Saturday, 29 January 2011

ruang?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Taadud Jemaah yang berleluasa, makin hari makin parah. Semua pihak mahukan kesatuan. Kesatuan adalah suatu seruan Allah dan suatu kewajipan yang perlu dicari. Tanpa kesatuan, kita kalah. Tanpa kesatuan, kita tiada kuasa.


Yang jelas, taadud jemaah tidak akan mendatangkan masalah jika bidang tugas dan target group berbeza. Contoh yang diambil, adalah Persatuan Islam China dan Persatuan Islam Malaysia yang jelas, target group berbeza. Contoh kedua, adalah Persatuan Islam Malaysia dan Parti Doktor Malaysia. Tentu sekali, ianya tidak mendatangkan masalah jika dibuat.



Jika target group dan bidang tugas adalah sama, maka, yang berlaku adalah suatu keburukan yang jelas dan nyata. Pergaduhan, dan permusuhan. Maka, akan timbul golongan yang "menghalalkan" segala perbuatan buruk terhadap pihak lawan, asalkan jemaah kita berjaya. Jawapannya, syabas kerana anda berjaya mementingkan diri anda! Akibatnya, pihak yang menerima kejahatan, tentu akan terfikir untuk membalas serangan tersebut dengan serangan yang sama nilainya. Tumbuk dibalas tumbuk, kutuk dibalas kutuk. (Walaupun ianya tidaklah sepatutnya begitu).

Kepada yang menyokong taadud jemaah, mereka akan menggunakan perkataan seperti "cari persamaan, raikan perbezaan" (ayat yang dikatakan keluar dari mulut As-syahid Hasan Al-Banna).


Teringin saya membuat analogi terhadap taadud jemaah. Taadud jemaah di luar negara ini memang lebih banyak buruknya dari baik. Semakin ramai yang memilih berdiam diri, tidak menyertai mana-mana persatuan kerana taadud jemaah. Maka, analogi parahnya taadud jemaah adalah seperti SEORANG MENGHIDAP KANSER PERINGKAT AKHIR.


Parahnya kanser manusia ini sehinggakan seperti tiada lagi cara untuk mengubatinya. Maka, wujud dua golongan yang cuba mengubati si lelaki ini.

1) Golongan pertama adalah glgn yang cuba mencari penawar kanser ini. Mereka ini adalah golongan yang sedar, bahawa penyakit kanser ini tidak akan sembuh melainkan sumbernya dibuang secara total.

2) Golongan kedua ini adalah golongan bomoh (dahulu kala) yang merawat berdasarkan simptom yang nampak di matanya sahaja. Diberinya daun-daun (yang ada kesan menahan sakit) kat kawasan bengkak, diberi minum air kelapa untuk mengurangkan dehydration.

Sekarang, ramai daie yang merupakan golongan kedua dalam merawati kanser taadud jemaah. Mereka menggunakan perkataan "cari persamaan, raikan perbezaan" sebagai ubat untuk meredhakan taadud jemaah. Namun, sedarlah wahai sahabat sekalian, kanser ini tidak akan hilang! Pasti tidak akan hilang.



Carilah sebab bermulanya taadud yang merosakkan ini. Dan, gunalah kata-kata keramat itu sebagai pengubat kesakitan yang dihadapi sekarang sewaktu kamu berusaha membetulkan kerosakan kanser yang semakin menular. Jangan hanya gunakan kata-kata keramat ini SEMATA-MATA. Carilah puncanya, mengapa wujudnya taadud ini. Siapa yang mulakan & apa sebabnya. Kalau berjumpa cara merawatinya, jangan pula tidak mahu menelan ubat tersebut. Ingatlah, chemotherapy untuk pengubat kanser menyakitkan. Begitu juga dengan ubat kanser taadud jemaah. Walaupun menyakitkan, ianya ubat, dan telanlah ia.


Mungkin tiba masanya kita buang EGO untuk pentingkan diri dan kerana sikap ini, ianya hanya melambatkan kemenangan UMMAH..


sumber: ibnu tarmizi

Best Blogger Tips

Wednesday, 26 January 2011

isyarat

Kita bawa kereta di jalanraya 150km sejam, tiba2 datang sebuah kereta dari arah yang bertentangan, kita perasan kereta itu tinggikan lampu semacam memberikan signal..

Datang pula satu kereta lain, main2 tinggikan lampu jugak kali ini..

Bagi orang yang memandu di tanah air, jika ada kereta yang tinggikan lampu secara berkala itu menandakan bahawa ada speedtrap polis kat depan sana..sebagai signal peringatan..

Maka sebagai pemandu, kita akan perlahankan kelajuan kereta ke halaju yang mengikut peraturan, 120km sejam...


Persoalannya, sudah nampak ke kelibat polis yang buat speedtrap di depan?
Belum nampak, tapi semua boleh setuju yang semuanya akan berubah..
Daripada tidak pakai tali pinggang terus tarik seatbelt, yang sedang cakap telefon, terus matikan hp, yang pandu laju, terus perlahankan sedikit menjadi pemandu yang berhemah..


Kenapa?..sebab takut polis..takut kena saman..tapi belum nampak polis pun padahal..tapi kenapa betul2 berubah..?
Sebab YAKIN dengan isyarat yang kereta2 tadi berikan kepada kita..YAKlN bahawa di depan sana akan ada speedtrap..



Sebab YAKIN ini, kita boleh berubah cara bertindak kita..



Persoalan utama, sudah berapa banyak ISYARAT yang Allah dah hantar kat kita tentang hidup selepas mati? Syurga dan Neraka?


Dan adakah kita sudah adjust segala tindakan dan cara hidup supaya sesuai dengan apa yang kita YAKIN?..tika kita malas belajar, tika kita malas nak berdakwah, tika malas nak menyumbang kepada perjuangan islam, tika kita nak buat dosa?
Adakah kita sudah fikirkan adanya soal syurga dan neraka?

Ini menjawab persoalan akhirat..

Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Monday, 24 January 2011

Of sarung tangan dan ponteng?

Hangat di tanah air bila isu sarung tangan menjadi headlines panas di media massa tika pilihanraya kecil sedang berlangsung di tenang..


Rasanya ini soal kepercayaan yang diamalkan oleh seorang muslimah islam..dan kenyataan sebegini wajar dibantah keras dan ditegur, kerana bunyinya ibarat memperlekehkan agama..
Bila Pas membantah, ianya bukan politik lagi, kerana mempertahankan kepercayaan Iman seseorang Muslimah bukannya politik..dan semua pihak perlu bertegas untuk tidak setuju..walaupun anda totok UMNO sekalipun..

Alhamdulillah PERKASA dan MUFTI perak sudah keluarkan statement masing2 membantah, dan mereka perlu juga KONSISTEN untuk menegur isteri2 pimpinan atasan yang Muslim, yang bertindak sewenang2 melanggar hukum..i.e cium pelakon bollywood, salam dan peluk bukan muhrim, tidak pakai tudung dll..(Sori ini bukan blog Haq Mohaidin, jadi kenyataan dibuat secara general tanpa merujuk kepada mana2 pihak)
Dan bukannya keluarkan statement untuk selamatkan diri dan karier je semata2..

Sama juga isu seorang remaja sikh yang dipotong rambut beliau di kem PLKN, ini sepatutnya diambil serius oleh pihak yang terlibat..jangan lepas pandang akan situasi sebegini sehingga menyebabkan kita hilang sensitiviti beragama..

Namun sy khuatir dengan perkembangan media2 alternatif yang sibuk melaporkan isu PM tidak sempat nak lawat jenazah la, imam terlampau sibuk untuk entertain PM smpi terlupa kena solatkan jenazah ke,...ini isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan, media2 alternatif terutamanya Pas perlu bijak mainkan peranan selaku parti politik yang matang, bukannya menjadikan isu2 kecil sebegini sebagai modal..ketengahkan isu rakyat, ketelusan pentadbiran, dan effisiensi dan integriti khidmat masyarakat, sebab akhirnya anda akan berkhidmat kepada rakyat secara amnya..jangan terlalu ikutkan gendang paluan pihak satu lagi..

P/s: pelik mengapa jika tidak dapat kemukakan alasan yang munasabah tidak dapat hadir ke sidang DUN, kenapa nak jadi wakil rakyat in the first place?..(Rujuk isu ADUN P. Klang)..ini pecah amanah dan isu integriti...rakyat marhaen di luar sana boleh menilai YB..
Atau ada tujuan lain nak jadi YB?


Sent from my BlackBerry® wireless device

Best Blogger Tips

Saturday, 22 January 2011

Doa nasihat

Salam


Sekiranya kita bertemu dgn mana-mana individu yang mengadu tentang ketelanjuran mereka atau apa sahaja yang berkaitan dengan kegagalan mengawal hawa nafsu. Mari kita doakan mereka dengan doa di bawah setelah memberi mereka nasihat.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya : Ya Allah ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kehormatannya.

Doa ini merupakan doa Nabi kepada seorang sahabat yang datang bertemu dengan Nabi kemudian meminta izin untuk berzina. Setelah Nabi memberikan nasihat kepadaNya Nabi mendoakannya dengan doa ini.


Sumber: iluvislam.com
Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Wednesday, 19 January 2011

Demam

If PM has all the answers, so by all means do enlighten us in a public debate..you are the PM, and DS Anwar is the opposition leader..both are official positions recognised in Malaysia and the world over..


Citing 'personal problem' is a lame excuse.
If you like, you can bring up the personal issues at the debate, if you want...after all it's just a debate on economic issues and other public policies,..so dat we can place our country to a better place...isn't developed nation status is what we are vying for?

Sigh..


P/s: Demam x demam itu kerja Allah..



Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Sunday, 16 January 2011

Bangga

Melayu memang patut bangga sebab bangsa yang sudah lama terima islam sejak beratus-ratus tahun yang lampau..malah Islam itu adalah satu anugerah yang tidak terhingga daripada Allah..sebagaimana firman-Nya (dalam surah al-Imran, 19)


Tika ini sayang sekali ramai yang tidak reti nak manfaatkan anugerah tersebut..kerana semata2 nak tegakkan KETUANAN MELAYU..bila menolak Islam di tempat kedua atau seterusnya, tandanya menolak anugerah Allah.


Hari ini seruan Islam yang selama ini pernah menjadi tonggak orang Melayu telah digantikan dengan semangat Nasionalis.
Kononnya dengan beria2 menjulang keris yang tumpul itu seolah2 merekalah sahaja pendekar sejati yang mempertahankan hak melayu..


Namun halalkah pelakuan rasuah, pecah amanah, hatta bunuh kena guna bom di sisi mazhab Ketuanan Melayu?




Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Thursday, 6 January 2011

Emosi dan persepsi?

Bila berhujah atau mengeluarkan pendapat, adakah kita benar2 menggunapakai fakta dan hujah, atau pun banyak dipengaruhi emosi dan persepsi?..


Persoalannya di sini, sejauh manakah kita ada inisiatif untuk mengenal dan mengkaji sebelum kita memutuskan apa yang kita akan putuskan atau sebelum memilih pendirian kita?


Tapi takkanlah pelajar hebat pandai seperti yang belajar di luar negara pun boleh terjerumus dalam perangkap emosi dan persepsi ini?..
Masalahnya ianya berlaku di depan mata..


ADAKAH KITA TELAH BERLAKU ADIL?


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Monday, 27 December 2010

Tabah

'Successful among you is the one who is protected from their whims, greed and anger' (Umar RA)


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Wednesday, 22 December 2010

500 vs 5billion


"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan.

"Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan.

"Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," (TITM)

sumber


isu utama bukanlah menafikan pasaran semasa dan ekonomi yang mahu tidak mahu akan menyebabkan harga barang naik..kerangka yang lebih besar perlulah dilihat dengan lebih tepat dan menyeluruh..
pihak mana yang lebih kompeten, telus dan bertanggungjawab lah perlu dipilih secara merit..



Best Blogger Tips

Monday, 20 December 2010

memoir..

Salam,

A post by his mother in his blog:-
we really need to be close to quran while we are still alive.


Assalamualaikum,

Mas Afzal passed away at 2.24am, 18th December, 2010. His papa, brother Andi, sisters Aiysha n Atiqah,uncle Shahrir n me were with him till he breathed his last. He was intubated and n in an induced coma from about 1pm the day earlier because he was having difficulty breathing n his Blood Pressue was getting very low.

Since he was admitted to the Ampang Hospital on December 2nd, he did not get any good night's sleep. Now, he can rest and wait for me n all of us to join him.

I thank Allah for letting me borrow him for the last 26 years. I am also thankful that Allah has given me n my family the opportunity to take care of him while he was in hospital.

Many of his friends visited him in hospital n he could recognise them all, even during the times when he was in a confused n sometimes delirious state because of the infection he suffered n the pure oxygen he was given.

He told me to make sure to wake him up if any of his friends came to visit. "I want to acknowlege their presence", he said. Actually I was surprised he could recognise all his friends who came despite the fact that he sometimes forgot that he was in hospital. At the end of visiting hours, I would ask him about his friends who came and he would describe to me who those friends are, what they were studying, how they met, what activities they have done together n so on. I could see he loved all his friends a lot.

I would always test him to see his state of mind by asking who I am..."Mama", he would always answer. Afzal did not sleep at all the whole night on Thursday and was either reciting versus from the Quran, performing prayers or doing the zikr thoughout the night.I think he was trying to sort things out in his head n said whatever came to mind n since Quran versus were always close to his heart, those versus were among the things he blurted out. I was tired just looking at him but helpless to do anything, other than hold his hand, massage his back n stood by his side n by the graces of Allah, I did not feel sleepy at all thoughout that night. By morning he was exhausted and all my efforts to make him stop n rest failed. The last hour before he was intubated, I kept testing him to see if he is still able to recognise me. Three times I asked him who I was. He would stop his blabbering and say "Mama".

N now, part of me is happy for him because he is no longer suffering but a larger part of me is missing him so much. My baby is no longer with me. I am no longer able to take care of him for he is now under a more capable carer.

I will always have the beautiful memories with Afzal, the moments together that only the two of us share...always.....Mama Afzal.

P/S Thank you all Afzal's friends who visited him in hospital or came to Bentong for his funeral. We decided to bury him in Bentong because that's where he was born n we chose a site right next to my mother, his grandmother to whom he was very close.


Best Blogger Tips

Friday, 17 December 2010

of trial and tribulations





arwah is such an amazing person, great daie, great individual muslim..an inspiration to us all..
may allah bless him and grant him jannatul firdaus..







al-fatihah

Best Blogger Tips

Polemik



Benarkah polemik antara kumpulan2 yang mendukung pelbagai aliran pemikiran islam semakin subur di negara2 yang demokrasinya semakin terbuka?..


Benar jika keterbukaan demokrasi itu merangsang percambahan pemikiran dalam wacana ilmu2 islam..namun sejauh mana dari segi praktikalitinya membantu atau pun dapat diharmonikan?


Dan persoalan tentang bentuk kesatuan bagaimana yang dikejar?







Sent from my BlackBerry® wireless device
Best Blogger Tips

Thursday, 16 December 2010

Kenapa susah2?

salam


a nicely written article by my fellow friend, on demonstrations.

why on earth people are demonstrating or boycotting things..?

just speaking out the disappointment towards authorities which can mean jail, banishment, or even death.. But still this has not discouraged many individuals or group of ppls from doing so..



Setelah lebih sejam saya mengulangkaji Company Law, saya mengambil sedikit masa untuk berehat. Tiba-tiba, sahabat sepermainan di sekolah yang sudah lama saya tidak ketemu memberi salam di YM.

“Akmal, ko free tak sekarang?”

“Sobo!!! Lama tak dengar cerita… InshaAllah free je ni. Tengah lepak kejap”

“Aku nak tanya ko sikit. Ada guna ke boikot barang Israel dan demo ni? Kalau kita boikot Starbucks atau Coca Cola, orang Islam yang kerja dengan diorang pun akan rasa juga kesan buruknya. Pastu demo ni dah berapa ratus kali dah buat, tapi Israel bukannya nak dengar pun kita kata apa…”

Saya mula berfikir dengan lebih mendalam. Jawapannya ada, tapi saya tidak pasti bagaimana ingin luahkan.

Boikot

Boikot merupakan antara langkah tipikal yang diambil oleh manusia apabila tidak bersetuju atau marah dengan seseorang ataupun sesebuah syarikat (dalam undang-undang, syarikat dianggap seperti seorang manusia i.e. corporation has legal personality. Hehe. Tempias Company Law). Boikot merupakan satu penderaan ekonomi yang berkesan dan boleh memudaratkan, terutamanya jika ia mendapat sokongan ramai.

Mereka yang membenci pembunuhan haiwan akan memboikot barangan kulit.

Kumpulan yang menentang pembulian di kilang-kilang di China yang digelar ‘sweatshops’ akan memboikot Primark.

Kelompok yang mengecam Weapons of Mass Dectruction (WMD) dan peperangan memboikot Rolls-Royce dan juga BAE yang menghasilkan enjin jet ketenteraan dan alatan peperangan.

Boikot Barangan Israel

Malah, dalam sirah Nabi sendiri, boikot pernah terjadi ke atas Nabi Muhammad, dan Nabi sendiri pernah memboikot dan menyuruh boikot.

Boikot dalam Sirah Muhammad

Apabila Allah mengarahkan nabi Muhammad untuk mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, musyrikin Mekah mengumumkan untuk memulaukan Bani Hasyim. Pemulauan ataupun boikot ini memang memberikan kesan kepada Bani Hasyim apabila tidak ada orang yang ingin berniaga dengan mereka dan mereka tidak memperoleh bekalan makanan. Boikot ini berlarutan selama beberapa tahun dan memang membawa kesan. Namun, alhamdulillah kerana Muhammad tetap cekal membawa Islam.

Selain itu, pasca Perang Tabuk, 3 orang muslimin iaitu Kaab b Malik dan 2 orang lagi (Murarah dan Hilal) telah pun gagal memberi alasan untuk tidak menyahut panggilan jihad Rasulullah, maka Rasulullah mengarahkan agar sahabat yang lain tidak bercakap dengan mereka. Boikot ini berlangsung selama lebih kurang 40 hari, sehinggalah Allah mengurniakan keampunan-Nya. (kisah panjang di SINI)

Lihatlah, 2 peristiwa boikot dalam sirah ini sendiri telah menunjukkan bahawa amalan boikot ini telah lama berakar dalam masyarakat kita.

Selain berkongsi kisah di atas, saya tidak berniat untuk mengulas panjang berkenaan boikot. Ada 2 artikel menarik yang wajar anda baca berkenaan boikot, iaitu tulisan Ustaz Hasrizal yang sangat membekas dan juga tulisan Joegrimjowyang santai dan ceria seperti kebiasaannya.

Kesimpulannya, boikot memang satu tindakan ekonomi yang berkuasa dan berkesan. Lihatlah McDonalds yang terpaksa menukar CEOnya dan juga Starbucks yang perlu membuat kenyataan media.

Corporate Greed

Demonstrasi

Sudah berapa tahun Israel itu wujud dan berapa banyak undang-undang antarabangsa yang telah mereka ingkari? Entah sudah berapa ratus, malah mungkin mencecah ribuan demonstrasi mengecam Israel telah diadakan.

Sejak mula lagi, kerajaan British dan Amerika terus menyokong Israel, walaupun semakin ramai yang membantah?

Harga minyak di Malaysia tetap naik dan terus naik walaupun rakyat secara umumnya tidak suka..

Entah berapa ramai dan berapa kali rakyat British dan Amerika berdemo membantah penghantaran tentera ke Iraq dan Afghanistan… tapi lihatlah kesannya; ratusan demi ratusan tentera dihantar ke sana saban tahun.

Melihatkan beberapa situasi yang disebut, saya sendiri pernah terpanggil untuk memikirkan semula fungsi dan keberkesanan demo. Setelah membuat penilaian terhadap beberapa perkara, berdasarkan bacaan di sana sini, saya membuat analisis mudah. Demonstrasi jalanan mempunyai 2 fungsi utama: mendidik dan bersuara.

Fungsi Demo 1: Mendidik

Bayangkan, anda sedang berjalan ke tengah bandar, tiba-tiba ternampak sekumpulan 50-70 orang berkumpul memegang sepanduk di hadapan sebuah kedai. Apakah perasaan anda ketika itu? Curious bukan? Manusia normal akan bertanya, ‘apa kena dengan orang ramai-ramai ni?’

Itulah yang berlaku kepada saya dua tahun lepas semasa melintasi sebuah butik pakaian tersohor. Apabila saya mendekati mereka untuk membaca sepanduk yang dipegang, baru saya sedar akan kewujudan ‘sweatshops’ yang membuli pekerja dengan gaji yang rendah, dan menjadi pembekal kepada butik pakaian tersebut.

Pernah juga sekali, semasa saya ingin menuju ke Rootes Reception Desk di universiti saya untuk menjenguk-jenguk Careers Fair, pintu masuk ke bangunan itu dipenuhi dengan lebih kurang 10-15 orang yang memakai baju putih yang koyak rabak dan penuh dengan kesan darah. Muka mereka disolekkan sehingga menjadi saling tidak tumpah seperti zombie-zombie dalam cerita Resident Evil. Saya hairan. Apabila membaca sepanduk yang mereka pegang; ‘Stop Inviting BAE to our campus’ dan ‘BAE makes WMD that kills people’, baru saya faham bahawa ini ialah protes mereka kepada wakil BAE yang menyertai Careers Fair tersebut.

Sweatshops

Selepas peristiwa di atas, saya pulang dan membuat carian di Google berkenaan Sweatshops, BAE dan Rolls-Royce.

Daripada 2 cerita saya, demo yang dilakukan oleh mereka telah memberikan saya kesedaran tentang 2 isu penting: Sweatshops dan Arm Companies. Dan saya menjadi faham dengan isu itu.

Maka, bayangkan pula kesannya jika 1,000 ataupun 100,000 orang berkumpul di suatu tempat dan memegang bendera Palestin… Pasti, rakyat marhaen akan tertanya-tanya ingin tahu, dan akhirnya terdidik dengan isu ini.

Tapi, apa gunanya semua orang sokong Palestin dan benci Israel, sedangkan pemerintah terus menyokong Israel? Maka, kita perlu lihat fungsi yang kedua…

Fungsi Demo 2: Bersuara

Kita hidup dalam sistem demokrasi. Demokrasi menjamin kebebasan bersuara semua pihak, dan pemerintah dipilih oleh rakyat. Maka, secara kasarnya, kuasa terletak di tangan rakyat.

Pemerintah dalam sebuah negara yang demokratik perlu mendapatkan sokongan rakyat semasa pilihanraya untuk terus menjadi pemerintah. Justeru, mereka perlu dengar kata rakyat. Kalau tidak, rakyat tidak akan sokong mereka lagi.

Demonstrasi yang diadakan secara besar-besaran menunjukkan kepada pemerintah apa yang rakyat mahu. 1,000 orang yang tidak suka polisi pemerintah tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kerana ada berjuta-juta lagi yang akan menyokong mereka. Tapi bayangkan, kalau jumlah mereka yang membantah itu ialah 100,000? Atau 1 juta? Pemerintah yang waras pasti akan gerun…

Demonstrasi Skala Besar

Apabila sokongan meningkat, pemerintah akan berfikir semula. Mereka akan menimbang semula antara kepentingan negara ataupun kepentingan politik. Contohnya, apabila kenaikan cukai disanggah oleh rakyat walaupun kenaikan cukai itu baik dan perlu untuk negara, pemerintah akan cenderung untuk mendahulukan kehendak rakyat (ini juga salah satu sebab kerajaan Labour di UK telah ditolak).

Justeru, walaupun satu-satu polisi itu adalah yang terbaik untuk negara (e.g. serang Iraq untuk dapat minyak) namun kemahuan rakyat tetap menjadi prioriti. Dalam konteks Israel dan Palestin, hubungan baik dengan Israel mungkin adalah penting untuk negara tersebut atas sebab kewujudan puak pelobi dan juga kepentingan hubungan diplomatik, tetapi jika rakyat tidak suka dan majoriti rakyat tidak suka, meneruskan hubungan tersebut adalah seperti membunuh diri dalam arena politik. Tersilap langkah, mereka akan tewas dalam pilihanraya seterusnya.

Kesimpulannya, suara rakyat adalah yang paling berkuasa, dan demonstrasi adalah salah satu jalan untuk menyatakannya.

Kalau tak ramai pun yang demo, kerajaan takkan dengar la kan?

Mari kita rujuk kembali Fungsi Demo 1, iaitu untuk mendidik. Usaha seperti ini bukanlah yang bersifat jangka pendek, tetapi memerlukan usaha berterusan. Kita mula dengan kecil-kecilan, orang lain akan terdidik dan sedar, kemudian mereka pula akan ikut berdemo. Dari masa ke masa, bilangan penyokong akan bertambah. Dan terus bertambah. Sampai satu masa, apabila sudah cukup ramai yang berdemo, insha-Allah pemerintah akan ikut cakap kita, para pendemo.

Justeru, demo perlu diadakan secara berterusan supaya sokongan rakyat juga berterusan dan tidak pudar.

Apa kerajaan boleh buat?

Kerajaan boleh buat apa yang rakyat tidak boleh buat. Selain daripada memberi kecaman (yang tidak pernah memberi kesan yang konkrit), kerajaan boleh menggunakan saluran yang ada untuk menekan pihak seperti Israel. Contohnya, semasa persidangan United Nations atau PBB, kerajaan Malaysia (atau British, bagi yang belajar di UK) boleh membawa usul untuk menekan Israel, dan UN agar mengambil tindakan ke atas Israel.

United Nations

Selain itu, kerajaan juga boleh membuat sekatan ekonomi. Sekatan ekonomi boleh mendatangkan impak yang sangat besar. Sesebuah negara biasanya akan memperoleh pendapatan melalui eksport yang dihantar ke luar negara ataupun kutipan cukai ke atas barangan import. Justeru, ketiadaan perhubungan ekonomi dengan negara luar akan menjejaskan ekonomi mereka. Apabila ekonomi terjejas, kerajaan akan ketiadaan dana untuk menampung perbelanjaan mereka. Kemudian rakyat akan marah dan kemungkinan besar pemerintah akan ditukar. Oleh itu, mahu tidak mahu, kerajaan yang dikenakan sekatan ekonomi itu tadi akan terpaksa akur dengan kehendak masyarakat antarabangsa.

Bagaimana dengan Malaysia?

Dalam isu Israel, selain daripada memaksa UN mengambil tindakan, tidak ada apa sangat yang boleh kerajaan Malaysia lakukan yang akan memberi kesan langsung kepada Israel. Oleh itu, seseorang pernah menulis agar kerajaan Malaysia mengubah fokus daripada Israel kepada sekutunya seperti Mesir dan Amerika.

Melalui hubungan diplomatik dengan Amerika dan Mesir, kerajaan Malaysia juga boleh memaksa negara-negara ini agar bertindak ke atas Israel. Mesir perlu membuka sempadan Rafah, manakala Amerika perlu memberhentikan bantuan ketenteraan kepada Israel. Paksaan ini boleh dizahirkan dalam pelbagai rupa seperti memberhentikan penghantaran pelajar ke Mesir dan Amerika, mengurangkan import daripada mereka dan sebagainya.

Contoh

Antara kejayaan demonstrasi adalah apabila beberapa negara yang menghalau diplomat Israel daripada negara mereka serta kerajaan Perancis sendiri yang telah membatalkan sebuah majlis yang akan dihadiri tentera Israel. Kumpulanband Pixies pula baru sahaja membatalkan konsertnya di Israel.

Tindakan sebegini semestinya akan membuatkan mereka yang membantah serangan Israel tempoh hari semakin menyukai kerajaan (ataupun band) yang mengambil keputusan tersebut, maka tindakan sebegini juga mendatangkan manfaat kepada kerajaan (dan band) tersebut.

Kesimpulan

Sesebuah demonstrasi itu adalah tidak berguna jika tidak datang dengan pakejnya. Demonstrasi yang berjaya adalah demonstrasi yang mendapat sokongan. Untuk mendapat sokongan, ia perlu berterusan jadi semakin ramai akan terdidik dan sedar. Jadi, demonstrasi yang berjaya adalah demonstrasi yang berterusan dan mampu mendapat sokongan.

Kesan demonstrasi adalah bersifat tidak langsung. Demonstrasi per se tidak akan menyelesaikan konflik seperti serangan ke atas Palestin, Iraq dan Afghanistan ataupun ketidak adilan sistem pilihanraya, tetapi demonstrasi adalah satu medan untuk memaksa pemerintah untuk ‘ikut kata rakyat’.

Begitu juga dengan boikot. Boikot adalah satu platform untuk masyarakat bersuara. Syarikat perniagaan meletakkan keuntungan sebagai perkara nombor satu, justeru tindakan yang boleh menjejaskan keuntungan mereka adalah sangat perlu dielakkan. Maka, boikot adalah perkara yang mereka tidak inginkan kerana boleh mendatangkan kerugian kepada mereka.

“Kalau tak nak dengar kata kami, terimalah akibatnya; samada kamu rugi ataupun kamu takkan diundi” – itu kata orang yang berdemonstrasi dan yang memboikot.

Best Blogger Tips

Saturday, 11 December 2010

naik?



sana sini mahasiswa berdemonstrasi..

di tanah air, ramai yang terkejut dengan kenaikan harga barang yang bukan satu, tapi empat dan mungkin lima...dalam video ini boleh kita lihat mereka yang menggerakkan penyerahan memorandum ini adalah mahasiswa daripada GAMIS..(Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia)..

kalau di UK, mahasiswa di sini membantah kenaikan harga yuran universiti untuk kemasukan pelajar tempatan..dan naiknya bukan sekali ganda, tapi 3 kali ganda...
malah FOSIS (Federation of Student Islamic Societies) di sini turut memainkan peranan dalam isu kenaikan ini bagi membela hak pelajar2 tempatan di sini..


so sana sini berdemo dan protes, apa bezanya di dua tempat ini dan implikasinya kepada kita?

mengapa badan2 pelajar muslim ini bersungguh membantah kenaikan harga di atas...?

dan persoalan lain, apakah tindakan2 di atas ini syarie?



Best Blogger Tips

Tuesday, 7 December 2010

Dilema ILMU, KEMAHIRAN atau SIKAP?


Dilema Perjuangan Islam – Isu Apa Sebenarnya?

satu tulisan yang mengenyangkan daripada UHAJ, boleh baca sehingga habis..

sejujurnya, mungkin hari ini kita boleh lihat masalah SIKAP yang hadir akibat ketempangan daripada SUDUT PANDANG (worldview) masing2. bagaimana kita melihat kepada sesuatu perkara, menilai sesuatu situasi, kerana itulah yang akan menghadirkan sikap terhadap perkara tersebut....

dan menariknya ia berkait rapat dengan bagaimana kita berinteraksi dengan ILMU, menghubungkaitkan serta bersikap ADIL yakni meletakkannya di tempat yang benar..


antara worldview ahli2 so-called gerakan islam kita pada hari ini terhadap beberapa perkara asas masih lagi kabur dan perlukan penjelasan yang lanjut..sebagai contoh persoalan2 mengenai ulama dan professional, kepimpinan ulama dan kepimpinan islam, ilmu dan perjuangan, guru dan ustaz dan banyak lagi yang terus menjadi isu, yang masih tidak sudah2..


yang menambah kepada kekaburan2 ini semua, datang pula pemikiran sekular seperti politik itu kotor, politik dan agama perlu kepada pemisahan, arts of communication dll, menjadikan kita pada hari terbentuk satu paradigma dan pemikiran yang sangat kusut.

jadi apa langkah dan tindakan kita?


saya secara peribadi, kredit sepatutnya diberikan kepada orang2 seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku MB negeri Kelantan dan di bawah kepimpinan yang beliau tonjolkan, yang tidak pernah jemu untuk betulkan mindset rakyat..tanyalah mana2 anak kelantan yang hidup di era pemerintahan beliau sehingga kini walaupun berulang2 kali disebut..


Tujuannya hanya satu, untuk PERBETULKAN SIKAP..kerana ianya bukan mudah.

Bak kata UHAJ, betulkan SIKAP, ia MUQADDIMAH AGAMA dan PERJUANGAN.


p/s: marilah sempena tahun hijrah yang baru ini, kita sama2 tanamkan azam untuk sama2 bersikap adil, dalam berinteraksi dengan ilmu, serta bijak menilai suasana dan situasi masyarakat setempat..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Best Blogger Tips

Monday, 6 December 2010

1432H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

where ever you are going to HIJRAH, together we pray it will always be GREAT, GOOD and BARAKAH.


may Allah bless us all.

Best Blogger Tips

Saturday, 4 December 2010

Mewah

kalau berniaga gula sure boleh laku sekarang nih..


Ada dakwa kemewahan wajar dipamerkan agar orang tahu negeri pimpinan kita kaya..


Persoalannya;

Kalau rakyat mewah, itu kebanggaan pemimpin dan negara, kalau negeri mewah, kebanggan pemimpin dan rakyat..tapi kalau pemimpin mewah?..siapa yang bangga?


Tugas pemimpin adalah untuk melaksanakan ajaran Allah di muka bumi..dan tugas rakyat marhaen pilih yang betul2 memimpin, bukan yang menghimpit..kelak di akhirat akan ditanya..

(Al-Bakistani)


Sent from my BlackBerry® wireless device
Best Blogger Tips

Friday, 3 December 2010

Proaktif

Perpaduan tanpa dasar iman adalah rapuh..
Kekuasaan bukanlah tujuan utamanya, melainkan dengan saranan agar, pintu dan peluang dakwah serta amal soleh akan lebih terbuka luas..

Islam tidak seharusnya dipilih secara reaktif tetapi proaktif. Bukan ada masalah baru Islam dirujuk untuk solution tetapi orang beriman sebenarnya disuruh utk masuk kepada Islam secara 'kaafah' (menyeluruh).


Jangan peralatkan terma dakwah sewenang-wenangnya..


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Thursday, 2 December 2010

Percaya

Saya kena percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok..



Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...