di sini saya ingin kongsikan satu tulisan yang sgt panjang tapi sangat bermanfaat insyaa...semoga kite terus istiqamah dan jangan luntur semangat bile belajar..
sebelum nak berdakwah kena jernihkan fikrah dahulu..
selamat membaca..
"Jika kita ingin tingkatkan tamadun umat Islam ia bermula dengan tarbiyah! Rasulullah s.a.w mulakan dengan tarbiyah! Cakap politik, ekonomi hebat! Tetapi ajak ke program tarbiyah, jauh sekali! Dia tak cukup tarbiyah! Bukankah Rasulullah s.a.w megutuskan Mus'ab bin Umayr ke Madinah sebagai naqib pertama untuk jalankan tarbiyah? Usah cakap tentang sebuah kerajaan ataupun dawlah, jika tarbiyah belum sempurna? Tarbiyah perlu bermula dari individu Muslim, setelah baik individu Muslim, barulah difikirkan tentang keluarga Muslim, seterusnya barulah fikir tentang masyarakat, negara ataupun dunia Islam. Nak hasilkan seorang individu Muslim yang cukup sempurna tarbiyah, lihat pada sirah nabi s.a.w. Lihat bagaimana hebatnya ahli-ahli badar yang menjadi penghuni negara Islam Madinah. Lihat di situ terlebih dahulu, jika tidak jangan mudah nak bincang perkara-perkara yang lebih besar. Hadam betul-betul dahulu perkara-perkara asas"…
Ini antara komen-komen dan juga pandangan-pandangan yang menarik. Penulis katakan menarik, kerana pandangan dan komen ini boleh menarik kepada perbincangan yang serius. Dan jika kena gayanya, banyak kefahaman serta pembaikian yang boleh kita lakukan.
Komen serta pandangan tersebut semuanya bertemakan tarbiyah dan ingin menempatkan tarbiyah sebagai satu cara yang boleh merealisasikan kejayaan dan kebangkitan umat Islam. Tak ada salahnya fikiran ini. Ulang sekali lagi. Tidak salah. Kerana ini adalah kenyataan yang umum. Bagaimanapun, komen-komen ini perlu dibedah siasat dan dibincangkan. Yang betul boleh diambil, tetapi jika ia salah sudah tentu tidak boleh diambil. Kalau ambil juga yang salah, maka akan bercampur antara hak dan batil.
Makna Ringkas Tarbiyah
Sebenarnya apakah makna tarbiyah yang difahami baik oleh seorang da'iy dan orang yang diseru? Tarbiyah mudahnya ialah kata terbitan daripada akar kalimah arab yang bermaksud `rabba'. Rabba terdapat berbagai makna antaranya `jaga, didik, menguasai dan membesarkan' . Salah satu cabang kefahaman tauhid seorang Muslim ialah meyakini Allah bersifat rububiyah iaitu Allah berkuasa menjaga, mentadbir, menguasai seluruh alam. Sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Fatihah. Segala pujian hanya kepada Rabb al-Alamin.
Secara mudahnya, kalimah tarbiyah ini boleh difahami sebagai penjagaan, penguasaan, pendidikan, ataupun kalimah ini sudah dimelayukan iaitu pentarbiyahan. Apabila disebut tarbiyah selalunya, secara umumnya dikaitkan dengan pentarbiyahan Islamiyah. (Tarbiyah Islam)
Apakah Tarbiyah Hanya Satu Corak?
Jika kita membaca al-Quran, mendalami dan mengambil i'tibar dari sirah Nabi Muhammad s.a.w serta para al-Sabiqun, tentu kita akan menyedari bahawa tarbiyah ini suatu yang pelbagai dan berbagai coraknya. Kita ambil beberapa contoh dari kisah para Nabi. Nabi Adam a.s dijelaskan secara terang-terang bahawa objektif Allah menjadikannya sebagai `Khalifatul Ard' lalu di'tarbiyah' secara langsung dan tidak langung di dalam syurga dan di dunia. Jika kita dapat senaraikan episod-episod al-Quran mengenai Nabi Adam, sudah tentu banyak mutiara yang boleh kita pelajari.
Contoh Kisah Al-Quran dan Tarbiyah
Contoh tarbiyah dari sumber wahyu yang lain yang penulis gemari ialah kisah Nabi Musa a.s. Kisah Nabi Musa a.s terlalu banyak di dalam al-Quran. Satu episod demi episod. Semuanya penuh cemas, semuanya menduga hati dan perasaan pembaca al-Quran. Semuanya penuh dengan babak yang mengejutkan. Bayangkan tarbiyah Allah sudah bermula sewaktu ibu Nabi Musa menghayutkannya di sungai. Babak tarbiyah Nabi Musa a.s seterusnya bermula di istana yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Firaun. Suasana yang mentarbiyah Nabi Musa bermula dengan seorang raja Mesir bergelar Firaun yang secara tiba-tiba merasa amat berkuasa dan mengaku sebagai Tuhan. Iklim yang menambat kehidupan awal Nabi Musa a.s ialah pembunuhan anak lelaki dan penghidupan buat anak perempuan. Putar-belit dalam masyarakatnya dibayangi oleh sistem hamba. Sesiapa yang berketurunan Qibti, maka dia yang mulia. manakala bangsa lain seperti bani Israel adalah hina dina. Masyarakat terlalu takut untuk bangkit dan bersuara. Takut untuk jelaskan kebenaran. Jika meminta-minta pembelaan, akan menemui penjara ataupun berakhir dengan pembunuhan. Acuan inilah yang menjadikan Nabi Musa a.s sentiasa bertentangan. Manakah yang benar. Manakah yang palsu. Manakah yang betul. manakah yang hanya jelmaan dan sihir. Akhirnya Allah alihkan sebentar ke Madyan. Nabi Musa membawa diri dan menemui seorang Nabi yang sezaman. Hampir sepuluh tahun bersama Nabi Syua'ib menyegarkan kembali akidah, karekter dan kekuatan jasadnya. Baginda menternak (seperti tarbiyah Allah ke atas Nabi Muhammad). Episod seterusnya di sebuah Wadi yang suci di mana baginda diberikan perlantikan sebagai Nabi untuk kembali. Kembali ke tanahair yang telah lama ditinggalkan. Kembali untuk menunaikan janji dan amanah. Hatinya ditarik-tarik dari Madyan ke perlembahan Nil. Pulang untuk apa? Pulang untuk dihukum penjara? Tetapi baginda tahu, setiap saat hidupnya adalah di bawah proses kawalan dan tarbiyah dari Allah. Baginda perlu temui Firaun yang durjana. Baginda perlu kembali sekalipun terpaksa berjalan dengan dua anak jari,
Banyak lagi jika boleh penulis perleraikan satu persatu tarbiyah yang dilalui oleh baginda. Bukankah baginda mengadu dan meminta bantuan dari Allah. Lantas dikurniakan jalan bahawa dakwah tidak boleh hanya untuk individu. Secara kolektif Nabi Harun ditugaskan membantu Nabi Musa a.s. Tarbiyah organisasi bermula di sini. Tarbiyah untuk mengasah ketumpulan dan kelemahan berlaku. Tarbiyah untuk mencari keberanian juga berlaku. Ingat pada doa Nabi Musa?
Kisah Nabi Musa a.s menunjukkan kepada kita bahawa tarbiyah adalah suatu proses sepanjang hayat. Tentu sahabat-sahabat semua ingat akan tiga peristiwa yang berlaku sewaktu baginda bermufasir bersama seorang hamba Allah yang diberikan ilmu dari sisi-Nya. Boleh rujuk surah al-Kahfi. Ataupun boleh rujuk kisah baginda di sini. Pendek kata, tarbiyah bukan hanya tarbiyah satu penjuru. Tetapi banyak segi. Ada tarbiyah akidah. Ada juga tarbiyah ilmiyah, ruhiyyah, fikriyyah, siyasiyah, badaniyyah, dan berbagai-bagai lagi yang akan dijelaskan nanti jika berkesempatan.
OK. Tarbiyah ini Pelbagai, so praktikalnya bagaimana?
Setelah kita tahu bahawa tarbiyah ini bukan hanya satu nada dan cabang sahaja, perlu juga kita ambil perhatian kepada siapakah kita dan siapakah mad'u (orang yang kita serukan). Bagi seorang ibu ataupun bapa, maka corak tarbiyahnya perlulah sesuai dengan posisinya sebagai ibubapa. Bagi seorang guru sekolah, maka corak tarbiyahnya mengikut metod-metod yang dipelajarinya. Bagi seorang ketua pejabat, firma ataupun organisasi tentulah cara tarbiyahnya juga berbeza-beza. Begitulah juga seorang doktor, pensyarah, dan ketua kampung ataupun ketua sebuah negeri. Melihat kepada latar belakang ini, sudah menampakkan kepada kita betapa berbezanya cara-cara pentarbiyahan yang perlu dilakukan.
Apabila kita memahami bahawa, terdapatnya latabelakang yang berbeza samada diperingkat da'iy ataupun orang-orang yang diseru. Maka sudah tentu cara dan co
rak mentarbiyah juga berbeza.
Maka amat silap jika kita hanya menjuruskan tarbiyah kepada satu cara contohnya mengajak seseorang hadir ke majlis agama ataupun program agama, seperti kursus, program qiamulayl ataupun program yang `memenjarakan' skop tarbiyah dan dakwah dalam kamus penjara seorang da'iy yang mempunyai pemikiran yang tidak berubah mengikut suasana semasa dan masyarakat Allah letakkan dirinya di situ untuk berperanan. Ambil satu contoh, seorang yang sudah memiliki akidah yang mantap, tetapi kekurangannya ialah pada perhubungannya dengan jiran ataupun rakan-rakan. Maka, sudah tentu, jika ingin berdakwah kepadanya ataupun mentarbiyah dirinya kita akan melihat apakah aspek-aspek kelemahan yang perlu diperbaiki. Boleh jadi kita katakan, ah! tak mengapa, yang penting kita didik hatinya supaya jadi baik. Jika baik hatinya, maka akan baiklah semuanya. Apa-apapun hatinya"…
Beberapa aspek yang salah
Ramai yang tersilap yakin dan menyakinkan orang lain seolah-olah Islam hanya akan bermula dengan pembentukan individu dan hati semata-mata. `Hanya dengan sempurna seorang individu barulah akan bermula pembentukan sebuah keluarga muslim dan seterusnya'. Ada silap besar di sini. Malah lebih salah lagi apabila diasaskan kepada penterjemahan sumber yang salah.
Sedarkah kita, biarpun puncanya di hati, segala-galanya perlu dijelmakan dengan tindakan!. Tindakan terakhir dan tidak popular barulah tindakan hati. (menolak munkar dengan hati petanda selemah-lemah iman) Hampir semua sabda Rasulullah s.a.w mengenai bukti-bukti keimanan dibincangkan oleh baginda dalam bentuk praktikaliti. Sebut saja kebanyakan hadith-hadith tentang keimanan. Sehinggakan Imam al-Baihaqi ringkaskan cabang iman ini terbahagi kepada 77 amalan praktikal. Tentu saudara-saudari ingat juga akan hadith tanda-tanda iman. Hampir ke semuanya mengenai amalan berbentuk praktikal ataupun kita sebutkan tarbiyah berbentuk praktikal. Hatta tanda iman, sekecil-kecil amalan membuang duri kecil di perjalanan.
Apa lagi yang perlu diperhalusi?
Corak pentarbiyahan juga bergantung kepada siapa dan apakah `penyakit' yang perlu diubati. Bagi seorang pemimpin masyarakat sudah tentu perlu mengetahui latarbelakang masyarakat setempatnya dan mengenalpasti apakah yang perlu di'didik' dan di'jaga' dalam sebuah masyarakatnya. Begitulah juga seorang doktor. Apabila pesakit-pesakit yang mempunyai jenis penyakit yang sama tetapi tahap keseriusan yang berbeza-beza. Ada yang masih boleh di'rawat' dengan mengajarkan cara pemakanan yang baik. Ada yang perlu dirawat dengan memberikan ubat-ubatan sahaja dan ada juga yang serius, maka cara jagaan yang lebih baik ialah melalui pembedahan ataupun dibuang penyakit-penyakit supaya tidak lagi berulang ataupun berkurangan.
Tarbiyah juga berbagai-bagai corak. Ada tarbiyah thaqafiyah ataupun ilmiyyah iaitu tarbiyah melalui memberikan fahaman ilmu. Ada juga tarbiyah jasadiyah yakni memberikan tarbiyah aspek-aspek tubuh badan, ada juga tarbiyah iqtishadiyah ataupun maliyah (tarbiyah ekonomi) iaitu pentarbiyahan melalui penyerahan amanah harta untuk diuruskan. Ada juga tarbiyah askariyah iaitu pentarbiyahan seperti ketenteraan. Ada juga tarbiyah siyasiyah iaitu pentarbiyahan melalui pengurusan organisasi ataupun negara yang sangat sedih selalu dibaca secara sempit (bidang politik). Pendek kata tidak ada hanya satu corak pentarbiyahan.
Tarbiyah berlaku hatta membantu memasak untuk orang yang lapar. Menumpangkan kenderaan bagi yang tak berkereta. Memakaikan baju kepada anak ataupun menunaikan hak kepada orang yang terdekat baik keluarga, jiran dan sahabat-sahabat. Tarbiyah juga berlaku sewaktu berkawan, berinteraksi dengan jiran, menunaikan hak seorang anak ataupun hak terhadap pelajaran. Tarbiyah juga berlaku apabila kita menolak permintaan yang tidak perlu dan memberikan prioriti pada yang perlu. Tarbiyah juga berlaku ketika susah ataupun senang. Ketika gembira ataupun bersedih. Ketika diuji dengan berbagai-bagai keadaan dan ragam manusia hatta rakan serumah, pasang sehidup ataupun kaum kerabat.
Tarbiyah berterusan ke atas Rasulullah s.a.w sebelum dan sesudah dilantik
Rasulullah s.a.w sebelum dan sesudah menjadi seorang Rasul telah ditarbiyah secara langsung oleh Allah s.w.t melalui peristiwa yang berlaku dalam hidupnya dan masyarakat sekeliling. Baginda tidak pernah mendapat tarbiyah dengan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu rahib dan ahli kitab. Seperti yang didakwakan oleh golongan orientalis. Tarbiyah praktikal dari Allah kepada baginda dapat dilihat apabila baginda menerima nasib hidupnya dengan kematian demi kematian. Kematian ibubapa, kematian datuk yang menjaganya dan kemudiannya dibesarkan oleh Abu Talib. Baginda dihantar ke perkampungan bani Saadiyah untuk ditarbiyah jasad dan bahasa arab. Kemudian dibesarkan oleh Abu Talib. Tetapi baginda bekerja memelihara kambing sebagai tarbiyah harta dari Allah. Persekitaran dan pentarbiyahan dari Allah itu menjadikan baginda bersedia untuk memikul cabaran yang lebih besar di alam perniagaan. Sewaktu mengendalikan perniagaan bangsawan Siti Khadijah, sekali lagi pentarbiyahan dari Allah yang praktikal berlangsung kepada baginda. Begitulah seterusnya apa yang berlaku sepanjang hayat baginda. Setiap peristiwa, setiap turunnya ayat al-Quran, semuanya mengandungi corak-corak tarbiyah dari Allah hatta ayat-ayat mengenai kritikan terhadap baginda sendiri ataupun kritikan terhadap isteri baginda. Jika dalam semua aspek dalam kehidupan Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada kita banyak perkara maka mengapa kita memandang aspek tarbiyah sebagai suatu yang sempit?
Tarbiyah berterusan ke atas Para Sahabat r.a
Begitulah juga para sahabat Rasulullah s.a.w. Siapa berani mengatakan bahawa mereka ada tempoh tarbiyah bertahap-tahap? Siapa berani mendakwa ashabul badr sudah tidak melalui proses tarbiyah dari Allah sesudah membuktikan sumbangan mereka dalam pertempuran di medan Badar? Masih ingat kisah Kaab bin Malik a.s dan 2 sahabatnya yang dipulaukan setelah Rasulullah s.a.w pulang dari perang Tabuk? Bukankah mereka ashabul Badr? Siapa yang berani pertikaikan peristiwa hunusan pedang Umar al-Khattab tatkala mengetahui kewafatan baginda? Siapa lupa kisah fitnah yang melanda aishah sehingga ada yang terpedaya? Apabila kita mengambil iktibar satu persatu dan memahami setiap sejarah yang berlaku ini, nescaya kita akan dapati bahawa Allah membuka peluang-peluang tarbiyah dari peristiwa yang berlaku dan bentuk-bentuk tarbiyah tersebut tidak terhad. Ia akan libatkan individu, keluarga, masyarakat serta komuniti yang lebih besar, malah ummah seluruhnya.
Wujudkah idea `Mencapai Tahap Tarbiyah yang Sempurna?
Satu lagi tabiat ataupun pemikiran yang silap ialah apabila da'iy mula memikirkan mengenai dakwah ataupun tarbiyah yang sempurna. Sesungguhnya kesempurnaan itu hanya milik Allah semata-mata. Maka jika selain-Nya, tiada yang sempurna apatah lagi hasil kerja dan pemikiran manusia.
Perlu kita sedari dan fahami bahawa selagi manusia hatta seorang Nabi sekalipun, selagi hayatnya dikandung badan, kehidupannya akan berdepan dengan ujian. Ujian tersebut bukanlah untuk menjadikan seseorang itu seorang yang sempurna tetapi Allah menjadikan ujian tersebut untuk menilai kebaikan dan kelemahan yang dibuatnya. Proses ujian ini dipanggil sebagai ujian dan tarbiyah sepanjang hayat. Jika kita telusuri kehidupan para anbia' dan juga para sahabat r.a kita akan dapati tiada suatu waktupun dalam hidup mereka satu keadaan yang dipanggil sebagai keadaan yang telah sempurna ataupun berjaya.
Apa yang Kita Perlu sedari - dan perbaiki?
Adalah silap juga jika kita membaca sejarah secara tidak lengkap. Kemudian kita berlari kepada suatu konklusi bahawa era madinah bermula apabila Rasulullah s.a.w berjaya membentuk individu-individu muslim ketika itu. Maka usah bercakap soal mendirikan sebuah masyarakat ataupun negara Islam sekiranya belum terlaksana lagi tarbiyah kepada individu-individu. Ada lagi yang berikan contoh seterusnya dengan menyatakan bahawa pengutusan Mus'ab bin Umayr ke Madinah untuk menyempurnakan misi-misi tarbiyah sebelum sebuah negara Islam Madinah ditubuhkan.
Oleh itu, ditambah lagi dengan hujah, bahawa pembinaan sesebuah masyarakat ataupun dawlah perlu bermula satu persatu sehinggalah berhasil melahirkan individu, kemudian lahirlah sebuah keluarga. dari sebuah keluarga akan lahirlah sebuah masyarakat dan dari sebuah masyarakat Islam ini barulah akan lahir sebuah negara dan alam Islam.
Sewaktu Rasulullah s.a.w berada di Makkah, baginda membuat pertemuan dengan delegasi-delegasi yang datang ke Makkah pada musim haji. Pertemuan ini merupakan satu cara dakwah baginda yang dipanggil siyasah. Siyasah adalah satu cabang daripada tarbiyah Islamiyah. Ada pertemuan yang berjaya dan ada pertemuan yang tidak berjaya. Antara pertemuan yang berjaya adalah seperti pertemuan dengan kaum aus dan khazraj dari Yathrib yang sewaktu itu sedang berhadapan dengan konflik politik sesama mereka dan juga ancaman dari penguasaan kaum Yahudi. Antara pertemuan dakwah dan siyasah yang tidak berjaya dilakukan oleh Rasulullah adalah seperti pertemuan baginda di Taif dan pertemuan dengan kaum Quraisy sendiri.
Hasil dari pertemuan di Aqabah telah menghasilkan suatu penjanjian yang dinamakan Bai'ah Aqabah. Sebagai lanjutan daripada pertemuan tersebut, Rasulullah mengutus Mus'ab bin Umayr serta Abdullah Ibn Ummi Maktum ke Yathrib untuk mengajar penduduk yang Islam tentang al-Quran. Di samping itu dilantik lagi beberapa pembimbing di kalangan mereka sendiri. Tugas mereka ini termasuk mengajar Islam dan mengajak penduduk Madinah memeluk Islam.
Apabila Rasulullah s.a.w tiba di Yatrib, penduduk Yathrib terdiri dari orang-orang Islam dan juga bukan Islam. (Bukan Islam semuanya) Malah ada yang masih menganut agama animisme, beragama yahudi dan juga Kristian. Kepelbagaian latarbelakang penduduk ini dilihat oleh baginda sebagai kekuatan dan mereka mempunyai perlembagaan sendiri yang mengatur sistem sebuah negara. Rasulullah dilantik sebagai pemimpin mereka dan sekaligus menjadi pemimpin kepada orang-orang bukan Islam. Adalah salah jika dikatakan bahawa seluruh masyarakat Islam madinah telah Islam dan setelah itu Rasulullah mendirikan sebuah kerajaan Islam Madinah. Adakah Rasulullah menunggu semua penduduknya menjadi individu Muslim terlebih dahulu semuanya kemudian barulah baginda berhijrah dan menubuhkan kota Islam Madinah?
Apakah baginda menunggu seluruh masyarakat di Madinah menerima Islam, kemudian barulah diperkenalkan piagam Madinah dan menubuhkan pentadbiran Islam Madinah?
Marilah Melihat Kontek Tarbiyah yang Luas
Seterusnya, kita sewajarnya melihat aspek-aspek pentarbiyahan Rasulullah s.a.w yang luas. Baginda mendidik para sahabat samada di masjid ataupun di luar masjid. baginda juga mentarbiyah mereka melalui gaya hidup baik hubungan kekeluargaan, hubungan inter-kaum, hubungan politik antara negara, ketenteraan dan peperangan ataupun sewaktu berada di atas kenderaan dalam ekspedisi-ekspedisi dan musafir.
Pentarbiyahan baginda juga berlangsung sewaktu perang. Ambil contoh peristiwa perang Badar. Bukan sahaja tentera Islam ditarbiyah sewaktu berlangsungnya peperangan bahkan baginda sendiri ditarbiyah dengan strategi peperangan seperti yang diajarkan oleh seorang sahabat bagaimana untuk menutup punca air yang boleh membuatkan tentera Quraisy menjadi lemah. Para sahabat juga belajar secara praktikal bagaimana mengatur strategi perang apabila tertangkapnya dua juru masak tentera Quraisy sebelum dilepaskan kemudiannya.
Kerap juga kita dihujani dengan hujah mengenai kepahlawan tentera badar yang menjadi contoh individu muslim ketika itu. Tetapi kita juga terlupa, bahawa tarbiyah Allah kepada mereka ini juga berterusan dalam peristiwa setahun kemudiannya di perbukitan Uhud. Apakah sahabat yang meninggalkan arahan Rasulullah itu tidak cukup tarbiyah? Atau Allah ingin memberikan `pengajaran' yang lebih besar kepada mereka? Apakah kekuatan yang mereka tiada di kala, bilangan tentera Islam ketika itu juga ramai? bagaimanakah jika Allah putarkan sejarah dengan menjadikan peperangan Uhud suatu kejayaan?
Menurut asas-asas tarbiyah Islami yang digariskan oleh Syed Qutb, beliau sememangnya memulakan dengan pembentukan individu Muslim, diikuti dengan pembentukan keluarga Muslim, masyarakat muslim, negara Muslim dan alam Islamiyah. Bagaimanapun amat silap andainya memahami peringkat-peringkat ini harus diselesaikan satu persatu. Peringkat-peringkat ini perlu difahami dengan perlaksanaan tarbiyah di setiap peringkat yang bermula dari level `taarif' (pengenalan) , `takwin' (pembentukan) dan `tanfidh' (perlaksanaan) .
Setiap peringkat tidak perlu menunggu satu-satu peringkat sempurna dilakukan. Bahkan setiap peringkat baik pembentukan individu, keluarga, masyarakat, negara dan alam Islam boleh dilakukan secara serentak melalui dengan mengambil kira `level' taarif, takwin dan tanfidh bagi setiap peringkat tersebut. Adalah mustahil satu persatu peringkat perlu diselesaikan dan disempurnakan terlebih dahulu.
Untuk memahami lagi kenyataan di atas, mari fikirkan contoh berikut - Peringkat mana yang perlu diselesaikan dahulu? Apakah perlu selesai setiap satu peringkatnya kemudian boleh dilaksanakan?
(a) Mari ambil contoh peraturan dan hukum-hakam pewarisan harta pusaka menurut Islam. Apakah semua orang sudah memahaminya?
Jika kita ingin tunggu semua orang tahu (taarif) dan faham (takwin), kemudian baru nak dilaksanakan (tanfidh). Maka sehingga akhirnya tidak akan dapat dilaksanakan. [Selagi individu Islam dalam satu keluarga ataupun masyarakat Islam tidak mengetahui dan memahaminya, maka selagi itu tidak boleh dilaksanakan. ]
b) Begitu juga soal halal-haram perniagaan yang bercampur riba. Selagi individu muslim tidak memahami mengenai ekonomi Islam maka sistem ekonomi Islam tidak boleh dilaksanakan.
c) Ataupun contoh lain yang mungkin releven, selagi individu muslim tidak memahami asas-asas pembinaan sebuah keluarga Islam, maka perkahwinan yang berlandaskan syariat tidak boleh dilaksanakan (di-tanfidh- kan). Justeru boleh menggunakan corak tarbiyah perkahwinan cara lain samada bersumber dari asas agama ataupun budaya lain.
Inilah beberapa contoh peringkat-peringkat yang ingin ditunggu supaya diselesaikan. Dengan alasan, jika tidak selesai masalah di peringkat individu ini, maka usah bercakap soal ekonomi, politik, sebuah masyarakat Islam.
Apakah kita setuju dengan pegangan kepada peringkat dakwah dan tarbiyah seperti ini? dan apakah benar dakwah dan tarbiyah seumpama ini benar-benar berlandaskan kefahaman terhadap al-Quran dan sunnah? Apakah begini sebenarnya panduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w?
Apakah benar ini cara dan idea sejati dari Hasan al-Banna dan menurut kehendak beliau? Atau kita yang secara tiba-tiba menjadi bijak menghurai-huraikan mengikut acuan dan selera sendiri?
Sekian dahulu.
p/s: maaf, sy berhajat nak menulis, namun disibukkan dengan kerja2 akademik buat masa ini..
wallahualam.
setuju dengan penulis,pergerakan yang dimaksudkan itu ada kesamaannya dengan pergerakan hizbi di uk.Kebanyakannya hanya berbicara mengenai politik,kalau perjumpaan..bercakap mengenai nik aziz..mengenai kelantan.Sesungguhnya mereka harus tahu bahawa islam itu lebih luas daripada pas itu sendiri.
ReplyDeleteKepada hizbi yang dimaksudkan penulis itu, sedarlah,seperti kata penulis, tarbiyyah bukanlah hanya mengenai politik..tetapi melibatkan banyak lagi perkara.Dan tanpa tarbiyah yang kukuh,kemungkinan apabila pas berkuasa maka akan jadi seperti umno.
Dan janganlah nak kutuk kutuk jemaah lain.Dan saya sangat setuju dengan penulis yang mengatakan bahawa tarbiyah tidak boleh dilakukan dengan sembunyi sembunyi.Apalah orang orang hizbi ini, kalau ada program kene baut sembunyi sembunyi,kalau tanya orang yang mengikuti program tersebut,katanya tak boleh bagitau..dan bukannya nak ajak.Kata nak bagi tarbiyah,tapi sembunyi jugak.Contohnya program yang sering dilakukan di luton london.Bila tanya kawan.."adalah" ..itu je la jawapan dia.huhuh..bosan sungguh.
so..hizbi..cepat cepat la berubah yeah.bak kata penulis ...jgn sempitkan permikiran anda.
thanks a lot
Ka'b Bin Malik x join perang Badr.
ReplyDeleteNarrated Abdullah bin Kab bin Malik: Who, from among Kab's sons, was the guide of Kab when he became blind: I heard Kab bin Malik narrating the story of (the Ghazwa of) tabuk in which he failed to take part. Kab said, "I did not remain behind Allah's Apostle in any Ghazwa that he fought except the Ghazwa of tabuk, and I failed to take part in the Ghazwa of Badr, but Allah did not admonish anyone who had not participated in it, for in fact, Allah's Apostle had gone out in search of the caravan of Quraish till Allah made them (i.e. the Muslims) and their enemy meet without any appointment.
Jzkk.
Salam'alayk wrm wbt.. tahniah untuk artikel yang bernas. mohon kebenaran penulis untuk ambil beberapa istifadah dari bahan2 artikel untuk dimuatkan dalam siri usrah saya, boleh?
ReplyDeleteps: Eh?
Dalam artikel tu, takde mention sket pun pasal hizbi.. mmm... musykil.
betul ke, wahai sang penulis, artike ini adalah hadiah untuk hizbi?