Thursday, 26 March 2009

termuda?

menjadi org y berjaya pada usia yang muda memanglah bukan satu perkara yang tidak mustahil, dan ianya dilihat sebagai suatu pencapaian yang hebat dan diagung2kan oleh pandangan masyarakat...


sy kagum bila sahabat yang sudah masuk clinical, daus si peminat nasi goreng kicap, yang bersama-sama dengan pelajar GEM Derby (pelajar tua yang telah mempunyai degree lain) dalam group klinikalnya. banyak pengalaman menarik yang dikongsi oleh pelajar GEM yang berpengalaman luas dan rata2nya lebih hebat pengetahuan mereka. tidak kiralah dalam praktikalnya, dan secara teorinya, memang mereka lah yang paling laju, disebabkan sistem belajar mereka yang menggunakan PBL semata2..

di tanah air, utk melihat orang yang berumur untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu perkara yang janggal, kerana orang melayu kita nih, kurangnye passion utk knowledge dan jika ada usaha pasti akan ditertawakan..

sama2 la kita renungkan..



KUALA LUMPUR 26 Mac - Menjadi doktor pakar seawal usia 27 tahun mungkin sesuatu yang luar biasa.

Tetapi itu bukan penghalang bagi seorang gadis Melayu, Dr. Tidi Maharani, 27, yang kini bergelar doktor pakar paru-paru dan sedang bertugas sambil belajar di Hospital Beaumont di Dublin, Ireland.

Setiausaha Pentadbiran Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Shariff Hamid berkata, Dr. Tidi yang juga ahli dan jurucakap KULN di Ireland merupakan doktor pakar paru-paru termuda di negara itu.

Katanya, Dr. Tidi juga merupakan bekas pelajar termuda yang mengikuti jurusan perubatan di Royal College Surgeons, Ireland ketika berusia 17 tahun.

''Bukan mudah untuk menjadi seorang doktor pakar dalam usia yang muda, apatah lagi Dr. Tidi pakar dalam paru-paru.

''Dalam masa sama, kecenderungannya dalam hal ehwal politik juga tidak kurang hebatnya apabila dia turut membantu ibunya, Dr. Paridah Abd. Samad menghasilkan sebuah buku politik bertajuk, Tun Abdul Razak: Fenomena Politik Malaysia,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menurut Shariff, anak pertama daripada dua orang beradik itu juga baru sahaja dianugerahkan Ikon Glokal 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak tiga hari lalu.

''Sebenarnya, kita ada ramai lagi pelajar yang mempunyai pencapaian yang cukup membanggakan terutamanya anak-anak Melayu kita di luar negara.

''Kebanyakan pelajar-pelajar ini adalah ahli KULN dan juga aktif dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh KULN dalam usaha memperkasakan golongan muda di dalam dan luar negara,'' katanya.

sumber: utusan


nota kaki:

- rasa naik motivasi bila nak buat medik yang susah nih..kena betulkan niat.

- jika anda terlibat dgn KULN sekalipun, itu bukanlah satu penghalang utk terus menyumbang dan bergiat aktif dlm ISOC dan MSOC. rasanya benda nih perlu terus ditekankan buat yang semngat dgn KULN.

- laporan akhbar lebih kepada promosi...heh, memang ituhla gunanya akhbar kan..jika cam2 la agaknya, kenapa la kena gantung suratkhabar org lain..takut dah x popular kot?...musykil2..



wallahualam




Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...