Friday, 15 May 2009

wow...

brace yourself to be 'wow'ed by WOW..!!



COMING SOON....!!


wallahualam..


Best Blogger Tips

Wednesday, 13 May 2009

a good demographics..?



It is good to see muslims are growing all over the world.. (maybe the facts given might not be too accurate)...but i personally wonder "what about the quality of them?"... we dont want spoiled muslims, we have so many muslim's lead countries, but yet what happened to muslims in Palestins, kashmir, chechnya, and so on...we want muslims that will make this world like heaven...in order to do that, muslims have to practise their religion in order to success...that's the only way..ISLAM IS THE WAY OF LIFE..

p/s: all the best utk semua yang nak exams..jgn lupa usaha dan tawakal bergerak selari..

wallahualam.. Best Blogger Tips

Sunday, 10 May 2009

quiz dan sukaneka..


Sekitar hujung minggu lepas, ada dua event best..satu, DUNKIRK QUIZ, a joint programme by NMS dan Tenants n Residents Association of Dunkirk..Memang layan habis, dapat main quiz ngan komuniti di sekitar dunkirk..melepas sape2 yang x mai, ade makanan2 tempatan..but personally i think it was a good medium to engage with the society..especially ngan local people yang veteran..and perhaps a good dakwah..maybe a good practise for us to deal and communicate with ppl, eventhough medic ppl hari2 akan deal ngan manusia..rugi bagi y x dtg..salute NMS..

satu lagi event best, SUKANEKA MUSIM BUNGA organised by NMC (stands for nottingham malaysian community, postgrad nye komuniti)...

asalnya memang sukar nak dapatkan bantuan undergrad yang rajin2 nak membantu time nak exam nih, tapi alhamdulillah datang manusia2 hebat yang sanggup MEMBERI dan VOLUNTEER..dan kena tulis nama mereka sebab susah nak jumpa manusia2 camni zaman nih..hehe
officials yang membantu:

- fairuz, si photographer

- ahli rumah THE DUDE, salim (si pemurah), awi (si jambu), dan mudin (si comel)

- atiq yang baik, cayalah

- pie yang ceria

- tono serius tapi periang

- arai, si lucu

tidak ketinggalan, pasukan sorak pom pom girls:
- kak intan, elyani, nadiah kpm, khadijah kpm, dan yuhanis kpm.(ketua pom pom)

so, sekitar acara yang meriah..

setiap ahli NMC yang ada lebih kurang 100 keluarga's', mereka dpecahkan ikut 5 rumah. GASING, CONGKAK, WAU, TING TING dan GULI......gambar menunjukkan saat ketua rumah di'brief' oleh head marshalls, abg zahizan sebelum kick off..tampak bersemangat, kita lihat siapa yang menang..

tidak ketinggalan officials yang tidak berbayar, dari kiri- atiq, cha, tono, salim, awi, mudin, arai, dan pie..

sesi ikrar bersama head marshalls, " kami berjanji, akan tidak dibayar, atau disogok, oleh mana2 ahli keluarga angkat, mahupun akak2 yang masih single, or akak2 yang janji nak belanja makan, bla....bla...bla.."

team gasing, yang di pelopori oleh peserta2 muda..

team lanun congkak, yang bajet juara, tapi menang sorak..cukup meriah...taiko congkak, midon dan shah..

rumah guli yang diketuai abg muzzammil, x-penghulu NMC sesi 06/07...tampak bergaya di situ..dan yakin, ... kerana mereka adalah juara bertahan..hehe


acara dimulakan dengan bacaan doa oleh pie...bakal ketua imam besar tanah air..

pasukan gasing mula tunjuk belang..tarian sumazau yang digubah menjadi sorakan penaik semangat yang menggegarkan stadium, di kala masing2 pasukan lawan melarikan diri hatta ahli pasukan gasing sendiri pun bertempiaran sambil berteriakan...diketuai oleh taiko gasing, sunny..(hak kat belakang tuh duk check perbarisan dan kire formation tepat ke dak)

team guli juga tidak ketinggalan mempertaruhkan ahli2 muda dan comel..taktik untuk menarik perhatian officials..

antara acara yang direntapkan, seperti 'lari2 anak secara berduet dalam kain pelikat sambil tangan kananmu menjinjing bola pingpong dengan sudu plastik'...panjang namanya, namun lincah..


acara lain, 'ku sandarkan belon di celah pehaku'...

antara acara lain yang menarik, ' satu, dua jangan sampai terbabas'....kelihatan abg hisyam dan dr..

acara lain, 'ku sebut namamu sambil mengangkat selipar karpet'...kelihatan abg zamri cuba bermain licik dengan memberi tips catwalk kepada ahli pasukan..

pasukan ting ting yang terpukau melihat kehebatan pasukan lain namun riak wajah masing2 tetap tidak mencemaskan..."elleh, kami dah habis kot, korang kot y lambat gilerr.." kata rudy (lelaki retro sebelah abg zul topi di tengah2 tuh), sambil menjeling manja dan menyilangkan tangan tanda puas.."ha..ha...ha...halimah...!!..ko dah makan..?!!"...gelaknya sambil menjerkah halimah yang curi2 makan...

sesi makan..ini baru sarapan..belum lagi lunch..memang tip top breakfast..tika waktu inilah, usaha untuk membeli para2 officials giat dilakukan..namun kami tetap telus dan bersih..!!

sesi acara, ' mari ramai2 cari gula2 sampi lenyap'...


majlis diteruskan dengan acara 'ku kopek bawang tanpa chopboard sambil lontar peluru'...pasukan wau yang rendah diri, tapi hebat kerana diketuai oleh taiko nasi lemak, latip tobi (kanan sekali) dan pemuda rebutan, din macho (dua dari kiri).

ahli muda ditugaskan untuk mengaut segala hasil kopekan bawang untuk dihantar ke kilang nasi lemak latip tobi...kelihatan di situ, awi aka tomok (dalam usaha merancang keluarga)

sesi pengiraan undi bawang...masih ada usaha untuk membeli, tapi kali ini untuk membeli bawang2 yang dah dikopek.. "dik, umah akak dah abis bawang, nak masak karang xde bahan..."

acara seterusnya 'tanpa ku sedari ikatan kasih kita masih berkekalan'...sesi demonstrasi oleh officials dan abg zul (ketua organiser) di situ..


acara ini yang banyak melibatkan suami isteri memperlihatkan bagaimana usaha untuk meleraikan simpulan kasih sayang, yang rata2 gagal..kelihatan abg hisyam di situ cuba memberitahu simpulan pengakap yang pernah dileraikan olehnya, tapi kini dah x ingat kepada isteri tercinta kak nizar...

acara kemuncak yang ditunggu2 ' pencarian model dewi angkasaraya NMC'...


sani ingat adik2 kecil itu comel tatkala bergambar dengannya.."dulu aku kecik camni gak comel, tapi lagi comel la...x tipu dowh.." ujarnya dengan penuh yakin..

awi yang masih merancang keluarga...bersama anak abg mazrul..

antara hadiah yang ditawarkan...hampir separuh telah disebat oleh pemenang cabutan bertuah...dan keputusan akhir semakin mendebarkan...


akhirnya, keputusan akhir berpihak kepada.....KAMI, yes, kami officials berjaya menggondol anugerah utama iaitu, 'ANUGERAH KAMI TAKKAN SEKALI2 DIBELI'...sekalung tahniah diucapkan kepada mereka2 tuh..

"jumpa lagi pada kejohanan akan datang...tapi jangan bawa lagi officials yang datang hari ini...mereka sukar dibeli..." ujar kesal abg jo yang mengendong anaknya( enam dari kiri, barisan keempat berdiri).....sebilangan yang hadir...ada yang dah balik kerana gagal bermain kata2 manis dengan pihak officials demi mendapatkan markah bonus...


terima kasih pada semua..jangan segan untuk panggil kami lagi tahun hadapan..

p/s: dialog di atas hanyalah rekaan2 retorik, tiada yang memepengaruhi....di kala exam yang semakin dekat dan mendebarkan..doakan kami semua..insyaa..minta maaf atas salah silap..

wallahualam Best Blogger Tips

Wednesday, 6 May 2009

nak seribu daya...



video nih sempena semua yang nak exam...di mana ada kemahuan di situ ada jalan..





Inspired Bicycles - Danny MacAskill @ Yahoo! Video


p/s: game barca chelsea dramatik....ref kelam kabut...

wallahualam


Best Blogger Tips

makan akar kayu ...



It has been narrated on the authority of Hudhaifa b. al-Yaman who said: People used to ask the Messenger of Allah (may peace be upon him) about the good times, but I used to ask him about bad times fearing lest they overtake me. I said: Messenger of Allah, we were in the midst of ignorance and evil, and then God brought us this good (time through Islam). Is there any bad time after this good one? He said: Yes. I asked: Will there be a good time again after that bad time? He said: Yes, but therein will be a hidden evil. I asked: What will be the evil hidden therein? He said: (That time will witness the rise of) the people who will adopt ways other than mine and seek guidance other than mine. You will know good points as well as bad points. I asked: Will there be a bad time after this good one?
He said: Yes. (A time will come) when there will be people standing and inviting at the gates of Hell. Whoso responds to their call they will throw them into the fire. I said: Messenger of Allah, describe them for us. He said: All right.. They will be a people having the same complexion as ours and speaking our language.
I said: Messenger of Allah, what do you suggest if I happen to live in that time? He said: You should stick to the main body of the Muslims and their leader. I said: If they have no (such thing as the) main body and have no leader? He said: Separate yourself from all these factions, though you may have to eat the roots of trees (in a jungle) until death comes to you and you are in this state.


kalau dah datang KESEDARAN tuh, memangla semangat bagai nak rak,....
tapi kena hadirkan KEFAHAMAN dulu lah untuk peroleh penghayatan dalam melakukan sesuatu tuh...
..akhirnya bila dah capai KEYAKINAN dalam beramal, insyaa kita akan sanggup berkorban demi agama allah..


wallahualam


Best Blogger Tips

Monday, 4 May 2009

hero lies in you..

Salam semua.

Andai terasa kurang kemampuan diri.

Andai terasa kurang keyakinan diri.

Andai terasa kurang kebolehan diri.

Lets watch this video:



semoga kita tidak mudah putus asa dan terus berjuang.
jzkk utk tenuk atas video..

wallahualam


Best Blogger Tips

Thursday, 30 April 2009

paradigm shift..?

senang ke nak ubah paradigma..?..

kadang2 ada mata, tapi x dapat melihat..
ada telinga untuk mendengar, tapi susah nak menghayati..
ada mulut untuk bersuara, malangnya sukar untuk berbicara..



pandanglah dengan mata hati anak muda..

wallahualam Best Blogger Tips

Tuesday, 28 April 2009

chicken a-la-carte

a very good reminder untuk semua yang terkadang sibuk dalam hidup merintih segala kesusahan yang dihadapi hingga melupakan orang lain yang lebih hebat cabarannya even hanya untuk survive..

boleh tunjukkan kat anak2 or kawan2..



wallahualam Best Blogger Tips

Monday, 27 April 2009

benarkah laporan ini?..

Ini adalah petikan akhbar berita harian 27 April 2009.

Dua doktor HKL ditangkap 'curi tulang'

KUALA LUMPUR: Dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditangkap 'curi tulang' semalam kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, ketika lebih 20 pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, ketika pesakit berkenaan yang kebanyakannya mangsa kemalangan dan berada dalam kesakitan, dikejarkan ke unit terbabit tetapi terpaksa menunggu terlalu lama untuk berjumpa doktor.

Kes curi tulang itu terbongkar apabila Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan yang kebetulan pergi ke situ untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau.


"Saya menunggu pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan selepas menyedari tiada seorang pun pesakit dipanggil masuk oleh doktor, saya membuka pintu bilik rawatan dan terkejut melihat seorang doktor membaca akhbar manakala seorang lagi buat hal sendiri melakukan kerja peribadi.

"Ketika itu, ada lebih 20 pesakit menunggu di luar untuk mendapat rawatan. Ini bukan cara doktor bekerja kerana pesakit sepatutnya diutamakan. Lagi pun, ini unit kecemasan yang perlu pantas memberikan rawatan," katanya.

Saravanan berkata, beliau menegur doktor terbabit kerana sikap mereka yang curi tulang ketika bekerja dan mendesak untuk berjumpa pegawai atasan mereka, tetapi terpaksa menunggu setengah jam sebelum dapat bertemunya.

"Hanya selepas itu barulah pesakit yang sudah menunggu sekian lama segera diberi rawatan. Tak bolehkah doktor itu melayani pesakit dulu? Ini bukan cara perkhidmatan yang sepatutnya di hospital kerajaan," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu daripada lawatan mengejutnya ke ibu negara kelmarin berkata, beliau mahu barisan hadapan institusi kerajaan di pusat bandaraya supaya meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Saravanan berkata, sungguhpun beliau 'menangkap' doktor terbabit secara tidak sengaja, beliau akan kerap melakukan lawatan mengejut ke jabatan di bawah kementeriannya bagi memastikan kakitangan di barisan hadapan melaksanakan tugas mereka kepada masyarakat.

"Ini adalah pembuka mata. Kami sebagai pemimpin tidak boleh hanya menabur janji saja tetapi tidak memeriksa sama ada ia dibuat kakitangan kerajaan di barisan hadapan. Kami mesti turun memastikan penyelesaian segera.

"Apatah lagi dalam keadaan ini apabila orang sedang sakit dan menanggung penderitaan akibat kesakitan itu. Jika mereka tidak sakit, mereka tidak akan datang ke unit kecemasan. Ini adalah pengajaran untuk semua hospital," katanya. - Bernama



Beberapa persoalan boleh ditimbulkan daripada statement ini.

1. Betul ke laporan ini?

2. Adakah doktor yang terlibat itu benar2 daripada A & E dept? atau hanya datang untuk tgk kes referral?

3. Mungkinkah doktor terbabit telah habis shift dia? Boleh jadi waktu itu memang masa rehat dia?

5. Apa hak timbalan menteri wilayah untuk masuk ke A&E dept dan membuka bilik rawatan sesuka hati?

Personally, saya rasa isu ini agak sensitif dan boleh menjatuhkan maruah profession doktor, seolah-olah doktor tidak buat kerja yang sepatutnya. Pernahkah mereka observe kerja-kerja yang doktor dkt A&E buat sepanjang hari? pada hemat saya, maungkin kebanyakan doktor di A&E untuk berehat dan makan pun tak sempat..

Kenapa orang awam sentiasa menuding jari ke arah doktor...

Adakah ini publisiti murahan orang-orang politik?

wallahualam Best Blogger Tips

Thursday, 23 April 2009

diary ROTA - Light and Easy episode 2

day 4

pengembaraan kami diteruskan pula ke sebuah tempat yang dinamakan Cordoba..malam kelmarin kami bermalam di kawasan seram di pekan montella, memang mendebarkan...heh
kalu boleh memang nak tangkap gambar, tapi nak kuar kereta pun kecut, apatah lagi nak bergambar kat pekan suram tuh..

Cordoba dikatakan bandar yang sebenarnya diasaskan oleh orang-orang Rom & didiami
kemudiannya oleh orang-orang Vandal & Visigoth. Ia kemudiannya diduduki pula oleh orang-orang Islam mulai tahun 711.

Selepas kejatuhan Empayar Umaiyyah yang berpusat di Damsyik, Syria ke tangan pemerintah Empayar Abbassiyah yang berpusat di Baghdad, Iraq pada tahun 750, kesinambungan Empayar Umaiyyah tersebut diteruskan di bumi Cordoba ini dengan ketibaan Abdul Rahman I, putera kepada khalifah Empayar Umaiyyah yang telah dibunuh oleh orang-orang dari Empayar Abbasiyah. Beliaulah yang menjadi tunggak utama dalam pembangunan bandar Cordoba ini. Beliau berjanji akan mengembalikan kegemilangan Empayar Umaiyyah dengan terbangunnya bandar Cordoba ini. Bandar Cordoba ini akan bersaing dengan bandar Baghdad yang menjadi ibu kota kepada Empayar Abbasiyah pada waktu tersebut.

Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Mezquita, yang memberi maksud masjid. Mezquita ini adalah antara masjid yang paling agung dalam sejarah Islam di bumi Andalusia. Ianya mula dibina oleh Abdul Rahman I pada tahun 785, di atas tapak gereja St Vincent yang telah diruntuhkan.

Selepas tahun 1236 jatuhnya Cordoba ke tangan kuasa Kristian, masjid ini mula digunakan sebagai gereja. Pada kurun ke-16, kawasan di tengah-tengah masjid ini dimusnahkan untuk pembinaan sebuah cathedral di atas tapaknya. Bayangkan bekas tempat rumah ibadat diubahsuai sepenuhnya dengan kemasukan pelbagai bentuk ukiran2 patung dan salib yang memenuhi segenap ruang kawasan ini....

Subhanallah, memang cukup memukau binaan di dalam masjid ini. Tiang-tiang granit beserta gerbang-gerbang jasper & marmar yang berwarna merah & putih berselang-seli betul-betul mengasyikkan apabila dipandang secara teliti..Namun sayang sekali umat Islam tidak lagi dibenarkan untuk bersolat di dalam kawasan ini walaupun dikatakan berkali2 permohonan dibuat..

Antara yang menarik ialah masih ada tinggalan2 Islam yang terkesan iaitu mihrab yang kedudukannya tidak menghala ke arah kaabah..Sepatutnya, mihrab tersebut menghala ke arah tenggara, namun jika diteliti ianya menghala ke arah selatan. Ramai yang berpendapat Abdul Rahman I masih menganggap bahawa dia masih lagi di bumi Damsyik di mana Mekah terletak betul-betul di arah selatan.

Pada kurun ke-10, Cordoba mencapai puncak kegemilangannya di bawah 3 orang pemerintah yang agung iaitu Abdul Rahman III (912-961), Al-Hakam II (961-976) & Al-Mansur (981-1002).
Cordoba menjadi ibu kota kepada empayar Islam di Sepanyol pada waktu ini & merupakan bandar kedua terbesar di Eropah, selepas Constantinople. Penduduk Islam di sini pada waktu ini tinggal di rumah-rumah yang diperbuat daripada batu-bata, tidak seperti penduduk-penduduk lain di Eropah yang masih tinggal di dalam rumah-rumah yang diperbuat daripada kayu & menghadapi tekanan daripada gereja & sistem feudalisma.

Dikhabarkan juga tiang-tiang lampu di tepi-tepi jalan telah menjadikan bandar Cordoba ini sangat hidup pada waktu malam. Mengikut cerita sejarawan, di tengah2 bandar ini juga terdapat lebih daripada 600 buah masjid, 900 buah rumah mandi, 50 buah hospital & beberapa buah pasar besar. Subhanallah, boleh bayang dak betapa hebatnya bandar ini jikalaulah kesemuanya masih kekal hingga ke hari ini...

Kami berkesempatan berada di atas sebuah jambatan yang merentangi Sungai Guadalquivir yang menghubungkan Bandar Lama dengan Torre de la Calahorra. Jambatan tersebut sebenarnya telah wujud sejak zaman kegemilangan empayar Rom lagi. Namun, setelah kejatuhan empayar tersebut, jambatan itu dibiarkan begitu sahaja sehingga ianya runtuh dengan sendirinya. Sewaktu permulaan pemerintahan Abdul Rahman I, beliau telah mengarahkan pembaikan semula jambatan ini. Torre de la Calahorra pula dibina pada kurun ke-14 & merupakan sebuah menara pertahanan pada zaman dahulu..

Medina Az-Zahra yang hanya terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar Cordoba adalah persinggahan kami yang seterusnya. Ianya adalah istana kepada khalifah-khalifah Islam mulai tahun 940 hinggalah ke tahun 1010dan pembinaannya hanyalah dimulakan sewaktu pemerintahan Abdul Rahman III. Menariknya, istana ini boleh dikatakan seolah2 seperti sebuah kota yang lengkap dengan kawasan residen, kawasan sosial (cam pasar malam), kawasan diraja, dan kawasan taman2 permainan yang cukup2 indah seni binaannya yang mengikut arah kontur bukit.


Pada tahun 1010, istana ini dibakar & dimusnahkan oleh orang-orang Islam dari Afrika Utara yang berfahaman ekstremis yang menganggap pemerintah-pemerintah Islam di sini terlampau liberal.

Apa yang tinggal di sini pada hari ini hanyalah 10% daripada apa yang pernah wujud pada zaman dahulu. Istana ini sebenarnya baru sahaja dijumpai pada tahun 1911, selepas 900 tahun dilupakan..Hmm, kami yang berjalan dan menyelusuri setiap genap area nih memang duk terbayang2 kan kemegahan kota pemerintahan islam satu masa dahulu..

Gah mana sekalipun sesebuah empayar pasti akan ada detik kejatuhannya..Dari sehari ke sehari, kekuatan empayar ini menjadi semakin lemah. Selepas kematian Al-Mansur pada tahun 1002, umat Islam di Sepanyol semakin berpecah-belah sehingga terwujudnya 26 buah kerajaan Islam yang berasingan yang masing-masing bermusuhan antara satu sama lain. Pada waktu ini, Cordoba sudah hilang fungsinya sebagai pusat kepada umat-umat Islam di Sepanyol.

Kelemahan ini dilihat sebagai peluang keemasan oleh kerajaan-kerajaan Kristian di utara Sepanyol untuk merampas semula tanah Sepanyol yang dahulunya dirampas oleh orang-orang Islam Berber dari mereka. Misi mereka inilah yang dinamakan misi Reconquista.

Sisa tapak masjid yang jika kita amati memang benar2 menghala ke arah kaabah seni bina bangunannya, masyaallah cukup memukau...Kami meninggalkan kawasan yang penuh dengan memori dan kemegahan pada jam 7 petang, dan ketika itu kawasan ini sudah pun lengang daipada serbuan manusia yang tidak putus2 kunjung sejak awal pagi..



Perjalanan kami diteruskan ke arah sevilla, namun kami terhenti di sebuah pusat perkhemahan yang tidak diduga2, tempat pertama kami menaikkan khemah...dan MANDI..


Malam itu jamu makanan spesel, pasta telur berintikan sardin terbabbo...

sekian untuk kali ini.
to be continued...

wallahualam



Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...