakan perjanjian damai dengan Israel..

LIBYA

Muammar Gaddafi mempunyai rekod yang paling lama iaitu 41 tahun, mengatasi Hosni Mubarak 29 tahun tempoh pemerintahan..

Kekuatan tentera dan pasukan sekuriti khas, menjadikan reformasi politik hampir pasti tidak akan berlaku...baru2 ini, protes liar masyarakat bawahan di benghazi dan derna mengenai perumahan, berjaya ditangani malah amat sukar pihak pembangkang untuk membawa isu rakyat di peringkat nasional..

Sepertimana tunisia dan mesir, Libya turut mempunyai populasi anak2 muda dan pengangguran yang tinggi, namun sumber asli yang banyak, memberi kekayaan yang lebih kepada negara dan orang atasan..

YEMEN

Pakatan pembangkang The Joint Meeting Parties (JMP), mengumumkan satu protes besar-besaran diadakan di seluruh negara khamis lalu, selepas cubaan untuk berbincang dengan Presiden Ali Abdullah Salleh gagal direalisasikan kerajaan pemerintah..

Halangan terbesar ialah cadangan untuk merubah perlembagaan yang akan membatalkan tempoh had presiden serta menetapkan tarikh pilihanraya yang seterusnya..

Presiden pula dalam masa yang sama telah ambil pendekatan untuk melegakan tension di kalangan rakyat dengan menaikkan gaji tentera dan pegawai awam..

ALGERIA

Menariknya, kerajaan dengan serta merta telah mengarahkan pengharaman segala bentuk perhimpunan yang katanya akan menjejaskan kestabilan negara..

Pegawai senior kepada President Abdelaziz Bouteflika percaya bahawa rakyat algeria tidak akan menuntut reformasi politik..namun begitu beliau menambah bahawa kerajaan kabinet di bawah pimpinan Parti FLN mampu buat lebih baik untuk situasi sosial dan ekonomi yang lebih baik saksama..

KITA?

Suatu refleksi kepada kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia...
Adakah negara kita melahirkan rakyat yang manja dan pengecut? Takut untuk keluarkan pendirian pasal apa2 perkara dan polisi..


Malah selepas bertahun melihat kebobrokan sistem, pembaziran perbelanjaan, FLOM, Menara Warisan ramai kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang masih lagi 'yakin serta menumpahkan taat setia' kepada kerajaan yang ada sekarang. Biarpun subsidi dikurangkan, biarpun harga barangan dinaikkan, biarpun kronisme giat dijalankan, dan sebaginya, masih ada rakyat yang tidak kisah - yang penting, 'KITA HIDUP AMAN DAMAI', kata mereka.


Atau paling mudah dan angkuh, masih lagi boleh dijawabnya peduli apa aku dengan POLITIK..!!


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...