Kalau kita tidak berlumba-lumba untuk berkorban masa dan tenaga untuk masukkan elemen Islam dalam pemikiran anak-anak, elemen-elemen lain yang akan berlumba-lumba untuk masuk ke dalam pemikiran anak-anak... (Wan Zamri, Nov 2010)
Pemimpin kini datangnya mesti disambut dengan karpet merah, Rasulullah dulu pulang berdakwah dalam sepatunya penuh darah merah berdarah.. (Ustaz Suharman, Nov 2010)
Sekarang musim sudah hampir dengan peperiksaan, deadline dan sebagainya..
Ramai daripada kita akan sibuk menelaah samada secara konsisten atau pun kelam kabut..terpulang kepada persediaan..
Ramai yang boleh bermimpi nak jadi penyanyi yang hebat macam siti nurhaliza...bila beliau menyanyi boleh senyum sambil bersahaja mengalunkan suara yang lantang tanpa kelihatan urat timbul di dahinya mahupun mencemik..tapi kena ingat yang itu semua dapat dibuat sesudah latihan demi latihan secara konsisten..pantang makan minum untuk jaga suara, tidur yang cukup dan sebagainya..
Tidak hairan mereka yang bermimpi nak jadi penyanyi ala2 mi segera tidak kekal lama..kejayaan mungkin hanya sekejap sebab ianya tiruan..
'Nak berjaya kena jejak daya mereka yang berjaya, bukannya tiru gaya mereka yang super saiya...kalau tiru gaya, apa yang kita dapat hanyalah kulit kejayaan, dan bukannya isi..' (Sumber: kolumnis iluvislam)
Jadilah seperti air sungai, jika letak halangan macam mana pun, air pasti akan cari laluan baru...kalau semuanya mudah, pasti air sungai semuanya lurus sahaja..
Bila kita pasang impian jangan sekadar bermimpi..ianya dua terma yang sangat berbeda..
P/s: pepatah arab ada mengatakan, 'sebaik2 karamah itu adalah istiqamah'... teruskan bersungguh HADI, biar susah sekarang, sebab nak berjaya memang kena susah..tapi selagi mana istiqamah, insyaallah yang susah akan dipermudahkan..jaga solat dan alquran serta doa jugak..Cha sentiasa doakan dari sini..
Alhamdulillah semakin lama duduk di sini, semakin banyak kenalan dan jaringan bisa kita buat.. Moga ukhuwwah yang terbina dapat kita jaga dengan baik, agar tidak menjadi fitnah..
Harus hati2 selalu, jangan sampai kita adakan pseudo-ukhuwwah, persaudaraan atau kemesraan yang hanya meminjam pada keluasan Islam untuk berkhidmat kepada kesempitan agenda sesetengah kumpulan..
Namun malangnya mesra buatan ini berlaku di sekeliling kita..
Ramai belajar tentang Al-fahmu sebagai rukun pertama Arkanul Baiah tulisan HAB, tapi tak semua cuba applikasi faham dengan sebaiknya tentang situasi masyarakat setempat untuk tujuan buat dakwah..
Ramai gembira bila boleh buat macam2 dan dapat macam2 dengan kerja dakwah, hinggakan kadang2 lupa ramai lagi pemain di luar padang..tapi sebab nak jadi pemain solo, sanggup ketepikan pemain lain...
Ramai sudah rasa glamer di hati adik2 dan kawan bila kita sahaja yang duk buat usrah..lantas diketepikan mereka yang di luar circle...nama2 disebut atau mahu nama persatuan kita sahaja yang disebut2..
Hati gembira sebab buat dakwah untuk MENERIMA...
Jangan sampai kita buat dakwah yang hanya bertaraf KOKURIKULUM atau aktiviti persatuan semata2...itu bukan dunia realiti lagi..
Mari sama2 muhasabah..jangan kita jadi ralat pada dakwah..ianya merugikan gerak kerja islam..
'Sesuatu yang bernilai pasti mahal harganya. Maka harga syurga itu bukan murah kawan. Semua cakap nak masuk syurga, tapi kalau tengok usaha...samada macam dah jamin pasti masuk syurga ataupun memang xnak masuk..
Ini tidak pelik, ramai yang mengidam nak beli kereta mewah2, tapi usaha ciput..cakap kosong, so akhirnya pakailah kereta second hand je..'
"Kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang apa yang kamu pimpin. Pemimpin akan ditanya mengenai hak rakyat yang dipimpinnya. Isteri menjaga hal rumah tangga akan ditanya hal yang dipimpinnya. Pelayan menjaga hak majikannya akan ditanya hal yang dipimpinnya. Kemu sekalian adalah pemimpin dan akan ditanya (diminta bertanggungjawab) terhadap kepimpinan kamu." - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Adakah satu kewajipan untuk kita pilih pemimpin yang disebut sebagaimana dalam hadis?...benarkah di akhirat kelak kita tidak akan diadili dan ditanya langsung tentang siapa y kita pilih jadi pemimpin?..
Atau masih kita dibelenggu dengan pemikiran 'lepas tangan' atau 'selfish' yang 'politik itu kotor'?...
"sebab kami mahasiswa malaysia lah kami bantah dan bangkang projek ini, kami rakyat malaysia..tanah air pun hak kami juga..
kalau nak harapkan depa yang dalam pas atau pkr untuk suarakan bangkangan, tak ke mana lah sangat, sebab sure kerajaan akan buat dungu dan x layan nya, sebab depa kan parti politik.."
Umara' kalau satu masa dahulu belum nak buat sesuatu akan mintak pandangan ulama'...umara' sekarang sebaliknya pula berlaku, ulama' kena melutut bagi nasihat kat dia..
Sesebuah program besar di malaysia bukanlah boleh buat dengan mudah sebegitu sahaja, bahkan pelbagai macam prosedur perlu dilalui, takkanlah benda2 sebegitu jelas pun boleh terlepas pandang..at least semuanya mesti sudah dapat kelulusan baru boleh buat...
P/s: kalau tv3 kena denda berpuluh ribu sebab 'santa'kan raya, apa lah agaknya yeh tindakan susulan kali ini dari pihak berkenaan...
Kadangkala Allah sembunyikan si matahari, malah Dia datangkan pulak petir dan kilat..akhirnya kita pun sedih dan sering tertanya2, ke mana menghilangnya sinar itu..tapi rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI..
Akan tiba masanya ia pasti akan menjemput, namun sangat perlu juga kita membuka lorong-lorongnya agar jemputan yang kita tunggu itu mudah untuk sampai pada kita dan dikecapi sebaiknya..
"Lepas nih rakyat malaysia dah boleh beli beg tangan Gucci, LV dan celana dalam branded walaupun rumahnya atap bocor dan sekolah agama anaknya 'lusuh'..." (Tazli,2010)
Bak kata orang terengganu kiter, ini namanya belanjawang...!!
'Put yourself in the community, be live and communicate with them, no matter how illness the community is suffering and producing. Or else, we and those who are working for Islam, will only become a 'jaguh kampung' by preaching people who are already good, well aware about their religion and their purpose of life. The more challenge appears from the community, the more interesting will our task be...' (Erfino Johari, 2010)
Kena ghairah, kena tinggi keinginan untuk ambil TAHU.. Itu adalah salah satu keistimewaan anak muda...sikap ingin selalu ambil tahu ialah kekuatan dan kelebihan golongan muda..
Kesediaan untuk mendengar, mengkaji, menapis maklumat, serta membuat pertimbangan dalam menelopori kebenaran dan kebaikan dalam hidup ini, adalah harga diri yang sangat penting bagi diri seorang anak muda yang bijak..
Tapi apabila ditiadakan sifat ini, ia adalah satu kecacatan yang mensiakan potensi penuh yang ada dalam kelompok2 hebat ini.. Jangan kita manipulasi golongan ini. Jangan sekali2 kita bunuh potensi anak muda. Jangan sekali2 kita hilangkan keinginan anak muda untuk mencari dan mengkaji..
i believe everyone is dreaming of a better malaysia..
i want a nation that is developing at a sustainable rate..
i want everyone gets a fair and equal share, thus we all live in peace and harmony.
i would love to see people are united and moving consistently together.
i hate seeing those selfish ppl, particularly the politicians, who are only interested in amassing self- and their family fortune...rather than serving the nation.
i believe all of us need a change in paradigms.
i believe we all need to drop race politics.
i believe in Islamic principles and governance..
where the leaders are committed, who put the ppl before themselves in practice and not words..
i believe that ISLAM IS FOR ALL, it can fit everyone, especially when it comes to problem solving of global world, as it is a way of life.
but again, the question of pure and sincere heart (ikhlas) is needed for the task.
i believe we all should be brave enough to face the reality, we need to tackle local issues and root problems.
and the most important thing is, we need to be more concern about our common survival.
after all, we can only bring changes if we do something about it..
an idiot is defined as one who keeps doing the same thing and expect changes..and the reality is, we are seeing it everywhere..