Friday 24 August 2012

Polemik HUDUD

TGNA selalu kata, Islam ini baik dan mesti dihidangkan sebaiknya.

Siapa yang mahu makan nasi minyak kalau dihidangkan dalam tempurung? Biarlah selazat mana pun nasi minyak itu sekalipun, mana mungkin ramai yang sudi untuk makan nasi minyak tersebut?


Begitu juga dengan HUDUD. Jangan kerana kesilapan kita, hudud itu dibenci.
Namun sebaliknya dengan KEADILAN ISLAM, ia adalah satu ASET penting untuk berdakwah. Maka kita perlu bijak dan kreatif gunakan peluang aset sebegini.


Menyediakan prasarana hudud adalah sebahagian daripada hukum hudud itu sendiri. NEGARA BERKEBAJIKAN adalah sebahagian daripada persediaan prasarana untuk hudud.



Sent from my BlackBerry® smartphone on O2 Best Blogger Tips

Friday 3 August 2012

Dokter?

Saat ini sedang oncall malam dalam minggu pertama bekerja, ini adalah antara rumusan ringkas jika anda berhajat untuk mengahwini seorang doktor:


1. Sanggup tinggal luar kota dan kehidupan metropolitan.
2. Sanggup berkorban hidup susah untuk 2-3 tahun pertama.
3. Sanggup berjauhan dengan famili besar.
4. Sanggup hidup dengan seorang DOKTOR.



Namun ianya bukanlah pengakhiran kepada segalanya. Lebih kepada menghadapi realiti yang dikaburi persepsi palsu.


Sent from my BlackBerry® smartphone on O2 Best Blogger Tips

Wednesday 1 August 2012

Ralat 8

Dalam cerita dark knight rises ada satu scene polis kejar mengejar batman dan penjenayah..
Akhirnya polis kejar untuk tangkap batman, hinggakan penjenayah terlepas begitu sahaja.

Bijak sungguh mindset polis Gotham City ini.


Sent from my BlackBerry® smartphone on O2 Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...