Sunday, 26 September 2010

pesanan..

forwarded email from someone;

Salam Syawal,

Khusus buat:

· Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)

· Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas

Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.

Anak-anakku,

Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.

Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!

Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.

Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui.

Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.

Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.

Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.

Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,

Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.

Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!

InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.

Dr.Har

Best Blogger Tips

Thursday, 16 September 2010

back to basic..

again, back to basic..
allahualam
Best Blogger Tips

Monday, 13 September 2010

sekitar KEMPUNAN 2010


sekitar raya pertama dan open house KEMPUNAN..alhamdulillah, 4 tahun di UK, setiap tahun masih diberi kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka secara tradisi..moga kerjasama kali ini berjaya memupuk semangat muhibbah di kalangan masyarakat malaysia di nottingham menyambut raya dengan meriah dan sederhana..

maaf gambar tidak banyak kerana sibuk menyiapkan hidangan dan melayan tetamu..(sebenarnya takde kamera..)

klik link untuk rangkuman dendang perantau di UK.

empat negara satu akidah..

da jingles without muaz and akmal roji..

si cilik yang datang awal beraya..


ibu richie G, bekerja sebagai chief pharmacist di hospital ampang yang datang dari KL..

pelajar perubatan nottingham tahun klinikal, yang tidak pulang summer..(tp ini hanya separuh sebenarnya)

junior doktor and SHO..

para advisor, a.k.a family PG, datang malam2 sket..

bila ibu2 dan adik2 duduk bersama, gosip dan juadah resipi raya..

terima kasih kepada semua yang tidak putus2 berkunjung ke rumah terbuka KEMPUNAN kami walaupun sehingga ke larut malam, alhamdulillah target 200 orang jemputan hampir berjaya dicapai, dan semangat raya terus kita raikan sama2 walaupun berada jauh dengan keluarga..

allahualam
Best Blogger Tips

di sebalik tabir; KEMPUNAN 2010


alhamdulillah, atas perbincangan dan maklum balas, kami ahli rumah 36 beeston road 'da jingles'dan 43 city road telah membuat keputusan untuk melancarkan tema raya kali ini sebagai Kepulangan yang diNanti a.k.a KEMPUNAN 2010.

terima kasih kepada yang sudi menghantar feedback dan undi..kali ini hanya gambar sebagai tatapan semua.

sesi pembersihan dan majlis bandaraya..


tiramisu kobayashi..pabila seorang doktor masuk dapur..

soto sarip..memang fuhliao..

ini sebenarnya rahsia sate haji samudin..tangan yang menggaul peraman ayam.

berkat hari terakhir ramadhan, asyik nak terjilat je jari, tarbiyah sehingga ke penghujung..

memperkenalkan sate haji samudin (salim dan mudin, adik beradik lain mak)

awning hasil rekacipta hamdan, bagi menahan cuaca yang renyai2 gerimis..


kami duta malaysia..

kredit dan terima kasih buat semua; da jingles (doc muaz, doc akmal, salim, aizat faliq, pie, sarip, rahim, mudeen, hamdan dan acap ganu) 43 city rd (maryam, asma, irina, fiqa, anis, aisyah, ili, suraya, kausar)


antara Menu for Open House KEMPUNAN 2010.
1) Nasi Briyani
2) Acar
3) Rendang ayam
4) Rendang daging
5) Nasi himpit n kuah kacang
6)
Satay Haji Samudin
7) Soto

Dessert
1) Tiramisu Kobayashi
2) Kek batik
3) Agar2 laici
Best Blogger Tips

Wednesday, 8 September 2010

tema?

salam semua
sila pilih tema bagi open house rumah kami tahun ini (seleksi lagu raya)

1. hati sayu mengenangkan yang rindu (
HUTANGMU)
2. tangan ku hulur maaf ku pinta (
TAMPIN)
3. ewa ewa hari raya (
EWAH)
4. rindu syahdu di hari raya (
RINDURI)
5. Saat-saat aidilfitri (
SAFARI)
6. pengertian di hari raya (
PEDIH)
7. hari raya tetap tiba (
HIBA)
8. kepulangan yang dinanti (
KEMPUNAN)

tarikh tutup by besok pkol 12 tgh malam, sbb nak buat kad jemputan maya..
Best Blogger Tips

Monday, 6 September 2010

bukan penghujung..?

salam

ramadhan bakal melabuhkan tirai, namun ramai yang sudah mensyawalkan ia, sebelum apa2 lagi..

saki baki ramadhan ini, kasi pulun..belum tentu dapat rasa lagi..may we get the best out of ramadhan, and most importantly, the good deeds do not stop there..

minta maaf sama tuhan, ibu bapa, kawan2 serta orang sekeliling..zahir dan batin sempena ramadhan y masih ada.

get a free copy of your eid fitr guidelines according to sunnah here.

may Allah bless.
Best Blogger Tips

Sunday, 5 September 2010

buta hati?



tv3 buat iklan raya apa?..mufti x mahu bersuara ke?..semua sudah jadi pekak dan buta hati gamaknya..
Best Blogger Tips

Friday, 3 September 2010

penjara kehidupan?



last thursday, i got the chance to visit brampton hospital which is located near retford..it was part of my psychiatry attachment during my clinical years..here are some interesting facts about the visit and the hospital:


- it is one of the three national high secure hospitals in UK, with others at broadmore and ashworth..and in fact it is the largest among these three.

- there are more than 3000 staffs working here with presently around 350 patients. (it can accommodate up to 400 prisoners at one time)..at least the minimum no of staff working at one time is at least 200, esp during night shift.

- total cost for NHS to run this hospital is around 84million per years, wic means a cost for a patient is 250k every year...memang pergh..

- patients admitted here either have been detained under mental health act or liable to detention or pose a risk of dangers to community..but i would say majority here have significant contact with the criminal justice system..

- they r admitted under one of five directorates, (personality disorder, mental illness, learning disability, DSPD, and national high secure healthcare service for women)..and every single directorates run different approaches and cares as what i've seen in wards..(btw there r 30 wards altogether)

- despite the perception dat it is a prison for mentally ill criminals, i can say dat rampton is an exceedingly calm and ordered place to work and the most important thing, a great atmosphere of positivism among the staff..even dealing with dangerous ppl, and highly manipulative criminals, high profile criminals is something dat any medical students will not think of in da future..hehe..

- menariknya, u have to go through a very thorough examination, being ur picture taken before entering, pass thru scanners (cam ala2 airport tuh), n u cannot bring anything with u apart from ur nametag..


- this place is covered by double fence system, in wic i was told dat, dalam pagar ada microfon, n vibration sensor..kalau kucing langgar pun boleh activate alarm system..canggih manggih deyh..

- in fact those who will be working here, they need to undergo a 2-week induction programme wic mainly about security and safety..(blaja kod2 rahsia, breakaway training etc2..)..i was wondering how michael scoffield gonna break away if he was placed here instead of sona.. in fact the last time of breakaway case was back in 1995..(dia guna lori barang untuk larikan diri, tapi kena cekup semula x lama lepas tuh)

- all staffs here will be given a pouch of keys, and kena lilit kat pinggang..n the rule here is, every doors open, must be locked upon entering..tp cam berat abis seluar nak terlondeh psl bawak kunci berat sangat..the lock system is using magnetic system, with a unique hand-size-key.

- some media have branded rampton as a holiday camp..i believe the regime here is quite different from mainstream prison..they conduct art therapy, carpenting workshop, swimming class, play and theatre, cricket pitch, talking therapy dan banyak lagi..even they have a library, shop, indoor swimming pool etc2, macam masuk bandar baru..

- it seems dat we still have a negative perception on mentally ill ppl, they maybe dangerous, but there are distinguish features of treating the bad or the mad..

- in fact we need to put into mind dat one in four ppl had psychiatric problems once in their lifetime, thus it is common and significant... but somehow ppl tend not to see specialist to treat them..especially the stigma in our malaysian cultures..heh..ppl dun like to talk about depression, anxiety, but it could be our family or even our nearest friend..

allahualam

Best Blogger Tips

Tuesday, 31 August 2010

mencari hidayah?




Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan. Bukan hanya pada segala kebaikan yang sedia terjanji di lisan Nabi yang berpesan. Malah bulan ramai anak tempatan memeluk Islam. Hidayah daripada Allah, namun ikhtiarnya tidak pernah menghela lelah.

Itulah yang mengundang tangisanku malam ini.

Ramadan dalam kenanganku di perantauan, adalah bulan Allah menghadirkan tetamu-tetamu al-Rahmaan ke setiap rumah-Nya.

Ramadan dalam realitiku di kampung halaman sendiri…

Muslim yang tidak datang ke masjid tidak pernah diendah dalam kerisauan.

Bukan Muslim yang datang ke masjid, dihalau, dicaci penuh prejudis, dan dimurkai sesuka hati.

Kalimah Allah mahu dieksklusifkan, Doa Khutbah mahu dieksklusifkan, Masjid dan Surau mahu dieksklusifkan, hingga aku terbelenggu dalam fikiran, betapa bertuahnya Melayu mendapat Islam, namun bertuahkah Islam mendapat Melayu?


Seantero negara sedang hangat membahaskan isu 'muslim mendoakan non muslim', 'non muslim masuk masjid' dan sebagainya. Sedih rasanya melihat response sekelompok masyarakat yang memporak perandakan situasi dan gagal berfikir dengan matang dan sebaiknya. Sebelum ini kita juga dikejutkan dengan isu pembakaran gereja dan penggunaan nama Allah.

Kita sebagai golongan pelajar yang prihatin (sekurang-kurangnya bagi yang membaca) seharus sedar isu ini mungkin sengaja ditimbulkan oleh mereka (tidak semestinya pihak kerajaan) yang tidak bertanggungjawab.

Likewise in YB Teo's case, Muslims should make some effort to give her some tudung or selendang as a give, and not to bluntly criticise and make fuss of her good effort and starts going bananas..

Hence, apologise to our non Muslims colleagues for the ridiculous comments, ignorance demonstrated and blunt racism. This is not what Islam teaches us.


p/s: kalau pun UMNO dan UTUSAN mahu gunakan hujah YB serdang tidak boleh bagi tazkirah sebab dia bukan islam dan tidak menutup aurat, kita semua boleh terima kawan..tapi takkanlah TG Nik Aziz, Dato Dr Harun Din, Almarhum Datuk Ishak Baharum pun dihalang sama untuk memberi tazkirah di surau masjid... rasanya mereka nih orang islam dan tutup aurat penuh kot...!!
Best Blogger Tips

Saturday, 28 August 2010

sempit?


‎"...Kita kena sedar satu realiti... Kita bukan berada pada alam 60-an lagi... Golongan agama sendiri mesti berfikir untuk [hadapi masalah generasi baru]... Perlu kepada pendekatan dan kefahaman yang baru... Jabatan Agama... suka kepada fatwa yang sempit-sempit ni... Malaysia ni menuju [kepada] negara Taliban... suka fatwa-...fatwa yang tidak praktikal pada zaman moden... Kalau sesetengah orang... Kalau dia cadang penyelesaian, dia cadang [benda] yang tidak praktikal, yang tidak boleh hidup pada zaman ini..."


Seringkali yang berlaku adalah keadaan 'yu'allimulKitaba ... tapi 'tiada wa' hikmah'. Apa zaman kini ini, sudah tidak ada benda lain nak difatwakan ke? pernah satu ketika dahulu, ada yang mengatakan kalau termakan daging khinzir, kena samak mulut & seluruh GI tract. come on lah!
Ada masanya memang tak perlu tunggu fatwa atau keputusan golongan 'ulama'. Kita kan dah baca al-Kitab & dah as-Sunnah, so buatlah conclusion sendiri...tapi bahaya juga jika kasi orang2 yang rasa mereka faham agama tafsir nih, kena berhati2, sebab orang melayu dah sinonim dengan malas mengaji quran, malas mengkaji sirah dan malas berfikir..

Bukankah lebih baik kalau didoakan agar semua yg bukan Muslim diberi hidayah, lalu mereka kembali ke Islam (revert). Banyak masalah dlm negera boleh selesai. tidaklah kita nih jadi jalut sangat orang Melayu nak claim Islam tu agama dia aje & apa2 sahaja yang berkaitan Islam di Malaysia ditafsirkan ikut selera Melayu sahaja.
Kita sepatutnya bekerja untuk merealisasikan konsep 'rahmatan lil' aalamiin', tapi tindak-tinduk kita masih lagi mengetepikan (exclude) orang.

Allahualam

Best Blogger Tips

Tuesday, 24 August 2010

Doa sejahtera?

Demikian salam ciptaan baru ‘salam 1 Malaysia’ juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan?. Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

sila baca di sini untuk ulasan lanjut daripada dr. MAZA Best Blogger Tips

Sunday, 22 August 2010

new zizou..?


this is really cute..
these kid r pretty good for their age. but i guess when Zidane is your dad, you kinda get in in you DNA..heh.
go and google for enzo zidane, new future hope in football..he still has a lot of developing years to come. only time will tell.

p/s: Enzo has already played for the Spanish under 15 team but i still hope that he gonna bring back the glory for france...


Best Blogger Tips

Bizarre effects on teens

beware of our sedentary lifestyles, teenagers nowadays eat too much meats and get very little exercise..AND you may get enlarge size of breast...!!


Bizarre effects on teens

KUALA LUMPUR: Is hormonal imbalance creating more male teenagers with breasts, while female teenagers are getting more hairy?

Cosmetic and aesthetic physician Dr Alice Prethima said she is seeing many cases of gynecomastia (enlargement of breasts in males) in her clinic. But, she is also seeing teenage girls coming in because they have too much hair all over their body.

“Compared to the past, there are many girls with terrible hair problems. They are losing the hair on their heads and growing hair on other areas of their body where there shouldn’t be. And, the hair is so long and thick,” she said. Dr Prethima attributed the abnormalities in male and female teenagers to the food chain and diet.

“Children are eating too much animal-based food, and those animals are fed with a lot of growth hormones.

“Our society has become more affluent. We may eat meat for breakfast, lunch and dinner,” she added. She said bad oestrogens was also entering the body from plastic materials such as fizzy bottled drinks which “bleed” bad oestrogen.

“Those plastic containers that we use to warm our food, the polystyrene boxes in which we pack our food, the plastic bags that we pour the curry into, the roti canai we wrap in plastic – all of those bleed bad oestrogen substances. There is also a lot of pesticides, insecticides and bad oestrogenic substances in the environment, and this will manifest in different ways for those of different ages,” she added.

Dr Prethima said due to “xeno ostrogen”, instead of producing testosterone, the bodies of teenage boys are converting it to (harmful) 16 hydroxyoestrone, which results in the loss of hair and the development of acne, abdominal fat and abnormally-sized breasts. Plastic and reconstructive surgeon Dr V. Surendranathan said gynecomastia was now becoming very common among teenage boys, mainly due to the children’s eating habits and sedentary lifestyle.

“They are eating too much chicken and getting very little exercise. They are stuck in front of the television and computers all day.

“It’s very embarrassing for the boys to have breasts. They can’t even take off their T-shirt in school.”

Dr Surendranathan said he has even had to perform breast-reducing procedures on 13 and 14 years old boys. The former president of the Malaysian Association of Plastic, Aesthetic & Craniomaxillofacial Surgeons (Mapacs) said there has been a noticeable increase in such cases over the last few years. Consultant plastic and cosmetic surgeon Dr Heng Kien Seng said he too has been seeing a lot of cases of teenage boys with gynecomastia, and he has had to perform breast reduction procedures on these boys so that they can regain the physical look of normal male chests.

Among the treatments available include liposuction, gland excision, and reduction mammoplasty.

Best Blogger Tips

Saturday, 21 August 2010

mecca and medina? -part2

this one is from female perspective..
we tend to think the women from the opposite sex think like what we do..they don't actually, that is why we call them the opposite sex.
enjoy them..

Best Blogger Tips

mecca and medina?

Men and Women are quite different when it comes to dealing with stress. well, try to understand how the opposite sex communicates..
thus, try to appreciate both male and female perspective insyaa..


Best Blogger Tips

Friday, 20 August 2010

trust..

pie showed me this article..
well said then..


Surgeons
Medical groups said they were delighted with the poll results



DEGREES OF TRUST
Most trusted:
Doctors Trust - 92%
Do not trust - 5%
Teachers Trust - 88%
Do not trust - 7%
Professors Trust - 80%
Do not trust - 8%

Least trusted:

Business leaders Trust - 31%
Do not trust - 56%
Politicians Trust - 20%
Do not trust - 72%
Journalists Trust - 19%
Do not trust - 72%
Source: Mori poll of 2,000 adults
Best Blogger Tips

Thursday, 19 August 2010

healthy eating during ramadhan

http://farm5.static.flickr.com/4099/4893662583_c5e8363f3a_o.jpg
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


a. Eat less fried and fatty foods, such as French fries, sweets and fried samboosa.
b. Eat fewer foods containing large amount of sugar.
c. Eat less salt and salted food, such as pickles, sauces, nuts, olives, etc.
d. Do not eat two large meals a day. It is better to divide your meals into three meals (Iftar, midnight and Suhoor meals).
e. Do not sleep immediately after Iftar and Suhoor meals since your body will take 2 – 3 hours to digest the food.
f. Eat slowly and chew food very well.
g. Practice walking in the evening (for 30 minutes). Wait for 2 hours after any meal before walking.
h. Drink as much water as possible between Iftar and Suhoor meals so that the body can adjust its fluid balance in time. Water, unsweetened juice, low fat laban and low fat soup are excellent sources of nutrients and fluids.


source Best Blogger Tips

Wednesday, 18 August 2010

spesial ramadhan..

Best Blogger Tips

melayu perubatan


Istilah Orang Awam (Laymen's Term) - Istilah Perubatan (sumber: thread iLuvislam)


Laymen's Term?


"To put something in layman's terms is to describe a complex or technical issue using words and terms that the average individual (someone without professional training in the subject area) can understand, so that they may comprehend the issue to some degree." - UrbanDictionary

Secara ringkasnya, Laymen's Term merupakan istilah yang digunakan untuk menjelaskan/menerangkan sesuatu yang kompleks atau teknikal, supaya orang awam yang biasa (tanpa latihan/latar belakang pendidikan professional dalam bidang perubatan) dapat memahami isu tersebut pada tahap tertentu.

SENARAI TERKINI
(15 OGOS 2010)

Sila ambil perhatian, penggunaan istilah laymen ini bergantung kepada lokaliti tempatan (daerah, negeri), bangsa, peringkat umur pesakit serta faktor-faktor lain.


angin ahmar = stroke
balik mata = dizziness
barah = tumor/cancer
batu ginjal = gall stone
batu hempedu = gallstone
batu karang = renal stone
batu karang = renal stone = urolithiasis
batuk berdarah = hemoptysis
batuk kering = TB (tuberculosis)
batuk kokol = whooping cough / pertussis
beguk = bengkak cantik = mumps
bisul = boil=fruncle/carbuncle (depends on saiz, org kata bisul ada mata/xdak mata)
buasir = haemorrhoid
busung = ascites
buta warna = rabun warna = colour blindness (bezakan monochromacy/dichromacy dll)
berpeluh tapak tangan/kaki = hyperhidrosis
cacar = VZV infection
cerah perut = cirit birit = diarrhea
cirit birit = diarrhoea
darah tinggi = hypertension
demam campak = chicken pox
demam kepialu = typhoid fever
demam kuning = jaundice
demam kura2 = demam malaria
ghiso = mobile swelling (cysts, lipoma, etc)
gila meroyan = PND (Post-Natal Depression)
hempedu = gall bladder
jantung berlubang = congenital heart defect (septal defect)
kancing gigi = tetanus
kayap = shingles
kebas = numbness
kejang = cramps
kekoh di hatu = bruises
kekura kaki = dorsal part of foot, metatarsus
kenaling = palpitation or tachycardia
kencing berdarah = hematuria
kencing manis = diabetes
kencing tikus (penyakit) = leptospirosis
ketuat = warts
ketumbit = tembel = stye @ chalazion (bezakan)
kudis = crust
kurap = tinea
kusta = leprosy
kutil = corn
lelah = asthma (dyspnea-kalau symptom)
lemah jantung = heart failure
lenguh badan = lethargic
lenguh badan = malaise, hypotony
nyanyuk = dementia, alzheimer
panau = Pityriasis Versicolor
paru-paru berair = pneumonia
pembuluh darah = blood vessel
penat (kedah) = asthma attack (make sure!)
pengsan = loss of consciousness
penyakit kencing tikus = leptospirosis
pitam = lightheaded, dizziness, vertigo
rabun dekat = hyperopia
rabun jauh = myopia
rabun silau = astigmatism
rabun tua = presbyopia
rawan = cartilage
resdung = sinusitis
sakit dada = angina pectoris
sakit sendi = arthritis
sawan, tarik = epilepsy / seizure
scabies = kudis buta (kutu babi same ke?)<--x sama. kutu babi besar scabies kecik je
sekok = kembung perut = perut masuk angin = flatus, meteorism?
selaput dalam mata (katarak) = cataract
selesema = influenza/flu/common cold
sembelit = constipation
semut-semut =paresthesia
sengbak = leg swelling
senok = memulas = colicky pain
serban = semut-semut = paraesthesia
sumsum tulang = bone marrow
tahi mata = eye gunk, gound, booger = rheum, dried eye discharge
tahi telinga = ear wax = cerumen
tahi hidung = booger, snot = rheum, dried nasal mucous
tarik mengkarung =kejang = cramp
terseliuh = sprained (joint), strained (muscle)
tulang penampar nyamuk =tulang belikat = skapula
tulang rusuk = ribs
ulu hati (pain) = heart burn
uluran/angin pasang = inguinal hernia
untut = elephantiasis
urat = can be nerves/vessels


ISTILAH YANG DISINGKATKAN


NOTA: Penggunaan singkatan ini berbeza-beza mengikut hospital/pusat kesihatan. Sila semak dengan pusat kesihatan tempatan anda.

R/T = ryle's tube feeding
TPN = Total parenteral nutrition.
EN = enteral nutrition
LOA = Loss of appetite
SOB = short of breathness
GI = gastrointestinal
CVA = cerebrovascular accident = stroke
CXR = chest x-ray
Tab = tablet
PCM = paracetamol
bid = twice per day (bis in die)
tid = three times per day (ter in die)
qid = four times per day (quater in die)
qd = daily (quaque die)
SC = subcutaneously
IV = intravenously
IM = intramuscularly
SVT = supraventricular tachycardia
TRO = to rule out (diff.ddx)


Untuk siapa thread ini dikhususkan?


1. Kepada Para Petugas Kesihatan - Kesukaran berkomunikasi dengan orang awam adalah antara masalah utama yang dihadapi sebagai seorang petugas kesihatan. Tanpa kemahiran berkomunikasi yang baik, pasti sukar seorang petugas kesihatan untuk berinteraksi dengan pesakit. Doktor, contohnya, perlu mengambil sejarah pesakit, mendapatkan komplen pesakit, dan tentulah lebih sukar untuk menerangkan diagnos dan rawatan pula. Justeru itu, kemahiran berkomunikasi dalam istilah orang awam (Laymen's) merupakan satu kemahiran yang vital, tidak boleh tidak dikuasai.

2. Kepada Pembaca Awam - Sesetengah pekerja kesihatan lebih suka menggunakan istilah-istilah yang jarang didengari, yang tentunya mengundang 1001 kekeliruan dalam diri pesakit terutamanya. Justeru itu, kamus ini memberi pengenalan asas kepada para orang awam, agar dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh doktor sedemikian. Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...