pengembaraan kami diteruskan pula ke sebuah tempat yang dinamakan Cordoba..malam kelmarin kami bermalam di kawasan seram di pekan montella, memang mendebarkan...heh
kalu boleh memang nak tangkap gambar, tapi nak kuar kereta pun kecut, apatah lagi nak bergambar kat pekan suram tuh..
Cordoba dikatakan bandar yang sebenarnya diasaskan oleh orang-orang Rom & didiami kemudiannya oleh orang-orang Vandal & Visigoth. Ia kemudiannya diduduki pula oleh orang-orang Islam mulai tahun 711.
Selepas kejatuhan Empayar Umaiyyah yang berpusat di Damsyik, Syria ke tangan pemerintah Empayar Abbassiyah yang berpusat di Baghdad, Iraq pada tahun 750, kesinambungan Empayar Umaiyyah tersebut diteruskan di bumi Cordoba ini dengan ketibaan Abdul Rahman I, putera kepada khalifah Empayar Umaiyyah yang telah dibunuh oleh orang-orang dari Empayar Abbasiyah. Beliaulah yang menjadi tunggak utama dalam pembangunan bandar Cordoba ini. Beliau berjanji akan mengembalikan kegemilangan Empayar Umaiyyah dengan terbangunnya bandar Cordoba ini. Bandar Cordoba ini akan bersaing dengan bandar Baghdad yang menjadi ibu kota kepada Empayar Abbasiyah pada waktu tersebut. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Mezquita, yang memberi maksud masjid. Mezquita ini adalah antara masjid yang paling agung dalam sejarah Islam di bumi Andalusia. Ianya mula dibina oleh Abdul Rahman I pada tahun 785, di atas tapak gereja St Vincent yang telah diruntuhkan.
Selepas tahun 1236 jatuhnya Cordoba ke tangan kuasa Kristian, masjid ini mula digunakan sebagai gereja. Pada kurun ke-16, kawasan di tengah-tengah masjid ini dimusnahkan untuk pembinaan sebuah cathedral di atas tapaknya. Bayangkan bekas tempat rumah ibadat diubahsuai sepenuhnya dengan kemasukan pelbagai bentuk ukiran2 patung dan salib yang memenuhi segenap ruang kawasan ini....
Subhanallah, memang cukup memukau binaan di dalam masjid ini. Tiang-tiang granit beserta gerbang-gerbang jasper & marmar yang berwarna merah & putih berselang-seli betul-betul mengasyikkan apabila dipandang secara teliti..Namun sayang sekali umat Islam tidak lagi dibenarkan untuk bersolat di dalam kawasan ini walaupun dikatakan berkali2 permohonan dibuat..
Antara yang menarik ialah masih ada tinggalan2 Islam yang terkesan iaitu mihrab yang kedudukannya tidak menghala ke arah kaabah..Sepatutnya, mihrab tersebut menghala ke arah tenggara, namun jika diteliti ianya menghala ke arah selatan. Ramai yang berpendapat Abdul Rahman I masih menganggap bahawa dia masih lagi di bumi Damsyik di mana Mekah terletak betul-betul di arah selatan.
Pada kurun ke-10, Cordoba mencapai puncak kegemilangannya di bawah 3 orang pemerintah yang agung iaitu Abdul Rahman III (912-961), Al-Hakam II (961-976) & Al-Mansur (981-1002). Cordoba menjadi ibu kota kepada empayar Islam di Sepanyol pada waktu ini & merupakan bandar kedua terbesar di Eropah, selepas Constantinople. Penduduk Islam di sini pada waktu ini tinggal di rumah-rumah yang diperbuat daripada batu-bata, tidak seperti penduduk-penduduk lain di Eropah yang masih tinggal di dalam rumah-rumah yang diperbuat daripada kayu & menghadapi tekanan daripada gereja & sistem feudalisma.
Dikhabarkan juga tiang-tiang lampu di tepi-tepi jalan telah menjadikan bandar Cordoba ini sangat hidup pada waktu malam. Mengikut cerita sejarawan, di tengah2 bandar ini juga terdapat lebih daripada 600 buah masjid, 900 buah rumah mandi, 50 buah hospital & beberapa buah pasar besar. Subhanallah, boleh bayang dak betapa hebatnya bandar ini jikalaulah kesemuanya masih kekal hingga ke hari ini...
Kami berkesempatan berada di atas sebuah jambatan yang merentangi Sungai Guadalquivir yang menghubungkan Bandar Lama dengan Torre de la Calahorra. Jambatan tersebut sebenarnya telah wujud sejak zaman kegemilangan empayar Rom lagi. Namun, setelah kejatuhan empayar tersebut, jambatan itu dibiarkan begitu sahaja sehingga ianya runtuh dengan sendirinya. Sewaktu permulaan pemerintahan Abdul Rahman I, beliau telah mengarahkan pembaikan semula jambatan ini. Torre de la Calahorra pula dibina pada kurun ke-14 & merupakan sebuah menara pertahanan pada zaman dahulu..
Medina Az-Zahra yang hanya terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar Cordoba adalah persinggahan kami yang seterusnya. Ianya adalah istana kepada khalifah-khalifah Islam mulai tahun 940 hinggalah ke tahun 1010dan pembinaannya hanyalah dimulakan sewaktu pemerintahan Abdul Rahman III. Menariknya, istana ini boleh dikatakan seolah2 seperti sebuah kota yang lengkap dengan kawasan residen, kawasan sosial (cam pasar malam), kawasan diraja, dan kawasan taman2 permainan yang cukup2 indah seni binaannya yang mengikut arah kontur bukit.
Pada tahun 1010, istana ini dibakar & dimusnahkan oleh orang-orang Islam dari Afrika Utara yang berfahaman ekstremis yang menganggap pemerintah-pemerintah Islam di sini terlampau liberal. Apa yang tinggal di sini pada hari ini hanyalah 10% daripada apa yang pernah wujud pada zaman dahulu. Istana ini sebenarnya baru sahaja dijumpai pada tahun 1911, selepas 900 tahun dilupakan..Hmm, kami yang berjalan dan menyelusuri setiap genap area nih memang duk terbayang2 kan kemegahan kota pemerintahan islam satu masa dahulu..
Gah mana sekalipun sesebuah empayar pasti akan ada detik kejatuhannya..Dari sehari ke sehari, kekuatan empayar ini menjadi semakin lemah. Selepas kematian Al-Mansur pada tahun 1002, umat Islam di Sepanyol semakin berpecah-belah sehingga terwujudnya 26 buah kerajaan Islam yang berasingan yang masing-masing bermusuhan antara satu sama lain. Pada waktu ini, Cordoba sudah hilang fungsinya sebagai pusat kepada umat-umat Islam di Sepanyol.
Kelemahan ini dilihat sebagai peluang keemasan oleh kerajaan-kerajaan Kristian di utara Sepanyol untuk merampas semula tanah Sepanyol yang dahulunya dirampas oleh orang-orang Islam Berber dari mereka. Misi mereka inilah yang dinamakan misi Reconquista.
Sisa tapak masjid yang jika kita amati memang benar2 menghala ke arah kaabah seni bina bangunannya, masyaallah cukup memukau...Kami meninggalkan kawasan yang penuh dengan memori dan kemegahan pada jam 7 petang, dan ketika itu kawasan ini sudah pun lengang daipada serbuan manusia yang tidak putus2 kunjung sejak awal pagi..
Perjalanan kami diteruskan ke arah sevilla, namun kami terhenti di sebuah pusat perkhemahan yang tidak diduga2, tempat pertama kami menaikkan khemah...dan MANDI..
Malam itu jamu makanan spesel, pasta telur berintikan sardin terbabbo...
InsyaAllah, sekirnya tiada aral melintang, 3 July-9 July 2009 akan datang, saya bersama dengan 10 lagi rakan-rakan sepelajaran (Perubatan UK-Eire) akan mengadakan Misi Kemanusiaan & Perubatan di wilayah yg ditimpa bencana Tsunami, Acheh. Misi ini dinaungi oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau lebih dikenali sbg IMAM (Islamic Medical Association of Malaysia) di UK-Eire ini bertujuan bagi membolehkan anggota misi meninjau dan melihat dgn lebih dekat lagi keadaan Acheh selepas hampir 5 tahun bencana Tsunami melanda. Selain itu, beberapa siri misi perubatan dan bantuan kemanusiaan yg dirancang juga akan turut dilaksanakan semasa keberadaan kami di sana nanti.
Misi ini dianggotai oleh saya sendiri, Cha (Nottingham), Afiq, Shahirah, Jannah Radzif (Manchester), Kak Mus, Kak Naz, Kak Hazi (Dublin), Athirah, Amilia, & Jannah Shariff (Leeds). Kumpulan yang telah dibentuk lebih 6 bulan yang lalu, kini aktif membuat persediaan bagi menghadapi saki baki masa yang ada sebelum tarikh pertama misi. InsyaAllah, satu tabung Dana yg dilancarkan khas bagi membantu saki baki mangsa-mangsa tragedi Tsunami juga akan digerakkan. Justeru, bagi mereka yang berkemampuan, sudi-sudilah menghulurkan bantuan.
Kami juga merancang untuk menziarahi beberapa rumah dan asrama anak yatim yang menghimpunkan ribuan anak yatim yg kehilangan waris keluarga kesan tragedi 26 Disember 2004 itu. Infaq bantuan yang dikumpulkan ini, sebahagiannya juga akan diberikan kepada mereka, insyaAllah.
Harapan saya, agar kalian mendoakan misi ini agar berjaya. Doakan juga anggota-anggota misi ini yang akan menghadapi peperiksaan akhir penggal mereka pada bulan Mei & Jun ini semoga semuanya berjaya dengan cemerlang, insyaAllah. Semoga ALLAH SWT membalas jasa dan budi baik pengorbanan kalian yg sudi menyumbang. Jazakallahu Khairan Kathira.
Tragedi berdarah ini pasti mengingatkan kita terhadap kekuasaan ALLAH SWT yang tidak pernah lena dan alpa terhadap kerakusan manusia melawan sang Pencipta. Astaghfirullah al-Azim.
Al-Faqir Ila Rabbihi, WAN AHMAD HILFI HJ WAN AHMAD JUNAIDI 2nd Year Medicine, University Of Leeds sumber
rentetan daripada Road To al-Andalus (31 march-7 april), berikut merupakan sedikit sebanyak perkongsian...maaf x dapat nak tulis banyak lagi, Insyaa akan cari masa untuk menulis..
day 1 bertolak from EMA, nottingham pada jam 1.30 dibawa bersama semangat yang berkobar2 demi melihat tinggalan tamadun kegemilangan islam andalus..
team ROTA yang dianggotai oleh pelbagai latar belakang manusia, yang masih berjuang meneruskan pengajian dalam bidang yang pelbagai di nottingham, alhamdulillah berjaya menjejakkan kaki di bumi andalusia pada petang selasa di lapangan terbang malaga..kereta 7-seater yang disewa berjaya diambil dalam masa kurang drp sejam, dan menandakan pengembaraan ROTA bermula.
memperkenalkan ahli2 ROTA 09. dari kiri : Fairuz Nasir (ketua perjalanan merangkap abah), Ayen (ketua navigator merangkap abang sulung), Cha (ketua inventori dan bendahari kehormat merangkap abang ngah), Din Macho (ketua makanan dan rohani merangkap atuk sebelah rumah), Ariff Sodri (ketua dokumentasi merangkap adik poker) dan Batu de la Roya (ketua kebersihan merangkap cucu muda)..abah, ibunya di mana?...jeng, jeng, jeng
day 2 selepas subuh, terus bertolak ke grenada dan breakfast di parking lot di dalam alhambra sana.
Alhambrayang bermaksud "Yang Berwarna Merah" dalam bahasa Arab merupakan kompleks kubu & istana peninggalan Islam yang agung di bumi Andalusia. Binaan Alhambra yang amatlah menakjubkan ini dimulakan pembinaannya pada tahun 1248 sewaktu pemerintahan pemerintah Dinasti Nasrid yang pertama iaitu Ibn Al-Ahmar dan siap sepenuhnya 106 tahun kemudiannya (1354).
Antara pemerintah-pemerintah yang memerintah di kala pembinaan Alhambra ini ialah Yusuf I, Muhammad V & Ismail I. Mereka cuba mewujudkan suasana syurga di muka bumi iaitu di Alhambra & usaha mereka benar-benar menjadi kenyataan.
Alhambra ini sebenarnya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Palacio Nazaries, Generalife & Alcazaba. Palacio Nazaries yang merupakan tarikan paling utama di sini adalah istana kepada pemerintah-pemerintah Dinasti Nasrid.
Selepas Granada berjaya ditawan oleh orang-orang Kristian, beberapa perubahan kecil dibuat di Alhambra. Namun, kesan daripada perubahan tersebut tidak sedikit pun melunturkan unsur-unsur Islam yang masih terdapat di dalamnya hingga sekarang. Cubaan untuk menghancurkan tempat ini pernah dilakukan oleh tentera Napoleon Bonaparte, namun usaha mereka itu akhirnya berjaya digagalkan.
Antara kawasan yang terpenting di dalam istana ini ialah kawasan yang terdapat air pancut ditengah-tengahnya. Kawasan tersebut diberi nama Patio de los Leones. Di air pancut tersebut terdapat patung-patung singa. Sewaktu kami di sini, binaan tersebut masih di dalam kerja2 pembaikpulihan..
Alhambra sesungguhnya tersangatlah ajaib. Terdapat banyak ukiran-ukiran ayat-ayat suci Al-Quran terpamer pada dinding-dinding & tiang-tiangnya & Subhanallah ianya sangat menakjubkan. dan yang paling banyak memenuhi segenap ruang dinding adalah ukiran ayat 'none but allah conquers' yang mengundang perasaan gah dalam diri setiap muslim apabila menjejakkan kaki di sini..
Kajian menunjukkan binaan Alhambra ini direka dengan menggunakan ilmu geometri matematik yang sangat mendalam. Memang rugi jika x singgah al-hambra jika ke sepanyol, dapat membayangkan gahnya zaman keagungan pemerintahan islam tika waktu itu.
Latar belakang adalah tempat mandi dan berwudhu yang dijadikan gereja kecil di zaman pemerintahan kristian.
Alcazaba merupakan kubu pertahanan sewaktu zaman islam andalus di mana terdapatnya sebuah menara kawalan yang diberi nama Torre de la Vela di mana seluruh kotaGranada & gunung-ganang di sekelilingnya boleh diperhatikan dari atasnya.
Berlatar belakangkan menara inilah bendera Ferdinand II & Isabella dinaikkan bagi menandakan kejayaan mereka merampas Granada daripada orang-orang Islam. Setiap tahun, hari ulangtahun penyerahan kotaGranada ke tangan kuasa Kristian oleh kuasa Islam diraikan dengan membunyikan loceng yang terdapat pada menara tersebut sebagai tanda kemenangan kuasa Kristian merampas Andalusia daripada kuasa Islam.
Berada di dalam Palacios Carlos, yang dibina sewaktu zaman pemerintahan Kristian, dapat dirasakan perbezaan yang ketara dari segi seni binaannya yang sangat kurang kemas dan menggunakan patung2 dan binatang sebagai subjek utama. Nyata cubaan untuk menandingi kehebatan seni bina dan keagungan alhambra sia2 sahaja..
Generalife pula adalah sebuah taman yang dahulunya merupakan tempat pemerintah-pemerintah beristiherat. Sangat indah kawasan sekeliling taman ini di mana kota alhambra dan kubunya boleh dilihat daripada taman yang luas ini.
Akhirnya, tanggal 2 Januari 1492, Granada jatuh ke tangan pemerintah Kristian & ia secara tidak langsung menandakan seluruh Sepanyol jatuh ke tangan kuasa Kristian dan tamat sudah riwayat pemerintahan Islam di bumi Sepanyol. Di bawah pemerintahan Kristian, kota ini menjadi pusat perkembangan Renaissance. Christopher Columbus sewaktu hendak memulakan pelayaran ke Amerika telah singgah di Granada untuk mendapatkan restu daripada Ferdinand II & Isabella.
Kami menamatkan penjelajahan kota alhambra pada kira2 jam 430 ptg dan berjalan2 di ibu kota grenada bagi membeli sedikit barang2 makanan untuk dinner. malam itu kami bermalam di kawasan pergunungan siarra nevada (alhambra terletak di kaki gunung ini) yang bersuhukan 1 darjah..
day 3 solat subuh di atas gunung sangat indah sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan, matahari yang mula naik untuk menyinsing menyinari alam..Subhanallah memang indah..
seperti tidak percaya seolah2 ada satu kota yang sangat luas di atas pergunungan sierra nevada ini..dengan suhunya yang mencecah 5 darjah di bwah takat beku, kami terketar2 menunaikan solat subuh dan cubaan untuk berpicnic gagal apabila air yang dijerang tidak mendidih pun..
seakan2 terkejut melihat satu bangunan yang dikatakan pusat serenti juvenile untuk penjenayah juvana..bayangkan nak lari ke mana kalau terlepas alamat mati kesejukan la..
keputusan untuk bermain ski diambil dan dipersetujui dengan nada majoriti disebabkan kecewa dengan sarapan yang gagal disiapkan di atas gunung..
walaupun rata2 ahli ROTA tidak pernah menyentuh alatan ski inikan pula nak meluncur di landasan yang sebenar, keterujaan kami nyata menaikkan semangat untuk terus ke hadapan, tanpa menoleh ke belakang..
akibatnya, kami bertarung dengan maut apabila terkandas di puncak gunung selama 4 jam, sehingga semua peluncur ski telah turun dan kereta kabel sudah menghentikan perkhidmatan mereka, kami masih lagi tersangkut di dalam ribut salji setebal 3 cm di tahap ketinggian 3500 altitude.. namun dengan semangat jihad dan pergantungan pada tuhan, kami masih lagi waras, walaupun ditinggalkan oleh pemain ski yang paling mantap dlm kumpulan ROTA kami, fairuz, kami tetap tabah mengharungi cabaran..
sungguh, berkat doa dan kesabaran, akhirnya ribut salji berhenti dan kami menuruni cerun dan ganung secara berhati2, dan juga tanpa menoleh ke belakang..alhamdulillah kami tiba di check point cable car, sejam selepas ribut salji reda, dan rasa syukur datang bertubi2..
kepuasan nyata terukir di wajah ahli2 ROTA sejurus sahaja kami tiba di sini..fairuz yang sudah selesai kemas bersalin baju, gusar menunggu kami di check point, yang sangkaannya kami telah terkambus di dalam ribut salji ataupun di sembunyikan oleh beruang gunung..mujur, namun ini merupakan satu pengalaman yang pasti dikenang sampai bila2..(tips: jangan memandai2 nak main jika masih beginner, belajar dahulu bertatih jika nak berjalan)
hari kami yang penat disudahi dengan lauk pasta sotong yang dicemari dengan resipi kaki batu...(tanya batu jika nak tahu)...namun alhamdulillah kami meninggalkan grenada dengan jiwa yang gembira lagi bersyukur...